CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, June 11, 2014

Majlis Pertunangan Izwan ♥ Hanim : 31 Mei 2014

Assalamualaikum....

Sebenarnya dah seminggu cite ni daku peram haisshh bagi laluan untuk kapochi pasai diri sendiri dulu ahahaha....

Aku ada cite MIL/FIL ikut balik kampung sebab Yong mintak tolong jadi wakil famili kami... Gi kali ni famili² jek... Wan sewa Nazaria untuk daku anak beranak + MIL/FIL dan mak den sekali...


~31hb Mei 2014 (Sabtu)

2 buah kete iaitu kereta Kakak (anak sulong yong) dan suaminya... Penuh la berempat dengan Yong dan besannya (mak imran), sebuah kereta lagi penuh dengan Wan, Edy (anak bongsu yong), Yop dan Cik Ndek (abang aku daa...) 

Kalau ikutkan plan asal ada lagi sebuah kereta follow tapi kereta si Mamat@Faiz (anak no. 3 yong) rosak masa sampai RNR Simpang Pulai. Jadi kempunan lah si mamat berempat (wife, anaknya dan kawan wan) nak ikut rombongan merisik dan bertunang abangnya sob...sob...sob...

Rasanya ding dong ding dong pukul 8 lebih kami gerak... Malam tu wan dah isi penuh minyak kete Nazaria tu jadi duit tol dia dah kasi sesiap rm100... sponsor minyak kete dan tol je shopping sendiri ek wan kata hehehe... Terima anak buahku sayang semoga murah rezeki ko ek... sponsor 1 Nazaria dan 2 buah kereta kot (minyak dan tol)...

Tu pun banyak kali berenti nak kencing, lapor nak makan lah, nak isi minyak lah, tunggu ada yang ketinggalan... Akhirnya kami berkumpul kat Tol Juru gerak sesama... akan tetapi kandaku lagi laju dan bila nak sampai persimpangan Gurun call si wan tanya exit gurun ke? leh lak confius kat situ padahnya kami terlepas dan kena U turn exit Pendang hahaha sabar jelah...

Exit Gurun nak menyampai rumah hanim ni mak aii jauh juga... ngam² lepas Zohor kami sampai...

Bincang pasai berapa belanja, nak kenduri bila bla..bla..bla...
Yong menyarungkan cincin merisik & tunang
peluk cium bakal mertua ek
peluk cium dengan opah pulak
bakal mertua / opah dan nenek hanim

kakak dengan bakal adik iparnya
wan & hanim
farisya pun nak nyibuk bergambar sama :)


::: Makan Tengah hari :::

usai bincang dan sarung cincin bagai kami melahap makan hahaha
ni edy punya kerja...
sedapnya makan...
Gulai rebung dengan udang

malu kot nak snap satu lauk ni jelah sempat hahaha.... Tapi memang mabeles ok... Antara menunya ayam masak merah, gulai rebung dengan udang, kerabu mangga gaul dengan kelapa muda, sambal belacan, ulam raja & jering muda, tembikai merah, agar² bandung dan air oren....

Al-hamdulillah kenyang... Lepas usai makan sembang² ringan dan kami beransur nak balik... sempat lagi dapat buah tangan iaitu buah asam keping dengan asam keping kering lagi... sonok sangat MIL dapat makan buah sentul dan buah asam keping...

Singgah surau terhampir solat Zohor dan teruskan perjalanan balik Tapah.... Tu pun berenti isi minyak, nak kencing lah dll pastu kandaku sempat beli jeruk Pak Ali yang femes tu... 4 jenis rm20 katanya....

Hujan kot masa otw balik tu... maka kami sampai rumah pukul 6 lebih.... yang pasti aku mabuk doq belakang hahaha bluek bila sampai rumah hehehe... Farisya pun muntah dalam kete...semua dia bedal makan... Masa pergi elok pulak dia bantai tidur sepanjang 4 jam perjalanan... 

Ok meh layan hantaran hasil keras tangan kakak kepada adik no. duanya...


♥ Hantaran : 5 dulang berbalas 7 ♥
special request ni wan nak taruk teddy bear katanya...
losyen, pewangi bagai...
buah-buahan

ada tepak sireh + coklat tapi x sempat snap
 ni belah hanim yang kasi..

Majlis nikah insya-Allah 19.12.2014 dan kenduri belah hanim 20.12.2014.... Kenduri rumah Yong 28.12.2014 (1st time nak buat kenduri kat rumah Yong sebab sebelum ni si kakak, si mamat kenduri kat rumah mak... entah la berjaya ke x Yong pujuk mak... tapi nampaknya Yong berkeras nak buat kat rumahnya sendiri....)

Moga² tiada apa² halangan sepanjang nak menuju tarikh nikahnya ni...

  

Tuesday, June 10, 2014

Kisah Berpantang & kongsi Resepi

Assalamualaikum...  


Mulanya aku xtau nak berpantang ke x.... Tulah gaya bila berjauhan dengan mak kan... Semua kena uruskan sendiri @ pepandai kau lah nak! Sebelum² aku pernah dengar orang kata kalau keguguran pun kena berpantang macam orang bersalin juga... Ohhh ye ke????

Korang tau tak 2,3 hari lepas aku dengan beraninya dah bantai makan kerang rebus, durian, masak lemak cili & lelain lah hukhukhuk.... Siap teringin nak makan durian tu... T___T




Entah camne bila ilah komen dan tanya tu terus terdetik dalam hati 'Ehhh kena pantang la' hhaadddooiiii............ Malam tu nak tidur gigih la google sana sini cari info... 

Ce kome klik SINI, SINI, SINI, Nak tau berapa lama tempoh masa berpantang untuk kes Keguguran ni ce baca SINI Nak resepi sepanjang berpantang? Meh singgah blog SINI, SINI, SINI, SINI

Ok udah baca semua ni terus rasa bersalah dan berdosa pada diri sendiri.... Barulah terhegeh-hegeh nak berpantang, call yong kat kampung tanya leh makan ikan pe berpantang ni... Haaa baru nak call tanya ek hehehe...

Kat opis kan econ tahap sejuk kaki rasa nak buat unggun api je, ececeh terus pakai stokin udah rupa macam orang jepun pulak ye sesuai gitu dengan selipar jepun....




Tapi idak le aku ini 100 % ikut pantang macam bersalin tu, takat mana yang aku mampu nak buat macam pakai stokin (kat opis je kat rumah idak le sempat) pakai korset, sapu lotion mustajab dan makan jamu mak dara gold untuk repair kerosakan dalaman hehehe.... Tungku baru terhegeh-hegeh nak pinjam dengan Ilah.... 

Serius kat rumah aku tido pun pakai econ yelah tido beramai-ramai lagi pulak sekarang ni musim panas kan....

Insya-Allah akan jaga makan dan ehem² pun kena pantang juga ye....

suka bau ni sedap! Klik SINI

apa bagusnya JMD Gold ni? Klik SINI

Oklah habis dah share ilmu, resepi bagai kan... Meh layan apa kite masak semalam... Pagi² datang opis sarapan minum milo dengan biskut. Tengah hari ikut nanad dan jilah pi Sri Teja Food court Presint 9 makan ayam bakar dan sup sayur (carrot & saleri).

Singgah pasar Presint 8 si nanad mengidam nak makan mangga muda katanya... Alang² dah sampai pasar kan beli ulam pegaga, lobak putih dan ikan bilis sikit... Pastu ternampak kios jual jamu dll tu kan terus beli Losyen Mustajab...

Kecik nar nilai RM50 dalam beberapa jam habis dah dibelanjakan hahaha... Balik kerja singgah kedai runcit pi beli ikan cencaru 3 ekor buat lauk....

Ikan Cencaru Bakar ala² Magic Pan & Sambal Kicap

Ohhoo aku cuma makan ikan bakar je cicahnya sambal kicap aku buat khas untuk kandaku tapi xcukup sifat... selalunya aku akan taruk buah tomato, asam limau dan cili padi potong tapi semalam malas nak turun balik jadi apa yang ada jelah ek...

 Kerabu Pegaga


Kerabu ni campak² je memang senang baitu dan sedap... tapi letih la nak kunyah hahaha... Ni hasil resepi encik google la kasi wahhhh jakun jap..... 

Bahan²nya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)

1 sudu teh lada hitam

1 ulas bawang putih * (hiris nipis dan goreng) 
1 inci halia muda * (hiris nipis dan goreng) 
50 gram ikan bilis * (goreng) 

Cara²:

Goreng ikan bilis, bawang putih dan halia. Tumbuk kasar lada hitam dan gaulkan semua bahan
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. 

 Stok

                                 bawang putih * (hiris nipis dan goreng) 
halia muda * (hiris nipis dan goreng) 
ikan bilis * (goreng) 

                                                          lada hitam

Gigih petang semalam kupas halia, bawang putih... mayang halus dan goreng (api perlahan) kang hangit xsedap rasanya... goreng ikan bilis dan campur jek 1 bekas nak makan ambik je pastu taburkan lada hitam tu.... pehhh comfirm angin kuar atas bawah hehehe....

Sup Suuhun, Kentang & Telur

Bahan²nya :

1 ulas bawang putih * (hiris nipis) 
1 ulas bawang merah * (hiris nipis)
1 biji ubi kentang

1 sudu makan minyak masak
suuhun & pucuk (rendam bagi lembut)
 biji telur ayam 

perencah maggi cukup rasa


               
Cara²:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan ubi kentang dan kacau rata. Masukkan air secukupnya. Masak hingga kentang empuk.

Masukkan suuhun dan pucuk biar seketika. Masukkan prencah maggi cukup rasa dan pecahkan telur satu persatu. Kecilkan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan. 

Siap! (Kalau nak lagi sedap leh taruk serbuk lada hitam sikit, hirisan daun bawang/sup dan tabur bawang goreng)



Ni pulak sup untuk 1 famili makan, pening ngak mikir nak masak pe untuk deme sekalian ni... nampak ubi kentang pun ada sebiji je jadilah buat rencah kan.... maka jadilah sup suuhun pucuk, kentang dan telur...


Koleksi menu bergambar...






sumber foto : klik SINI






Sumber foto : klik SINI




Friday, June 6, 2014

Tiada rezeki kita bersama ♥ : Chemical Pregnancy

Assalamualaikum.... 


Di pagi Jumaat nan damai lagi indah permai ini chewahhh daku redha dan berlapang dada dengan ketentuan Allah S.W.T bahawa daku telah keguguran @ dalam bahasa omputihnya Chemical Pregnancy....

Akhirnya daku sudah mendapat jawapan... kenapa... mengapa bla..bla..bla... sejak seminggu dua ni daku gigih google sana sini bertanya orang sekeliling dan akhirnya jawapan itu ku temui...

Sesungguhnya ianya satu pengalaman baru dan 1 kenangan yang sukar untuk daku lupakan sepanjang hidup.... melalui 1 fasa yang penuh debaran dan ada waktunya penuh tanda tanya...

Ya sudah pasti ada hikmah disebalik semua ini... InsyaAllah akan cuba lagi pasni hehehe... Misi menambah ahli keluarga akan diteruskan kemudiaan sekarang leh fokus untuk nak kuruskan badan supaya kalu pregnant nanti xdelah berat sangat kan....

Rasa bersyukur sangat... bayangkan kalu pregnant dalam keadaan berat sekarang kan ke bahaya untuk aku dan baby.... Terima kasih ya Allah.... Tiada yang aku kesalkan bila mengetahui diri ini pregnant... 7 minggu nan indah buat ibu sayang :)



embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji kacang kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 


Leh baca kisah keterujaan dan penuh tanda tanya sepanjang seminggu dua ni... Klik SINI dan SINI

Sesambil tu leh baca info kat bawah ni ek....


Apa itu Chemical Pregnancy?


Secara amnya ianya, satu keadaan dimana berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh yang sangat² awal.

Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan iaitu ujian air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaanya, bagi UPT resultnya agak kabur. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan keguguran sudah pun berlaku...

Sebagai contoh diriku sendiri ek... 

Tarikh Period terakhir 8.4.2014 dan sepatutnya 11.5.2014 (perkiraan 33 hari kitaran ye) period untuk bulan 5 tapi masih belum tiba. Bila period x muncul tiba maka pada 24.5.2014 daku melakukan ujian UPT dan hasilnya +ve tapi blur dan keesokkan harinya 25.5.2014 ujian kali-2 secara digital menunjukkan +ve juga.

Pada 28.5.2014 bermulalah berlakunya spotting dan pada 30.5.2014 bila daku melakukan ujian ultrasounds doktor menyatakankan rahimku kosong tiada kantung baby dan petang itu darah haid datang seperti biasa (walaupun kitarannya berbeza dengan period normal).  

Ye hingga ke hari ini periodku masih bersisa datangnya sikit demi sedikit tapi mengambil masa yang panjang... Pada 3.6.2014 pagi itu rasanya aliran period agak banyak dan keluar ketul² darah beku (biasanya awal² period pasti ada kan...) sewaktu membuang air kecil daku terperasan ada ketulan darah dalam mangkuk toilet dalam ukuran 50 sen ni keluar masa jirus air dengan deras... mungkin itulah penamat kegusaran dalam hati....

Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku tanpa kita sedari.....

Akhir sekali bila buat ujian UPT sekali lagi pada 6.6.2014 result nya -ve T___T

sumber : Klik SINI

***********************

Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.

Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.

Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti  UPT tersebut.

Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya. Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.

Apa maksudnya Chemical Pregnancy ini terhadap anda.

Sekiranya anda mengalami chemical pregnancy, jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.

Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat.

Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan datang.

Kehamilan kimia bukan salah satu tanda ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.

Baca lagi info : klik SINI, SINI, SINI, SINI











Memori indah 2014


 

Tuesday, June 3, 2014

Spotting/Bleeding @ 3rd Pregnancy??

Assalamualaikum....

Harini baru masuk kerja setelah sekian lamanya bercuti sakan chewahhh.... Mulanya isi HRMIS sebab nak cuti balik kampung pada 30hb Mei dan 2hb Jun je tapi entah camne tetiba masa lepas bersilat kat dapur masak untuk berbuka 28hb Mei 2014 (Rabu) tu kuar darah macam period.... sob..sob..sob....

Teruslah amik EL 29hb Mei 2014 (Khamis) kekununnya nak rehat macam kengkawan ni semua soh buat.... Tapi apakan daya daku ini versi manusia xleh doq diam ada je nak buat... kalau ikutkan hati nak mop rumah bagai tapi ku tahan diri...haiippp!





Daku kerisauan kerna FIL/MIL nak mai umah... kalini balik Perak bawak depa sekali demi memenuhi impian kecil mereka (kalau x bawak cakap kita xmau bawak @ x ajak gitu...) Kebetulan Yong mintak pertolongan FIL jadi wakil famili untuk merisik dan bertunang si Wan tu... (anak no. 2 Yong) nanti kat Jeniang, Sik Kedah pada 31hb Mei 2014 (Sabtu)



~28hb Mei 2014 (Rabu) ☼ 1st day spotting 

Ok berbalik pada kisah spotting yang terjadi kepada diriku ini... Pagi 28hb Mei 2014 tu bila aku kencing (masa kita siram air deras kan) kuar la darah² macam kita period tu cumanya waktu kita kencing je ada suar dalam ok bersih xde apa² kesan darah....

Kebetulan masa tu aku puasa ganti lagi... kiranya direct ni dari Isnin ke hari Rabu gitu... Balik kerja macam biasa terus masak untuk berbuka dan baru perasan dah kuar darah fresh macam darah period tu.... T___T

Tapi xde la sampai pakai Pad pun... sikit je kuar herrmmm....


~29hb Mei 2014 (Khamis)  2nd day spotting

EL kat rumah bersama si Faris dan Farisya, masak makan apa je yang ada... telur goreng boh kicap pun sodap hahaha.... Malam tu MIL/FIL sampai macam biasa deme akan singgah Nilai hantar kelapa 6 biji, ayam kampung dan lauk masak lemak cili api rebung dan ikan kerisi...(rebung ni febret si ariq)

Aku pun jamah la lauk rebung MIL masak... setengah orang kata rebung ni tajam/bisa tapi aku belasah juga sikit herrmmm tawakal jelah... Disebabkan spotting sikit² je jadi aku solat la macam biasa...


 ~30hb Mei 2014 (Jumaat)  3rd day spotting / bleeding

Pepagi harini kami akan bertolak balik ke Tapah perak tapi sebelum tu aku pi Klinik An Nur Presint 15 nak scan la kekununnya... Nak tau sebenarnya apa telah terjadi kepada diriku ini... 

Masa giliranku tiba aku pun bagitau aku ada buat UPT 2x yang 1st blur tapi yang ke-2 katanya +ve... Ikut perkiraan doktor masa tu aku dah 7 minggu dan katanya kalau spotting@bleeding ni boleh jadi tanda nak keguguran...

Baring atas katil, doktor taruk gel dan godek² kat perut tapi malangnya xde jumpa apa pun... doktor cakap xde kantung baby... so untuk sedapkan hati kami yang blur ni doktor cakap mybe terlalu awal jadi x nampak @ tersalah kira @ gugur dengan sendirinya... Jadi untuk kepastian dia mintak mai 2 minggu lagi...

So kerugian buat kandaku RM57 pagini huhuhu... 

Pukul 12 lebih kami sampai rumah mak, masa ni aku check suar dalam aku dah berdarah terus la capai pantiliner mak sebab aku x bawak pulak balik pad haisshhh... nampaknya macam darah period je sebab pantiliner xleh nak tampung herrrmmm.... kena la tukar 2,3 jam sekali...

Kata nak rehat kan... xde maknanya sebab malam tu mak buat kenduri doa selamat jadi kenalah tolong mengemas/masak/membasuh pinggan mangkuk bagai... ohhh capek *___*


 ~31hb Mei 2014 (Sabtu)  4th day spotting / bleeding

Pepagi hari dah bangun siapkan sarapan dan bersiap untuk gi ke Sik Kedah, perjalanan yang jauh pastu darah pun kuar lagi... Singgah rnr Simpang Pulai soh kandaku pi beli Pad dan terus pakai.... darah x banyak dan xde pulak rasa sakit² macam senggugut ke hapa...


~01hb Jun 2014 (Ahad)  5th day spotting / bleeding

Harini kami balik Putrajaya semula, keadaan daku sama je masih "Period" tapi badan rasa segar sikit yelah 2,3 harini penat hal kenduri dan perjalanan ke Utara tu kan....


~02hb Jun 2014 (Isnin)  6th day spotting / bleeding

Harini rehat jek kat rumah... keadaan pun masih sama xde perubahan apa²....


~03hb Jun 2014 (Selasa)  7th day spotting / bleeding

Pagini aku dah mula pi kerja darah kuar lagi tapi satni (10.30 am) masa pi toilet aku tengok ada darah beku macam kita period tu kuar.... rasa sakit pinggang dan rasa senggugut versi xkuat... rasa mual dan pening² hadoiii tapi pagi je petang hari udah cergas macam xde apa yang berlaku aiikkksss....


~04hb Jun 2014 (Rabu)  8th day spotting / bleeding

Harini masih sama juga keadaannya... Gerak hati aku kata yang kuar ni darah PERIOD tapi pasai pa lama sangat ekk... kalau ikutkan normal aku period 7 hari dan selalunya hari ke-2 hingga ke-4 agak heavy tapi hari ke-5 hingga ke-7 dah kering dah ada pun kuar coklat² je....


~05hb Jun 2014 (Khamis)  9th day spotting / bleeding

Harini masih berdarah haisshhh....


Daku pasrah saja ni... sesungguhnya daku confius dan tidak pasti adakah diriku sebenarnya pregnant @ tidak... banyak kemungkinan...

Adakah daku ni Chemical Pregnancy? result UPT +ve tapi pi scan xnampak kantung baby dan darah Period turun....



Kenapa xmau pi klinik??? Entah la gamaknya aku takut kena godek² korek² kot ahahaha... setakat ni aku x rasa sakit pe pun macam biasa² je.... kang pi klinik scan lagi kecewa acaner so bertahan dulu....

Aku ingat nak tunggu darah ni kering kemudian nak buat UPT sekali lagi acaner... tengok keadaan dan gerak hati kata apa huhuhu....