CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, September 5, 2017

Jenguk Rumah Contoh Pr1ma@Tapah (30.8.2017) & Raya AidilAdha

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba rasa nak bercerita sikit.. lama dah menyepikan diri hikhikhik...


~30hb Ogos 2017 (Rabu)

Hari ni daku memang ambik cuti sebab kekununnya nak balik kampung + pakej nak pi tengok rumah contoh la... dah wassup person incharge cik iman tu 21hb Ogos 2017 gitu.. dia reply ok boleh je datang nanti wassup je dia..

Maka nunggu kandaku settle kan urusan kerja dia.. pos barang segala jadinya gerak balik kampung agak lewat.. pukul 12.30 tengah hari baru gerak pastu singgah alamanda pulak kandaku itu pi money changer ambik pulus kikiki... ada la tu client indon kot bank in duit hehehe...




Dalam perjalanan daku wassup la cik iman bagitau daku dalam perjalanan.. tapi dia xbaca wassup uols.. debor dah rasa hati ni.. bila sampai je Bidor daku call 3 x baru dia angkat.. tapi hampa uols katanya dia dapat kebenaran balik awal sebab cuti merdeka dan raya haji katanya.. daku cakap dah nak sampai takkan xboleh tengok kejap? xdapat masuk rumah tengok sekeliling pun jadi la.. cik iman cakap kunci kat sinun la bla..bla..bla.. jawapan yang menghampakan hati teman huwaaaaaaaaaaaaaa...

Dengan hati yang dukacita kami lalu la depan kawasan perumahan kami sambil snap gambo sekeping nan gegorrr huhuhu... daku lak xperasan ada miss call 2x cik iman tu call.. dah sampai Tapah daku tengok hp ada wassup apa lagi melompat bintang la kome bila dia soh datang... maka kami gigih patah balik... girang semula hati kita :)




Rupa²nya ada 1 famili pun gamaknya merayu nak tengok umah.. tu cik iman panggil daku semula.. famili tu pi umah double storey daku lak pi single storey.. cik iman tu cakap sepagian dia nunggu xde sapa datang nak tengok rumah.. daku cakap la harini kerja half day tu petang baru sampai..



sesapa nak pi tengok rumah wassup cik iman yea..

Kami pun follow la assistant cik iman tengok umah.. siap pakai topi putih kontraktor tu kikiki.. dalam website tengok rumah double storey tu siap ada perabot bagai bila tengok single storey hadoii sedih huhuhu kosong je uols...  

pintu masuk ada security
dewan, surau dan tadika
sinun rumah double storey
bulatan
peace yo.. depan pagar umah sendiri kikiki...
rumah contoh ada tanah sikit...

Dah girang gumbira dapat tengok rumah dan² tu juga hp bateri tinggal 5 percen je.. pinjam la hp kandaku tapi xleh nak beria-ria ambik gambar kang beliau bising huhuhu.. 2F la teruja belek sana sini kikiki.. kandaku pi umah sebelah ehh umah kami la tu :) tapi xleh masuk setakat masuk area parking je sebab pagar xberkunci... 


pandangan dari pintu masuk
master beadroom
bilik no. 2
bilik no. 3
toilet luar
ni rumah kami sebelah rumah contoh
 dalam 3 kaki kot belakang rumah ni

contoh gambaran 

Bila dah tengok rumah ni rasa teruja lak.. asyik mikir mana nak cekau duit ni (korek asb la yang x berapa nak ada tu) huhuhu.. nak bayar deposit air/api.. beli lampu/kipas.. grill/langsir satu rumah [sliding door 3 pintu, tingkap 3 daun (1) tingkap 2 daun (2) dan tingkap 1 daun (1)]

Walaupun kami x duduk rumah ni tapi terasa xcited sesangat kot sebab rumah pertama kali beli.. tahun depan sedu sedan la kot sebab dah start potong gaji huwaaaa...

Alang² balik kampung ni merasa la balik raya Haji... kebetulan raya kan hari Jumaat jadinya korban anjuran surau blok E Presint 14 buat hari sabtu tu yang kandaku setuju balik kampung yippiee...


~31hb Ogos 2017 (Khamis)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!...

Hari mantai kome! tunggu yong dengan kakak dekat pukul 11 lebih baru sampai rumah mak.. daku sesorang ni kupas bebawang, halia, cili kering blendar sesiap.. tunggu yong balik sebab lengkuas dengan serai kirim dia beli... agak penat juga mengalahkan masak untuk raya puasa huhuhu... ayam pencen 3 ekor bahagi dua masak rendang dan masak kicap.. sesambil rebus nasi impit segera (ye raya kalini yong xanyam ketupat lemang pun mak buat makan apo yang ado sajoo...)

Tengah hari masak nasi arab.. lauknya ayam daging 2 ekor goreng kunyit pastu soh mak masak merah, buat dalca dan jelatah timun dan nanas..

Kakak dan dhia tolong potong kentang, tempe, rendam puchuk dan suhun sebab mak nak masak sambal goreng jawa.. kulit lembu mak masak sambal tahun..

Capek kome! panas lit²... mak puasa dia pun kepenatan... tapi nasi arab sedap yop cakap banyak kali dia makan.. xpe next time semua balik kita masak lagi..

Kandaku dan Faris pi Bagan Datoh mancing udang  aman rumah opah kalau x asyik berebut remote dgn Farisya

sonok la Faris pengalaman mancing pertama kalinya...
dapat dalam 22 ekor 
Farisya asyik la ajak pakcik panjang ronda² naek lori

Si Farisya membodek saja kerjanya... kayuh basikal pepanas terik sampai dedor la malam khamis tu.. tapi esoknya sihat walafiat huhuhu.. ni si adik gayat naek lori kakak teman barulah mau naek lori ronda² keliling kampung.. 

Yop ni sejenis suka melayan kanak² habis 1 kampung budak² naek lorinya penuh belakang... mak cakap kekadang budak² sampai tunggu yop balik kerja ajak pusing naek lori hahaha...


~1hb September 2017 (Jumaat)

Rezeki tahun ni surau kat kampung dapat seekor lembu sumbangan YB Dato' Hj Samsudin Exco/ADUN Ayer Kuning ...

 pandai bawak diri bagus²
 gigih laki teman :)
 Tok Sidang ajak swaphoto
Gotong-royong melapah daging..

Pukul 10 lebih daku ikut yong (2 buah kereta) pi ziarah kubur abah (ckt petai) dan kubur abg ipar (teluk intan).. terus pi kampung adik beradik mak, ziarah adik mak yang xcident masa bulan puasa aritu jatuh masa balik terawih...

Pastu pi umah cik aloh sekejap... singgah TF Taman Melur pastu balik rumah... Pukul 6 nak pi umah dhia beraya alang² kandaku ajak terus balik Putrajaya...

Kakak dengan imran pun balik lepas maghrib sebab ada qurban kat taman depa esoknya.. so sekian la edisi balik menjenguk rumah dan balik kampung halaman beraya...

Kandaku pulak esoknya ada qurban komuniti Presint 14 ni.. anjuran surau dan panggil semua blok A,B,C,D dan E gotong royong.. daging diagihkan dan tulang depa masak buat sup...

Sekiannnn.................

Signature - ANIM-Yatie Ahmad

Tuesday, August 29, 2017

Cuti Sekolah~Program #Negaraku (28.8.2017)



Assalamualaikum...

Cuti sekolah tiba! daku daftarkan 2F joint Program #Negaraku anjuran Biro Bina Insan KKSKKLW.. bagi deme 2 beradik tu sonok² bercampur gaul dengan ramai kengkawan baru.. gituuuuuu...




JADUAL PROGRAM # NEGARAKU
28 OGOS 2017
DEWAN SERI LESTARI, ARAS B1,KKLW

MASA
PERKARA
8.30 PG - 9.00 PG
SARAPAN PAGI DAN PENDAFTARAN
9.00 PG - 10.30 PG
SENAMAN  DAN SUKANEKA
10.30 PG - 11.00 PG
REHAT
11.00 PG - 12.00 TGH
DI SINI BUMI DI PIJAK
12.00 TGH - 1.00 PTG
SAYANG DIRI,KELUARGA DAN NEGARA
1.00 PTG - 2.00 PTG
MAKAN TENGAHARI
2.00 PTG - 3.00 PTG
MURAL BENDERAKU
3.00 PTG - 4.00 PTG
AKU ANAK MALAYSIA
4.00 PTG - 4.30 PTG
REFLEKSI DIRI
4.30 PTG - 5.00 PTG
PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
5.00 PTG - 5.30 PTG
MINUM PETANG & BERSURAI


Aktiviti sampai pukul 4 petang

 geng dengan atin
 dpt goodies bag
 masa hantar jebik2 nak nangis... mengada-ngada 
 hasil seni katanya
kad untuk ibu gitu..










sekian melaporkan.............

Friday, June 30, 2017

Raya @ Melaka 2017

Assalamualaikum dooniaa... :)


Marilah kita sembang² kisah raya puasa nan lalu... baru ada mood nak mengarang hehehe..


~23hb Jun 2017 (Jumaat)

Lepas subuh kami sesiap terus nak gerak balik Melaka... risau kang lelambat jalan jem pulak jalan.. kami gerak pukul 7.00 pagi dan hway clear uols yeayyy..! sampai umah mil 8.30 pagi.. sebab sampai awal pagi mil/fil dan anak buah tengah tidur.. ketuk² pintu deme xdengar siap call telefon rumah baru deme sedar hehehe...

Cuaca panas deting..ting..ting..ting... mencari ceruk yang redup dan sejuk untuk melenakan mata huhuhu..

Untuk berbuka mil mintak masakkan lauk ikan gelama masak lemak cili api opkos itu memang lauk kegemaran deme jenis yang pedas² ajerr... pastu masak sayur pakchoy.. yang lelain tapau aje kat bazar ramadhon..

Mil/fil berselera makan katanya dahhhhhhh lamaa xmakan lauk masakan di rumah.. semenjak mil sakit aritu fil tapau lauk je untuk makan deme berdua somi isteri...


air harus berjenis²

Masa ni xde sapa lagi yang balik daku je dengan anak kak midah (abg sulong kandaku tu belajar kat Matrikulasi Londang) si Akid...


~24hb Jun 2017 (Sabtu)

Harini hari mantai daku sesorang terkial-kial lah nak masak rendang cili api ayam pencen 2 ekor.. tetiba mil nak makan ayam pencen pulak huhuhu.. kak midah tunggu asbennya kerja jadi lewat sikit sampai..

Harini dalam kegembiraan nak menyambut raya esok akhirnya orang yang di tunggu² sekian lama balik beraya... yeayy! angah dengan danish balik beraya sebulan.. yuhoo org melbourne balik..

Angah balik dia request nak makan itik sebab masa perjalanan dari airport balik ke Masjid Tanah naik uber dia nampak banyak orang jual itik salai.. kirim jelah kak midah belikan.. masak juga kari burung puyuh..

Ayah kirim jiran sebelah belikan lemang.. jadi berbuka kami makan lemang cicah rendang ayam pencen.. 

berbuka hari mantai
Rendang cili api ayam pencen & kari burung puyuh


Dekat nak asar kak midah sekeluarga sampai.. meriah la rumah.. sepupu sepapat galak main.. sebab si Danish xreti cakap melayu sangat comel je dia berkomunikasi dengan sepupu sepapat dengan tab dan hp.. bila main game ramai la yang kerumun dia huhuhu..

Baju raya dah beli petang semalam jadinya malam raya gigih menjahit baju si Farisya sebab labuh dan tangan bajunya panjang sangat...


~25hb Jun 2017 (Ahad) : Raya Pertama


Aneesa dengan ayah

potret familia..
selfie dengan budak kenit yang genap umurnya 2 tahun!
sepupu.. cica
cucu dan atok/nenek.. danish baju hijau depan sekali tu
yg xde dalam gambar rizal sefamili dan ateh
 akid adik-beradik 
(anak kak midah & abg wan)


Macam biasalah lepas solat raya makan² dan berpotret familia kami pi ziarah adik beradik fil/mil.. lepas tu pi beraya umah kawan kandaku.. petang duduk rumah dediam sambut tetamu je.. malam menjelma rendang lemang semua dah habis.. angah (mak danish baju hijau) ajak pi Masjid Tanah beli KFC


~26hb Jun 2017 (Isnin) : Raya Kedua

Pagi ni semua pakat beransur balik.. kami pun balik Putrajaya dulu nak basuh kain baju.. oleh sebab ramai balik kampung jadinya kucing² yang terbiar ni kelaparan.. mengeow dengan kuatnya.. kesian pulak daku dengar anak kucing ni geow.. soh faris ambik bawak naik rumah bancuh susu aneesa kasi dia minum.. kandaku pi mydin belikan makanan sebab anak kucing ni kelaparan..




dia ni memang suka kucing..




Lepas asar baru kami gerak balik Perak... kakak dengan asbennya pun balik raya tapi depa gerak pepagi.. so tengah hari depa sampai terus pi beraya dan ziarah kubur.. kami sampai dalam 8 lebih sebab jalan jem + hujan...


~27hb Jun 2017 (Selasa) : Raya Ketiga


 
umah mak!
balik bawak anak gajah sebab leh bawak reramai pi beraya hahaha..
selamat pagi!


Harini yong ajak pi beraya umah bibik (mak sedara belah arwah abah kat kampung jawa) katanya bibik sekarang uzur x sihat.. jadinya kami 3 buah kereta pi beraya.. kebetulan umah yang bibik tumpang duduk tu masak mee kari jadinya rezeki kami sekeluarga dapat makan mee kari + sesiap mintak resepi hehehe..

Dah kenyang kami beransur ke Teluk Intan umah cik aloh pulak.. sesambil tu kandaku pi cod barang kereta kat client dia.. udah itu kami terus balik umah sebab wan nak balik damansara petang ni gitu..

Kami try masak mee guna resepi sepupu kasi tadi... wow menjadi uols hehehe...



~28hb Jun 2017 (Rabu) : Raya Ke-empat


Lepas maghrib kami balik Putrajaya dah.. kandaku mau kerja sudah... berakhirlah cuti nan panjang sempena raya.. syukur al-hamdulillah dapat balik dua² kampung beraya...



~4hb Julai 2017 (Selasa)

Ohh yea si Danish duduk kampung dekat 3 minggu gitu.. sebab mummy dia ada urusan seri paduka baginda huhuhu.. setelah hampir 20 ++ tahun berkahwin akhirnya angah ambik keputusan untuk berpisah memandangkan abang ngah pun dah kawen lain.. masalah jarak yang jauh dan lain² faktor yang x dapat diceritakan angah nekad nak meneruskan hidup sendiri.. 

Si Danish anak angkat yang setia menemani angah nun di perantauan sana.. alasan dia xbalik Malaysia sebab Danish xfasih berbahasa melayu... dari usia merah dah berhijrah duduk sana balik pun 2,3 tahun sekali bila raya je.. 12 tahun dah umur Danish...

Urusan tu settle angah pun tenang nak sunatkan danish.. hampir 2 minggu juga danish baru betul² sihat.. dan akhirnya 17hb Julai 2017 deme balik Melbourne semula..



kesian Danish sakit ek kena sunat..

ok habis cerita raya...

Signature - ANIM-Yatie Ahmad