CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, March 29, 2012

Cik Nur Farisya Aqeela : mai keje :)


Hai untie² semua :)

Ite kene itut ibu ite dtg keje sebab :-

i)  pengasuh ite @ mamaira ite balik kampung sbb mama + papa + nenek 
dia nak gi umrah;
ii) ibu ite xmau ponteng keje jaga ite kat rumah sebab dia ada kerja; dan
iii) xde sapa nak jaga ite (ibu & ayah ite xmau susahkan nenek mlk utk 
jaga kami 2 beradik).

Jadi............ kite gi kerja yeayyy! Habis meja ibu ite sepah²kan hahaha  
(*gelak jahat!)

1st day : 26 Mac 2012 (Isnin)

2nd day : 27 Mac 2012 (Selasa)
3rd day : 28 Mac 2012 (Rabu)

Abam ite ikut ayah gi kerja juga tau! Lepas sekolah dia ikut ayah bila petang mrk datang amik ite dgn ibu pulak. Cian abam penat sampai tertidur kat dlm kete. Ite? Dah tidur lena dlm surau kat opis ibu jadi tenaga banyak sangat untuk buat onar huhuhu...

Ite nak ucapkan :

Many² THANK YOU pada kakak² chomel, untie² yang baik hati (tolong jaga ite sementara ibu buat kerja + pada untie² yang suka buli ite tu ite dah maafkan pun hahaha....)

Semoga Allah S.W.T balas jasa baik untie² & kakak² sekalian ek, ibu ite blanje makan puding roti dengan puding coklat ok la ek..... Tq untie EO Ana sebab bagi gaji kat ite yeayyyy suka ite leh beli roti jagung!



Tata Titi Tutu....


Macam² Perasaan Ado!

Salam,

Wahhh harini ada mood cemas sebab pagi tadi pumping susu dapat 1 1/2 oz je! Ohhh no xtau pesal pe, sejarah terburuk buat aku ok! Mood sedih : sob...sob...sob.... (maybe 3 hari ni jadual pumping lari sebab bawak farisya mai kerja + dia malas minum direct asyik main jek + ibu xsempat nak pump sebab bz & mesin MODU demam lagi sekarang tengah guna Avent Single).

Nasib juga masih ada warranty 1 tahun (beli thn lepas 2-6-2011) leh la mintak jasa baik kanda hantarkan pi servis nuuu di Sarakids Shah Alam. Tapi rasa janggal la pulak guna single pump ni sebab dah terbiasa double pumping kan.... Xpelah sabar ok!

Ohh ye harini ada Mesyuarat Agung Puspanita kat Kementerian, dah la nama xde dalam senarai tapi nasib dapat masuk dewan. Pukul 11 baru penaung datang haih! (nak mengumpat sikit : datin wife YBM tu memang selalu xmenepati masa dlm tentatif tulis majlis start pukul 9.00 pagi tengok dia lewat 2 jam ok!) Memang setiap kali majlis dia buat peel gitu mentang² dia VIP leh sesuka ati ekk? Tunggu PRU 13 kot² laki dia masih jadi YBM KKLW lagi huhuhu....

Ok tu je nak citer daaaa hahaha....


Sunday, March 25, 2012

Sandwich Goreng Berkeju



ayam cincang + sayur campur + cendawan + serbuk kari
lenyek dulu roti ok kalu x nanti roti serap minyak masa mengoreng
kraft cheese sekeping ni potong 4 (jimat² hahaha..)
boh cheese + 2 sudu ayam
Celur roti dalam telur sebelum goreng ok
Goreng jangan x goreng
Hamik selambak dapat muahaha kenyang sampai pagi... 
 

Moh masak!

♥ Sandwich Goreng Berkeju ♥
Bahan² :

Roti Gardenia
Daging Ayam cincang cap Ramly Burger
Sayur Campur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih              
Cendawan Shitake @ Butang   * cincang dadu
            
1 sb serbuk kari
1 sb sos tiram            

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 
4 biji telur untuk celup roti

Cara² memasak inti : 

Tuang minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan cendawan sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan daging ayam cincang (sila gunakan api kecik ye), bila daging ayam mula layu leh masukkan sayur campur, sos tiram dan serbuk kari masak lagi hingga daging masak sekata akhir sekali boh garam dan gula secukupnya. Ok siap inti roti ketepikan dan biarkan sejuk!


Cara² :


1. amik roti sekeping roti kemudian gunakan kayu pengelek (rolling pin) gelek sampai roti jadi leper.

2. letak 1 potong cheese dan 2 sudu inti di atas roti kemudian sapukan telur/air keliling roti (jadikan gam supaya roti leh melekat) gunakan garfu untuk tekan di kawasan

3. leh lipat dua @ gulung ikut kreativiti kome² semua :)

4. pukul telur boh garam sikit (ala² macam buat telur dadar) 

5. roti yang dah siap lipat celup dalam roti dan sedia untuk di goreng. 


Ok daaaaaa.........


Thursday, March 22, 2012

ceritera Farish Akmal Part 6



~28 Februari 2012 ( Selasa)

Salam,

Nak tau x progress terkini tentang si abam Farish? Ingat x lagi 12-11-2011 yang lalu Farish baru saja menjalani pembedahan mata klik sini. Selepas 2 minggu ada temujanji dengan doktor untuk monitor perkembangan selepas pembedahan dan doktor kata mata Farish ok. Al-hamdulillah  3 bulan pun berlalu maka pada tarikh ni ayah kene bawak Farish untuk pemeriksaan lanjutan.

Kali ni ayah bawak Farish je dan ibu kerja macam biasa (x yah ikut nanti meracau xde tempat nak pump susu hehehe ...). Doktor bagitau ayah mata Farish ok dan dia kasi surat refer untuk pemeriksaan lanjutan ke Hospital Putrajaya. (senang dekat sikit HKL tu jauh ok - + jalan jem memang kene kuar awal pagi).

Di hari kejadian ayah kuar rumah jam 6.30 pagi dan sampai HKL sekitar jam 8 pagi. Amik no giliran dan tunggu nak jumpa doktor lebih kurang pukul 11 pagi baru settle semua. Syukur al-hamdulillah sekarang xde lagi tekanan emosi/perasaan buat Farish kan sebab mata dia dah ok, ibu dan ayah pun rasa gembira kalu x ibu pun rasa down bila ada 'orang' tanya kenapa mata Farish juling? kenapa leh jadi? bila terjadi? ada sejarah keluarga ke? Bla..bla...bla...

Dah tentu Farish sendiri pun xmau kan mata dia jadi juling, hari² balik sekolah (Tabika KEMAS Presint 18) dia mengadu kawan² ejek dia cian anak ibu sob...sob...sob....




Referral Letter 2 HPJ