CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, December 5, 2010

Kongsi Info : Tanda-Tanda Bersalin & Kisah Kelahiran Farish Akmal ♥

Tanda-tanda bersalin

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:


  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa @ Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. 

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.


======================================


Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

* Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

* Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.


* Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.


* Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.


Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam
carta cardio-tocograph @ CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.


Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.


Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.


Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.


Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.


Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.


Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.


Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.


Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).


Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/



=====================

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? 
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. 

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-)
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
Nak tengok video? klik sini

                                                                                 p/s : copy from internet Klik sini




=============================


:: Kisah Kelahiran Farish Akmal  21 Okt 2006 ::

Pengalaman pertama melahirkan farish pada 21 Oktober 2006 dulu sangat mendebarkan, menyakitkan waaaa... Kalu mengikut perkiraan (due date) aku sepatutnya bersalin pada 15 Oktober 2010 tapi farish xmau keluar lagi huhuhu... Last check-up 19 Oktober 2010 nurse bagi Post Due selama 4 hari beserta sekeping surat pengesahan aku dah over due. Kebetulan 15 Oktober 2010 bersamaan hari Khamis dan semalamnya (hari Rabu) ada sesi bersalam-salaman sebelum semua bercuti raya Aidilfitri. 

Aku ponteng kerja selama 2 hari sebab naik malu sehh xberanak2 lagi hahaha... Mak aku pun dah seminggu ada kat Kajang waktu itu tunggu aku bersalin tapi x bersalin2 juga :). Akhirnya mak aku ajak balik Perak petang Jumaat selepas asbenku selesai sembahyang Jumaat, yelah raya dah dekat nanti sape nak bakar lemang mak aku kata la...

Selepas waktu berbuka puasa petang Jumaat tu aku mula sakit perut, pi tandas pas tu aku menjerit kat mak yang aku "PERIOD" hahaha mak aku senyum jek katanya tanda2 nak bersalin la 2... Mak siapkan bekalan nak bawa gi Hospital tapi mak soh aku tidur dulu katanya kalu aku mula sakit sangat baru gerak gi Hospital Teluk Intan.

Sekitar jam 11.00 malam aku mula rasa sakit sangat xleh nak pejam mata jadi camne nak tidur... Kami pun bertolak gi Hospital dan aku kene tahan. Masa Nurse check masa 2 bukaan baru 1 cm, rasa sejuk semacam kecut perut dengar suara2 mengerang sana sini. Ohh.. camne la nasib aku? :(

Cian mak dan asben sebab depa tidur kat surau Hospital tunggu aku... Apalah agaknya depa makan masa bersahur pagi 2... Esok paginya aku di pindahkan masuk wad (transit aku kira sementara sebelum masuk labour room). Sepanjang malam aku xleh tidur :( menahan sakit yang maha dasyat daripada sakit senggugut...wawawa....

Esoknya ramai la yang datang menjenguk aku bergilir-gilir. Aku ditempatkan dalam satu bilik berkongsi dengan 4 ibu2 lain... Sebelah katil aku seorang ibu yang dah bersalin 7 kali tapi katanya dia dah Induced (klik sini) 2 x tapi x bersalin2 jugak... 

Depan katil aku pulak seorang ibu yang kene darah tinggi jadi xsakit pe pun releks je... Sebelah katil beliau seorang perempuan cina dengarnya beliau dah 2x cucuk Epidural Anesthesia (klik sini) tapi x bersalin2 jugak....

Sampai petang aku masih bergelut dengan kesakitan yang teramat... xde sapa dapat tolong wawawa... Mak dan asben aku balik rumah untuk berbuka puasa maka tinggallah aku sendirian... Selepas Maghrib rasa sakit makin menjadi2 dan disebabkan aku ni jenis xpandai nak meraung, menjerit xtentu pasai maka menahan sakit sorang sambil tarik kain cadar katil... Makkkk sakitnya nak bersalinnnnnnnnnnn.....!

Kakak sebelah katil aku agaknya perasan aku macam orang gila kejap baring kejap duduk... Aku ngantuk la semalaman aku xtidur dan sekarang rasa sakit 2 datang makin kerap... Dia panggil nurse soh tengok2kan aku, dan masa check untuk tengok brape bukaan cm aku jerit cakap nak berak dah ni...

Kelam kabutlah nurse 2  tolak aku masuk labour room katanya dah tiba masa nak bersalin dah ni... Rasa sedih sebab xde sapa2 yang tunggu aku... kebetulan hujan lebat sangat jadi mak dan asben lewat sampai hospital... Aku teringat2 pesanan mak jangan teran selagi nurse or doktor soh teran...

Rasa sakit macam nak berak 2 tapi aku kepit kaki aku sambil sedut gas oksigen kot... Sebelah katil aku ada seorang ibu yang meraung-raung sakit, mengadu sesak nafas la jadi kelam kabut la doktor dan nurse tengok keadaan dia tapi xde apa2 pun... Aku pun xsempat kene cucuk masuk air sebab baby dah nak kuar sangat...

Jam 11:13 malam akhirnya farish lahir kedunia di sambut oleh SN Fatimah :) tapi sebab dah lama sangat dalam perut ibu farish lahir x menangis pun... Jadi nurse jolok2 mulut dia baru la wuarrggggghhhhhh nangis... 


Doktor doq perli2 ibu yang sebelah katil aku 2, katanya tengok aku ni ha senyap sunyi tiba2 bersalin hahaha....

Dah selamat melahirkan aku capai hp dan sms semua orang hahaha.... Rasanya dekat kul 12.00 t/mlm baru selesai dan aku di tolak masuk wad, mak dan asben mengiringi aku... Masa 2 aku mintak mak nasi aku lapooorrr....


Aku harap anak ke-2 ni Allah S.W.T mempermudahkan kelahirannya... 
 

2 comments:

Jilah said...

bila dengar org citer pasal time bersalin mesti takot nak beranak... isk...

waaaaa... nak anak lagi... tapi takot nak beranak...

Yatie Ahmad said...

glah..ko doakan kak ti baik2 saja ye...