CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, January 29, 2015

Check-up 20 weeks + scan = Placenta Low Lying :(


Assalamualaikum....

Semalam setengah hari doq kat Klinik Kesihatan Presint 9 ikutkan setakat check-up biasa (urin + darah + jumpa nurse) kalau datang 7.30 pagi register kata la pukul 8 pagi dalam sejam 2 gitu settle dah... 

Tapi memandangkan masa minggu ke 18 aritu kena minum ayor gula (MGTT-sebab rekod mak ada kencing manis/darah tinggi + BMI daku x ok) tunggu settle semua tu dah pukul 12.30 baru dapat jumpa nurse daku capek :(

Result MGTT tu pun x kuar lagi.... Nurse kata kalau x de dapat call appoinment minggu ke 20 nanti mintak nurse update result kat buku...

Ikutkan minggu ke-18 kena jumpa doc untuk scan baby tapi daku xmau tunggu lepas lunch baru dapat jumpa doktor giler hapa kena ambik cuti le time off 4 jam je herrmmm... daku mintak nurse tunda scan baby ke 20 (dengan harapan x lama la tunggu turn jumpa doktor) tetapi daku hampa huwaaa.... 11 lebih baru dapat jumpa doktor... keras bontot tunggu turn...

ramai kan register kehamilan 2014 (747/14)

7.34 pagi dah terpajak kat klinik ni... pukul 8.10 pagi baru dapat nombor pi la check urin + amik sample darah (ni kejap je) terus scan kad tunggu la sampai nombor naek... pukul 9.30 pagi baru settle jumpa nurse (timbang, check perut, check nadi baby dll). Tunggu lagi nak jumpa doktor pukul 11.20 pagi baru nombor naek giler dekat 2 jam ko tunggu dah le lapor x sarapan lagi (teknik supaya naek timbang x naek banyak hahaha...) 


Tapi masa doktor scan katanya uri kat bawah :( siap pesan kalau bleeding cecepat pergi Hospital.... aku xfaham blur ok! Mood pun dah swing apa lak masalah daku ni sob..sob..sob...

Tapi daku paling geram bila doktor cakap kena minum air gula lagi sekali minggu ke 28 nanti... la katanya kalau result x ok je kena repeat ni result ok pun kena repeat apehal! Katanya kena minum juga sebab BMI xcantik...

Result HB ok 11.8, tekanan darah pun ok 128/83 (nurse bagitau kalau 135/++ tu tinggi) result MGTT pun ok juga...


Result MGTT 14/1/15 (Minggu ke 18)

Nak balik tu nurse kasi time slip dan daku tanya lagi uri leh naek balik ke? Doktor cakap insya Allah kite scan minggu 28 nanti tengok camne kedudukan uri... Lega sikit rasa hati...

Meh daku petik sikit Klik SINI katanya Menurut doktor Fatima Najla, perunding O&G Pusat Perubatan Kelana Jaya, bukan semua kes uri di bawah tergolong sebagai placenta previa. 

Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah, dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini masih berterusan, barulah ia dipanggil placenta previa. 

Boleh baca di sini. Agak melegakan kerana menurut doktor Fatima lagi, sekitar lebih 80 % kes, uri akan tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar.


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.



Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.



Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya )
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya ).


Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran (**mybe)

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.


Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.


Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.



PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

Sumber klik SINI

Petang semalam daku gigih la google cari info supaya daku bersiap sedia dan faham la serba sikit... moga anak ibu ni bertahan la ek sampai 40 minggu... ibu harapkan xde la apa² yang buruk terjadi amin...

Meh rerajinkan baca :

Klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI,SINI,SINI
   

No comments :