CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, July 8, 2010

Buka 2nd Buku MERAH


Tarikh : 07 Julai 2010 (Rabu)
Lokasi : Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya

 ::: Minggu ke-12 :::


Hari ini aku bersama en somi tercinta membuat lawatan rasmi bersempena daku mau membuka buku MERAH ke dua dalam hidupku....

Ohh sangat berdebar rasanya yelah dah lama xmelalui prosedur check up sewaktu kehamilan... Mula2 amik no. giliran kemudian tunggu no. di panggil dan isi buku MERAH. Setelah selesai bergerak pula ke kaunter untuk ujian air kencing dan setelah selesai bergerak pula ke makmal untuk ujian darah...

Untuk timbang berat, ketinggian & check tekanan darah aku menunggu dengan sabar... Bila tiba giliranku maka kakiku melangkah penuh debaran menuju bilik 16, agak malu merah padam muka ini bila cik nurse yang comel soh bukak bra dan buat ujian di payudaraku... 1st time pengalaman meskipun anak ke dua huhuhu...

Beratku mencapai aras merah maka langkah berjaga2 perlu diambil dan bila ada sejarah kencing manis & darah tinggi dalam keluargaku aku juga berisiko sama maka aku di refer kepada doktor untuk tindakan selanjutnya. Masih menunggu dan menunggu lagi...Setelah bertemu doktor akhirnya jam 4.30 petang sesi check up baru selesai ...puhhhh.....




Menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

No comments :