Beberapa jenis senaman mudah yang boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.
Tailor Sitting
Kebaikannya
- Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
- Dapat memperbaiki postur badan.
- Melembutkan sendi pelvic.
- Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
- Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
- Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
- Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
- Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
- Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
Pelvic rock
Kebaikannya:
- dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
- dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
Kaedah
- Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
- Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
- Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
- Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
Wall slide
Kebaikannya:
- Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedah:
- Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
- Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
- Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
- Naik ke atas semula.
- Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
- Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding
Sumber:
Isi Kandungan: Mayoclinic.com
Ilustrasi: ratuhati.com, tracing dari imej di Mayoclinic.com
Isi Kandungan: Mayoclinic.com
Ilustrasi: ratuhati.com, tracing dari imej di Mayoclinic.com
No comments :
Post a Comment