CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, February 9, 2015

Kenduri 1Wilayah Persekutuan : 7/2/2015 (Sabtu)




Assalamualaikum semua....

Kami anak beranak pi Kenduri 1Wilayah Persekutuan Putrajaya sabtu lepas... Pukul 7 pagi kandaku pergi dulu sebab dia mendaftarkan diri untuk jadi sukarelawan jaga kaunter air. Dia soh daku drive sendiri bawak 2F sebab kami terhegeh-hegeh x siap lagi hahaha....

Debor juga dalam hati ni gi tempat sesak² reramai orang ni kang nak parking mana xtau.... Tapi sebab kami sampai sebelum 8.30 pagi open parking ni x banyak kete lagi yeyeye berjaya!  


 posing dulu
 seberang jalan dah sampai hehehe

Sampai je terus daftarkan diri kot² nama ni bertuah dapat kete saga ke hahahha berangan... Pastu sarapan beehun goreng pedas dan keras hehehe... nak minum dapat pulak air oren manis leting pehhhh.... x mandang pulak air mineral bertabah jelah minum sikit²... nyesal x bawak air sendiri hehehe...

Xtau nak buat pe terus gi court futsal nampak benda alah bawah ni haaa pe lagi 2F teruja kome x sabor nak main katanya... Pukul 10 baru sukaneka start tapi anak terunaku ini xmau joint katanya baju nanti kotor bla3x.... memacam alasan budak ni!

 lantak kome main le sampai penat

Pukul 10.30 gitu si Farisya dah bosan dan nak nyak² pulak dia bawa la pi cari tandas nampak pulak orang bawak belon cari le mana orang dapat terus soh dia berbaris gamaknya kiut sangat x sampai 2 minit dah dapat hahaha....



Teruja pulak nampak badut tapi berbaris bukan main panjang memasing sebelum sampai kat badut bukan main cakap nak pedang la itulah inilah tapi yang dapatnya si abang je si Farisya dapat bunga tension dia jeles dan berebut dengan abangnya alahai...


Pukul 11 gitu cabutan bertuah dah start lepak la kat meja makan dekat area kaunter air bebudak main belon sesambil nengok gelagat orang ramai dan nampak le kelibat kandaku tolong angkat lauk le untuk orang makan tengah hari...

Rezeki ada orang kasi  1 kotak KFC seronok le 2F dapat makan KFC hehehe.... dengornya urus setia kasi kanak² je tapi ada je mak pak selamba je mintak haisshhh cian bebudak yang x dapat tu kan...

11.30 pagi orang dah start makan tengah hari... kandaku ambikkan nasi tapi bebudak x mau makan kebetulan ada kakak ni kasi deme keropok udang deme makan tu je nasi xmau langsung haisshhh....

Rezeki nama kandaku naek hehehe....



PINK gitu...

Tunggu juga le sampai 12.30 tengah hari kot² nama kite bertuah tapi x bertuah pun hahaha balik jelah... kandaku tambat beskal atas bumbung kancil dan kami balik le rumah... dia merempit naek motor tunjukkan jalan lain sebab jem kome semua pakat nak balik... follow jelah dia...

Beskal PINK ni kandaku dah jual sebab xde sapa nak kayuh hahaha alang² duit juai beskal tu nak belikan Faris beskal BMX hajat hati sebab beskal beli aritu dah jahanam kome.... x bagus kualitinya mahai x ingat...

Nak tengok gambo klik Perbadanan Putrajaya ek


Ok tu je cite weekend kami... Ahad pi Warta kejap belikan baju t-shirt pengakap untuk si Faris alang² tu beli la suar dalam 2F... Daku teringin nak makan nasi ayam hainan (terpengaruh iklan tv The Chicken Rice Shop) tapi lupa Warta takde The Chicken Rice Shop tapi Ayamas adalah hahaha... makan jugalah perut dah lapor...

Petang x tau nak buat pe bosan jahit le baju kurung.... dah jahit tepi tinggal nak cantum tapi tulah getah kain xde pulak nak buat kain bila le gamaknya rajin nak singgah Mydin pi beli....

Yelah² tu je nak cite babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Thursday, January 29, 2015

Check-up 20 weeks + scan = Placenta Low Lying :(


Assalamualaikum....

Semalam setengah hari doq kat Klinik Kesihatan Presint 9 ikutkan setakat check-up biasa (urin + darah + jumpa nurse) kalau datang 7.30 pagi register kata la pukul 8 pagi dalam sejam 2 gitu settle dah... 

Tapi memandangkan masa minggu ke 18 aritu kena minum ayor gula (MGTT-sebab rekod mak ada kencing manis/darah tinggi + BMI daku x ok) tunggu settle semua tu dah pukul 12.30 baru dapat jumpa nurse daku capek :(

Result MGTT tu pun x kuar lagi.... Nurse kata kalau x de dapat call appoinment minggu ke 20 nanti mintak nurse update result kat buku...

Ikutkan minggu ke-18 kena jumpa doc untuk scan baby tapi daku xmau tunggu lepas lunch baru dapat jumpa doktor giler hapa kena ambik cuti le time off 4 jam je herrmmm... daku mintak nurse tunda scan baby ke 20 (dengan harapan x lama la tunggu turn jumpa doktor) tetapi daku hampa huwaaa.... 11 lebih baru dapat jumpa doktor... keras bontot tunggu turn...

ramai kan register kehamilan 2014 (747/14)

7.34 pagi dah terpajak kat klinik ni... pukul 8.10 pagi baru dapat nombor pi la check urin + amik sample darah (ni kejap je) terus scan kad tunggu la sampai nombor naek... pukul 9.30 pagi baru settle jumpa nurse (timbang, check perut, check nadi baby dll). Tunggu lagi nak jumpa doktor pukul 11.20 pagi baru nombor naek giler dekat 2 jam ko tunggu dah le lapor x sarapan lagi (teknik supaya naek timbang x naek banyak hahaha...) 


Tapi masa doktor scan katanya uri kat bawah :( siap pesan kalau bleeding cecepat pergi Hospital.... aku xfaham blur ok! Mood pun dah swing apa lak masalah daku ni sob..sob..sob...

Tapi daku paling geram bila doktor cakap kena minum air gula lagi sekali minggu ke 28 nanti... la katanya kalau result x ok je kena repeat ni result ok pun kena repeat apehal! Katanya kena minum juga sebab BMI xcantik...

Result HB ok 11.8, tekanan darah pun ok 128/83 (nurse bagitau kalau 135/++ tu tinggi) result MGTT pun ok juga...


Result MGTT 14/1/15 (Minggu ke 18)

Nak balik tu nurse kasi time slip dan daku tanya lagi uri leh naek balik ke? Doktor cakap insya Allah kite scan minggu 28 nanti tengok camne kedudukan uri... Lega sikit rasa hati...

Meh daku petik sikit Klik SINI katanya Menurut doktor Fatima Najla, perunding O&G Pusat Perubatan Kelana Jaya, bukan semua kes uri di bawah tergolong sebagai placenta previa. 

Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah, dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini masih berterusan, barulah ia dipanggil placenta previa. 

Boleh baca di sini. Agak melegakan kerana menurut doktor Fatima lagi, sekitar lebih 80 % kes, uri akan tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar.


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.



Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.



Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya )
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya ).


Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran (**mybe)

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.


Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.


Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.



PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

Sumber klik SINI

Petang semalam daku gigih la google cari info supaya daku bersiap sedia dan faham la serba sikit... moga anak ibu ni bertahan la ek sampai 40 minggu... ibu harapkan xde la apa² yang buruk terjadi amin...

Meh rerajinkan baca :

Klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI,SINI,SINI
   

Tuesday, January 20, 2015

Cite Masak² versi Pemalas...

 Assalamualaikum....


Lama x sembang pasai masak² yea... ikut mood juga kalau teringin nak makan itu ini gagah le masak walaupun lepas berdiri lama kat dapur tu rasa sakit kaki.... gigih juga tu walaupun penat tapi nengok anak² makan tu rasa seronok je... lagi kalau deme puji sedap lagi le berbunga dalam hati ni hehehe...


~30hb Disember 2014 (Selasa)

 Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Udang Galah Goreng

Udang galah ni si Noreen bawa pi opis, versi frozen sekilo dapat le dalam 16 ekor harganya rm38 hinggit... daku pun beli sesekali nak rasa katanya... tanya kandaku nak masak pe macam biasa le dia masak lemak cili api jelah.... jadinya 6 ekor masak lemak cili api dan 4 ekor lagi goreng kunyit je untuk bebudak makan... sayur pe ek daku masak lupa dah hahaha...


~17hb Januari 2015 (Sabtu)

Jumaat semalamnya ajak kandaku pi pasar malam kununnya nak cari bahan ala² puchuk suhun tu versi goreng (kalau kite makan yong tau foo ada kan...) hajat hati nak masak beehun sup chinese style tapi tak jumpa sob...sob...sob.... 

Sudahnya cuma beli ikan bilis dengan lala frozen aje... menu makan malam kami beli mee goreng untuk kanak² dan si ayahnya pun beli mee goreng sebab tawaf banyak kali pun x jumpa apa nak beli... daku beli soto ayam... kekuih sikit wat kekudap pastu balik le nak maghrib dah... lala masuk freezer sebab esok baru masak...

Lala MasaK Lemak Cili Api
Kacang Botol + Cendawan

Ada jemputan kenduri kawen salah sorang pegawai unit Agropolitan kawenkan anak dan buat kenduri kat INFRA jadinya memang dekatlah... Tapi kandaku kerja :( xleh nak gi sekali... daku mintak nak guna kete kancil (selalunya weekend kancil kandaku akan guna) sebab kete dia manual jadi memang daku xreti nak bawak hahaha...

Berjanjilah dengan kengkawan nak gi pukul berapa sekian² via wassup group gitu... oleh kerna deme nak pergi lepas solat zohor jadinya daku ngemas le rumah sikit... pagi tu sarapan kami cucur ikan bilis cicah sos je... 

Pukul 11 lebih gitu daku ketang ketung le masak kekununnya kang balik kenduri leh releks² je x yah sesusah nak masak makan malam gitu... kalau rajin kununnya goreng le ikan masin ke telur dadar ke tapi sampai ke malam idak le daku masak lauk tambahan hahaha... cuma gorengkan telur mata je kasi 2F makan sebab lala tu pedas...


~18hb Januari 2015 (Ahad)

Ahad pun hari bermalasan soh kandaku beli nasi kerabu wahh teringinnya nak makan solok lada dan untuk 2F ayahnya belikan roti telur... Pukul 11 pagi kami gi Warta beli baju KAFA si Faris dan alat tulis sikit... otw balik kami singgah Chaiyo Bistro, Sg. Merap makan tengah hari, tiap kali makan sini si Faris suka sangat makan laksam ambik le 2 ketui sekali terlebih letak sambal belacan hahaha ulam air jelah deme 2 beradik tu... daku makan nasi campur dan kandaku order set nasi ayam... daku suka tapau bubur sebelum ni beli bubur labu dan kali ni beli bubur biji nangka pulak... makan sejuk² sedap wooo...

Maggi Goreng

Petang tu nak tido rasa mata xleh nak lelap nak jahit tangan baju KAFA si Faris pun terkial-kial... ada mesin jahit pun malas nak pasang benang segala jahit tangan pulak rasa letih hissshhh ngegada benor...!

Bebudak tido lagi lepas Asar gitu turun pi kedai bawah beli maggi kering, udang sikit dan sayur sawi... buat maggi goreng versi x pedas untuk makan malam kami... sebelum masak siapkan dulu kerja iron baju kerja dan sekolah stok seminggu terus senang kan...

Makan le maggi goreng tu haa sekuali ibu masak siap boleh bawak bekal pi sekolah dan kerja hehehe....


~19hb Januari 2015 (Isnin)


 Sotong Kari + Ubi Kentang

Balik kerja terus singgah kedai beli santan rm2, buah tomato 2 biji dan daun kari nak masak gulai sotong katanya... beli ikan sardin 4 ekor dan pak choy juga... kang bebudak xsuka gulai leh makan ikan goreng...

Dah jemu nengok pilihan lauk dan x tau dah nak masak pe... asyik sambal sotong je bosan juga... sesekali tukar selera iye idak kalau ayah x suka ibu leh habiskan hahaha... pengaruh nengok blog/FB deme masak tu yang rasa macam sedap je sotong masak kari... 

Tapi versiku xguna halba campur kayu manis dan adik beradiknya semua... Cuma guna bawang merah, putih dan halia yang di hiris/mayang nipis... rempah kari, daun kari, asam jawa, santan... sesaja je daku tambah ubi kentang kasi meriah kekeke dan buah tomato untuk rasa masam gitu... masak versi pekat dan x cair sangat comfirm menjilat jari hikhikhik...

 Pak Choy Goreng
Ikan Sardin Goreng

Rupanya bebudak suka juga gulai sotong ni... si Faris siap mintak kuahnya nak gaul dengan nasi tapi sotong kasi 3 ketui kecik pun siksa nak makannya... memilih makan gini ler rupa... nasib baik si adik rileks je tolak kayu dengan batu je semua dia makan... ada lebih sotong, ikan sikit dan nasi putih memalam ayahnya le tolong habiskan... sayur daku habiskan sudah... kalau x de sayur x lengkap hidup ini kekdahnya...

Gini le rupanya mak² kan balik kerja walaupun penat masak juga untuk anak² dan suami... kekadang belikan biskut, roti kasi anak makan sementara nunggu kite siap masak kalau idak si Farisya tu asyik le ulang alik ke tengah ke dapur mintak makan... kalau malas aka penat benor baru le soh tapau lauk je kat kedai...

Menjak mengandung ni memilih juga makan... berapa lama dah x makan tomyam xsuka benor rasanya... benda² masam aka buah sekalipun tekak ni x leh nak terima... sup pun kalau masak sendiri makan le kalau versi kedai tu xleh juga masuk tekak ni... amboi ngegada yeaaa...

Selagi larat masak jelah... simple² jek jadi ler iye idak....


  

Thursday, January 15, 2015

sembang²

Assalamualaikum....

Bizikah kome sekalian? Daku suam² kuku je biasalah awal tahun mengisahkan anak nak sekolah dan rutin bulanan kena pi check-up hikhikhik.... Tahun ni rasa malas benor nak update pasai budget persekolahan untuk si Faris dan kisah dia pi sekolah camne gaya... serba serbi macam x lengkap bila koop sekolah tukar tender dan pembelian buku tunda banyak kali sampaikan ibu bapa mengamuk kat FB PIBG....

Si Faris cuma dapat beli buku tulis je... buku kerja katanya 2 minggu lagi baru cikgu bagitau... Tahun ni agak serabut juga bila dah masuk tahun 3 deme balik lambat yea... masuk pulak awai giler 7.15 pagi dan balik pukul 1.35 tengah hari... Yea daku masih ngambik ngantor gilir² somi isteri katanya.... entah le x berapa yakin sangat nak transitkan dia kat sekolah (xtau kenapa aku ni xyakin si Faris leh uruskan diri sendiri herrmmm...)

Sebab aku serabut mikir camne beg baju sekolah pagi? baju KAFA kang kot hilang? mandi, makan, solat zohor camne? entah le mikir lagi dan lagi ni... Situasi sekarang ni daku balik pukul 1 tengah hari ambik dia balik pukul 1.35 dan sampai rumah 1.45 petang sampai rehatkan diri mandi dan solat kat rumah sebelum 2.30 dia dah sampai sekolah semula sebab ada perhimpunan dan mula masuk kelas pukul 3 katanya...

TAPI bila daku hantar dekat 2.30 petang jadinya daku pulak terkejar-kejar dan lewat masuk kerja sob...sob..sob... sungguh la dalam di lema... daku kena balik lewat 30 minit la gini sebab cover balik masuk lewat tu so itu x de masalah sebab si Faris balik KAFA pukul 6 memang ngam² je sampai... Kalau si ayah x banyak kerja or kerja di luar kawasan dia akan uruskan si Faris... 

Sekarang ni baru 18 minggu lek la masih leh la lagi uruskan dia hantar ambik sekolah insya Allah... due bersalin  pulak 2 hari sebelum ramadhan (bulan 6 x lama dah pejam celik² je tu) sob..sob..sob... :(

Daku sedang melatih dia solat jadinya kena pantau lagi... xleh main² dah masuk tahun 3 jadinya kalau transit kat rumah orang reramai takut dia x sempat nak solat sebab terkejar-kejar nak mandi makan dan pi sekolah semula... itu alasan kenapa daku masih hantar amik dia... ++ kena tambah lagi duit transit ohhh haisshh (tapi kalau ikutkan belanja minyak dan makan dia rasanya lagi banyak tapi pasrah la minyak kete ayah yang isi kikiki...)

Faris masih x fasih lagi menghafal surah² nak solat jadinya setiap kali solat daku kena ada sebelahnya monitor dan bacakan mana² dia xtau... bila malam solat maghrib kat rumah dulu baru pi rumah ustaz kat tingkat 10 mengaji iqra (baru iqra 5) balik kemas beg sekolah siapkan kerja sekolah kalau ada dan masuk waktu isyak dia akan turun pi surau solat isyak berjemaah... tulah caraku nak kasi pendedahan kepada dia... pelan² insya Allah...

Ya Allah berikanku kesihatan yang baik dan semoga aku tetap kuat lagi bersemangat mendidik anak-anakku ya Allah... sihatkan anak dalam kandunganku ini Ya Allah dan semoga dia lahir dengan mudah... amin...