CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, June 7, 2010

Bila daku mengidam mau makan ituw ini....

Hai.... sudah lama daku tidak meng'update' blog,  pada tarikh 22hb Mei 2010 (Sabtu) petang ketika ujian kehamilan telah mengejutkan aku maka aku semakin malas dan bermalasan....huhuhu...

Tiba² daku terkenang menu ituw dan ini yang membuat air liurku meleleh².... Ohh alangkah girangnya rasa hati kalu dapat apa yang aku idamkan....

Hermm bermula dengan telur ikan tapi aku hanya mampu menjamah sedikit sahaja tekakku xleh terima...wuekkk...!!! Berlarutan sehingga pulang ke Masjid Tanah, Melaka aku pinta suamiku mencari pisang berangan. Sebelum ini suamiku ada membeli pisang berangan tapi ia xmemenuhi piawaian tekakku....ohhh tidakkk...!!!!

Aku meminta pula suamiku membeli roti john ikan bilis...Ya Allah sedapnya walaupun aku sudah tidur ketika ituw aku gagahkan diri nak jugak makan roti john tersebut... Aku jeling² jam di dinding makk aii 12.30 mlm sudah huhuhu...!!!

Di bawah ini pulak 2 resepi aku mengidam jugak... Maka aku menelefon bundaku tapi bundaku bilang dia xtau cara memasak apa yang aku inginkan ituw wawawa....Chef sebenar adalah kakak sulongku 'Yong'.... Demi adindanya yang tercinta chewah dia buatkan hehehe...

::: Lobak Asin & Kekacang (Chinese Style) :::


Bahan-bahan :

Lobak Asin (kalu dpt yang baru warna putih ye...)

Kacang Panjang (potong sederhana panjang)

Sebiji Bawang Merah (di mayang)

Cili Hijau dan Cili Merah (potong serong)

Ikan Bilis @ Anak Udang (ikut suka)

Kacang Tanah (buang kulit tau)

Cara-cara :

1. Mula² Lobak Asin dan Kacang Panjang goreng layu sebentar dalam kuali.

2. Kemudian goreng pula Bawang Merah, Cili Hijau dan Cili Merah. Angkat.

3. Goreng Ikan Bilis @ Anak Udang sehingga garing dan angkat. Akhir sekali goreng kacang tanah sehingga garing.

4. Satukan semua bahan yang telah di goreng tadi kemudian rasakan dengan garam dan perasa.... Tarraaa dah siap.

Enak dimakan dengan nasi panas comfirm bertambah2 nasi. Cubalah sesuai jugak buat penambah selera ketika bulan puasa. 

::: Sambal Jeruk Ikan Masin :::

Bahan-bahan :

Ikan Masin (Duri) di potong sedang dan goreng garing)

Cili Kering dan Bawang Merah (di kisar halus)

Cili Api (untuk menambah kepedasan)

Serbuk Ketumbar

Cuka (ikut suka nk masam taruk lebih)

Garam, Gula dan Bahan Perasa.

Cara-cara :

1. Tumis Cili Kering dan Bawang Merah (yang telah di kisar) sehingga pecah minyak.

2. Masukkan Serbuk Ketumbar dan Cuka.

3. Kemudian masukkan Ikan Masin yang telah di goreng garing tadi dan Cili Api.

4. Perasakan dengan Garam, Gula dan Bahan Perasa.

5. Tarraa dah siap.

Yong kata lagi lama lagi sodap jeruk ikan masin ni...nak masam taruk la cuka lebih ye...


1 comment :

Wadah Impian said...

Jangan lupa bawak sampel gi opis tau!!!