CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, February 17, 2012

Kejohanan Lumba Basikal Asia di Putrajaya & Majlis Sambutan Maulidur Rasul TW

Penutupan Jalan Sempena Kejohanan Lumba Basikal Asia 
pada 14 hingga 18 Feb 2012 di Putrajaya

Salam,

Nak citer la ada Kejohanan Lumba Basikal Asia kat Putrajaya sekarang ni, setelah 4 hari berlalu maka esok akan berakhirlah event tu. Comfirm ramai orang luar rasa marah, tension dan lain² perasaan xpuas hati sebab banyak jalan tutup sepanjang event ni dijalankan ada yang terus sesat jalan sebab lencongan huhu cian deme² itu.... 

Laluan akan ditutup bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, nasib baik sebelum waktu puncak orang nak balik kerja kalu x comfirm jalan sesak kan... Elehh macam aku naik kete lagak gaya hehe padahal setiap petang bas Nadi Putra tolong hantarkan aku balik rumah pagi je kandaku hantarkan ke ofis :).

Ni le laluan sepanjang 5 hari deme berlumba basikal, gamaknya xmau jadi macam aritu ada pelumba basikal negara dilanggar kereta KLIK SINI tu yang pakat tutup banyak jalan.

  
Ohooo opis haku pun depa lalu tau, bak kata Jilah (ketika tengah asyik makan dan makan masa majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat TW pagi semalam) 'sapa nak tengok suar ketat lalu leh jenguk luar jendela hahaha...' Leh lak semua pakat nyahut mana² terjah jendela kuikuikui...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat TW  
pada 16 Feb 2012 (Khamis)

Ehh ada majlis makan² semalam pagi tau, kiteorang wat potluck sorang sikit. Mulanya big boss nak 'menaja' Mushroom Soup' (wahhh b/fast ala² mat saleh gitu cadangannya tapiiiiiii last minute caterer yang bos rekemen tu xsempat nak buat dan menu telah di tukar ke selera melayu ye 'Beehun Goreng' je). 

 Waaaa kecur ayor liurr jejeh² haha...

Frust weiii dah set lam otak ni nak makan Mushroom Soup + Garlic bread wahhh tetiba cancel waaaa tapi potluck semalam memang versi terbaeeekkkkkkkkk ok! Aku salute kat Ketua Penanggah aka EO Rohana dan semua mak dara, anak dara & teruna + ayahanda Lazman sesama bekerja keras sebelum, semasa dan selepas majlis berjalan.

Puhhh ramai jugak warga KKLW aka kengkawan datang memeriahkan majlis hampir jam 12 tengahari depa mai makan², sembang² dan berfoya² hahaha... santai gitu! Al-hamdulillah makanan semua habis :)

Ni layan gambo menu kami semalam.....

 Menu Utama & Potluck kengkawan TW
Pemanis Mulut gituww...
Team Work (TW) = Kerjasama : )
Selawat Nabi
Selawat & Doa
Jamuan untuk VIP
Warga TW pulak makan yehaa..
Bersuka ria itu pasti huhu...

Ok itu je nak khabo kat kome semua.. Banyak lagi gambar tapi malas nak edit boleh? hehe daaaa..........


2 comments :

Jilah said...

ekekeke... ada gak edisi suar ketat tu...

semalam tu dah macam majlis jamuan raya... penuh bilik meeting... terkejut bila tengok ramai orang datang... pe2 pon seronok tengok orang datang ramai2...

tapi tak puas ati sebab tak dapat mushroom sup ngan roti...

pe2 pon alhamdulillah... tima kasih kepada semua yang sponsor makanan... saya cuma dapat menyumbangkan sedikit tenaga jer... dah ujung2 bulan ni duit cuma cukup2 jer... tak dapat ler nak sponsor pe2...

*** petang tu semua orang kelaparan balik... ahaks...

εïз mummyHaza εïз said...

bestnye tengok environment tempat keje yatie.. kak ja keje ngadap patient yang dah pengsan :)

kekadang terpk nak keje office gitu :)