CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, March 22, 2013

Resepi : Sotong Sambal


Hai semua,


Petang semalam balik rumah sesambil nunggu bas kat bus stop tu verangan la nak masak pe balik ni....hermmmm memandangkan ada lagi balance sotong 2 hari kelmarin (kununnya kelmarin tu nak cuba masak sotong goreng tepung guna Tepung Magik (beli kat SINI) yelah orang kecoh citer sana sini sodap lazat tu yang nak cuba hehehe....) 

Daku dah sedia maklum kandaku lebih suka areka jenis masakan bersambal jadi sotong goreng tepung tu xmemenuhi piawai dia la kikiki.... Untuk menebus kekecewaannya itu maka daku masakkan la sambal kegemaran beliau ececehh...... 

Kelmarin malam masak Ayam Masak Asam Pedas walaweiii sedapnya pedas² + masam²..... style daku makan nasi biar kering ayam masak asam pedas tu masuk mangkuk lain sambil makan sambil hirup kuahnya pehhhhh nikmat sungguh sampai x sedar dah tambah nasi 2 x kakaka..... 


Ok² meh kita masak! 


 Haaa... ni nak khabo petua masak sotong supaya nanti kuah sotong tu x berair kan....  Ni MIL yang ajar ;)

Korang sedia maklum yang sotong ni kan berair jadi sebelum nak masak sambal ni korang campak sotong ke dalam kuali dan biarkan dalam 4-5 minit biar air sotong tu keluar kan pastu angkat terpulang kat korang nak guna ke nak buang ke air sotong tu ye......

 Tumis bawang merah & putih yang ditumbuk kasar
versi daku memang gemor tumbuk bawang merah dan putih tapi kalu korang malas blender je terus dgn cili hahaha senang kerja kan... Tapi daku ini kali sangat rajin menumbuk bagai maka tumis la bawang merah dan putih tumbuk hingga kekuningan ye.....

 Masukkan cili yang telah di blender

Bawang naik garing masukkan cili ye (bahan² cili yang di blender = cili kering + bawang merah + bawang putih dan belacan) cili ni memang dan siap blender stok seminggu jadi daku cuma ambil anggaran 3 sudu makan untuk menumis ye....
 
 Masukkan sotong

Bila sambal masak dan pecah minyak barulah masuk sotong perasakan garam, gula dan air asam jawa supaya balance rasa sambal tu kan... Haaa sotong dah separuh masak kan jadi jangan la korang masak lelama kang rasa macam makan selipar jepun lak sotong tu....

 Maka inilah dia sambal sotong kegemaran kandaku si Saipul Nizam bin Nonan....
 sambal ni agak cair tapi totap licin habis kekeke...

Korang percaya x malam tadi beliau ulang makan kasi habis ini sotong tetengah malam sambil nengok tv.... Senang je nak tau dia suka ke x masakan daku bila dia bertambah nasi or kalu ada lebih dia akan ulang makan tetengah malam ahahaha....  
 
 Sayur taugeh goreng dengan tauhu, fish ball & daun kucai

Ada la juga menu tambahan kan iaitu sayur taugeh jadilah sayur paling murah dan senang nak masak kikiki...... Goreng kering je sebab sotong tu dah berkuah....


Ada juga telur dadar yang penuh bawang hahaha...

Al-kisahnya masa menumbuk bawang tu tamak sangat sampai 2 biji bawang besar yang bersaiz sedang² gitu jadi udah dibahagikan 2 dengan sambal sotong dan goreng sayur taugeh maka berbaki 1 1/2 makan terus pecahkan 3 biji telur buat telur dadar....

Sekian itulah kisah sambal sotong versi daku kikiki....


Kalu korang nak mencuba sila²kan lah ye....   

No comments: