CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, May 3, 2010

Meh Membakar Kepak Ayam~

::: Oven ini daku beli di c4 atas nasihat pn ilah :::
::: Kepak ayam yang telahku perap selama 3 jam :::
::: Sesi membakar bermula :::
::: Tarraa... dah siap :::


Dugaan Buat Mak...

Salam...

~27 April 2010 (Selasa)

Sekitar jam 8.00 malam, ketika ituw aku bersama-sama Rozilah sedang menikmati makan malam di cafe Hotel Midah, KL (3 hari kursus kecemerlangan PTO ye kawan2) tiba-tiba..... telefon bernyanyi riang hatiku berdebar-debar sebab no. telefon mak yang sedang memanggil-manggil.

Kedengaran suara Yong sayup-sayup di hujung talian...katanya otw balik ke rumah (setelah 3 jam di unit kecemasan). Gulppss... nape ye? Hatiku mulai risau... Yong bagitau mak patah pergelangan tangan...

Kisah bermula, sekitar jam 1.00 tengahari mak sendirian di rumah 2 teruna harapan bersuka ria di luar. Menurut mak setelah menanak nasi untuk makan tengahari beliau ke luar (umah mak kat kg ada 2 dapur, dapur gas dalam rumah-dapur kayu kat luar umah) untuk menyiang ikan.

Setelah selesai menyiang ikan beliau masuk semula ke dalam rumah tetapi malang sekali kakinya tersadung bendul pintu maka kasut yang dipakai tergelincir menyebabkan beliau jatuh tersembam dengan tangan menongkat dan menahan beban badan.

Oleh kerana kesakitan tangan yang patah dan lutut kaki terluka mak gagahkan diri mengurut tangan beliau dengan minyak panas dan memanaskan batu tungku untuk mengurangkan rasa sakit tapi tangan mak kian membengkak... Dengan penuh harapan menunggu 2 anak terunanya pulang dan berharap ada orang datang kerumah (sama ada membeli aiskrim malaysia @ air batu) tetapi hampa....

Hingga jam 4.00 petang tiada siapa yang datang mahupun balik maka mak mengagahkan diri membawa hp nya ke rumah jiran sebelah... (mak xreti mendail walaupun dah banyak kali kami ajar katanya angkat telefon dia pandai la...) Beliau minta jiran sebelah menefon Yong dan 2 anak terunanya balik dengan kadar segera kerana beliau mula merasa sakit yang tak tertahan...

Akhirnya Yong dan Yop bawak mak terus ke bahagian kecemasan Hospital Tapah, setelah di buat imbasan sinaran x ray soheh tangan mak patah di pergelangan tangan. Maka tangan kanan dibius untuk memasukkan ubat dan tangan kiri di semen untuk mengurangkan pergerakan. Setelah dibekalkan ubat tahan sakit dan segala macam ubat mak diarah pulang.


Usia mak menginjak angka 70 tahun (sekarang menderita sakit kencing manis dan darah tinggi). Oleh kerana tangan beliau bersemen maka pergerakan beliau terbatas, maka dengan kehadiranku ini dapatlah membantu menguruskan mak sewaktu Yong bekerja.. Aku menguruskan makan, pakai dan memandikan mak... Rasa sedih bila tengok mak terkial-kial sendirian...

Sebak rasanya bila memandikan mak...menggosokkan sabun ke seluruh badan beliau, mensyampukan rambut, membantu mak untuk memakai baju dan akhir sekali tepekkan bedak kat muka mak...Siapkan sarapan, makan tengahari dan malam dan memastikan mak makan ubat mengikut ketetapan.

~2 Mei 2010 (Ahad)

Setelah 4 hari menguruskan mak dengan bantuan Yong di waktu petang maka hari ini aku kembali ke Putrajaya kerana tuntutan bekerja. Yong pula akan mengambil alih tugas membantu mak dan akan dibantu oleh abangku untuk menguruskan makan mak. Yong akan datang pada petang hari selepas kerja untuk menguruskan mak mandi kerana mak xberupaya untuk mandi sendiri.

Aku balik Perak pada petang Rabu setelah suamiku selesai kerjanya, kebetulan kakak dan wan turut menyertai aku balik untuk melawat keadaan opah mereka. Tapi keesokkan harinya 2 beradik ituw kembali ke KL dan Putrajaya kerana tuntutan kerja dan kakak membantu keluarga mertuanya kenduri kawen adik iparnya.


Akan tetapi si farish pulak demam, hari jumaat dah mula batuk2, selsema... bila siang dia riang ria bermain ituw ini tapi bila malam badannya panas. Aku kasi ubat batuk dan panadol kanak2 tapi ini budak sangat la susah mau kasi ubat menjerit2 macam kene dera je lagaknyer...Selera beliau semakin kurang xmau makan xmau menyusu...wawawa ibumu rasa gundah gulana....

Petang semalam aku bawak farish gi klinik aku risaukan keadaan dia jika dibiarkan berlarutan...

Hari Jumaat aku bawak farish gi Pejabat Tanah, Tapah
Ahad-farish tidur sepanjang perjalanan balik Putrajaya

Saturday, April 24, 2010

::: Ikan Salmon Grill Sos Lemon:::


Menu makan malam 22hb April 2010 yang di masak oleh suami teman...

Hati Lara...

Minggu ini hati, fikiran aku entah ke mana pergi
Ke laut kah? ke daratan, ke langit biru atau pun ke dasar perut bumi?
Kenapa serabutnya aku rasa...

Peristiwa minggu lalu membawa ke minggu ini...
Degupan jantungku berlari laju minggu lalu
Tapi sms ku terima pagi 20hb membuat aku ringan, melayang-layang...

Hatiku tersentak bila membaca sms kakak
Badan mengeletar mencatat satu persatu nombor itu
Sepantas kilat nombor ku dail, ku cari insan itu untuk mendapatkan kepastian, namun gagal
Akhirnya kakak dapat hubungi insan itu
Maka terungkailah satu kebenaran yang membuat air mata jatuh berderaian

Aku ini seorang ibu...patahnya hatiku, rapuhnya kekuatanku..
Tapi bukan aku yang menyandang semua itu
Andainya Yong aku yang tahu bagaimana perasaannya?

Wahai anak yang diheret ke sana ke sini 9 bulan 10 hari
Tergamaknya kalian terus-terusan menghancurkan kegembiraan ibumu
Tergamaknya kalian membuat air mata ibumu kian mengering
Tergamaknya kalian...

Wahai anak yang ditatang bagai minyak yang penuh
Dipelihara dengan penuh rasa kasih sayang
walau dalam serba kekurangan
Ibumu berusaha memenuhi semua permintaan
Ibumu mengantikan tempat si ayah dengan bekerja keras mencari sesuap nasi

Pernahkah kalian memahami si ibu?
Sepinya hidup ibumu bila ayahmu pergi menghadap Ilahi
Beratnya tanggungjawap yang terpaksa ibumu galas
Sedangkan kalian masih merah xmengerti apa-apa waktu itu
Kini setelah masa berlalu dengan pantas, kalian kian dewasa
Satu-persatu perilaku kalian membunuh rasa, mencalit arang hitam di wajah ibumu...

Adakah serba kekurangan rasa kasih dan sayang?
Adakah serba kekurangan didikan agama?
Adakah serba kekurangan kesenangan hidup?

Bila geriji besi mengurung kalian kerna kejahilan diri sendiri
Mengapa ibu juga yang kalian cari?
Mengapa menagih simpati? Mohon di lepaskan...

Adakah kalian akan sedar? Atau semua itu lakonan semata..
Tiada seorang dari kamu yang membanggakan ibumu...
Tiada seorang dari kamu yang membuat ibumu
menangis kegembiraan
Tiada seorang dari kamu mengucapkan terima kasih
Kerna jasa ibumu membesarkan kamu...

Dan aku...
seorang adik, seorang ibu saudara kepada kalian semua
Tersepit memilih demi kebaikan kalian
Terhimpit dengan prasangka baik dan buruk
Adakah menolong kalian akan menyelesaikan kekusutan?