CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, May 5, 2011

:: Jalan² pegi taman :) ::

4 April 2011 (Rabu), jam 6 petang

Sekitar jam 5.40 petang baru sampai rumah, abang ajak menziarah baby baru lahir (pada subuh Isnin 2 Mei 2011 jam 5 pagi) iaitu anak ke-7 kawan sekerja (a.k.a partner business beliau la). Maka kami pun naik lift terus gi tingkat 12, anak² tinggal kat umah pengasuh lom amik lagi :)

Masa menziarah tengok baby nangis, cian pulak tengok baby xpakai sarung kaki, xberbedung, dengan pakai baju yang berlubang² tu (korang mesti tau kan baju baby yang berlubang² tu sesuai pakai masa ari panas. Leh bayangkan x?) Wife kawan abang tu doq cerita susu xder baby asik nangis (memang suara baby agak serak dan nampak nenek dia usung air masak alahai dalam hari baby dah minum air masak dan naik buaian...)

Teringat masa melahirkan Farish Akmal dulu tiba² terasa itu seakan flashback masa kegagalan Farish menyusu dulu huhuhu haku rasa sedih. Ye aku tau apa yang akak tu rasa dan aku dapat rasakannya... Susu xmau keluar baby menangis dan ibu xde pilihan kan... herrmmm... Tapi aku tengok akak tu ada usaha juga menyusukan anaknya walaupun stanby kat sebelah air masak huhuhu...

Hari ni bidan mula mengurut mudah-mudahan susu akak tu mula keluar dan anaknya dapat menyusu :). Mak bidan yang sama masa mengurut aku ari tu, ibu tunggal doq kat Presint 9. Namanya makcik Maimun, selain mengurut lepas bersalin or urut saja² (sakit badan dan yang sewaktu dengannya) makcik mun ada juga amik pakej buat sunat baby , sesapa yang nak berurut untuk dapat baby (problem susah nak mengandung) dll servis. Ni aku tepek no telefonnya 016-2711184

Ok setelah melawat xsampai 20 minit aku gerak balik rumah amik anakanda tercinta kat umah pengasuh. Abang pulak bawak kawannya gi shopping barang dapur kat Alamanda. Sesampai umah Farish Akmal ajak gi taman mainan, alahai cian anak ibu dah lama mintak nak main² kat taman tapi ibu dan ayah keletihan bila sampai rumah.

Oleh kerna ayah nak tapau makanan@"makakakanan" (sebutan Farish haha) jadi boleh la ibu bawak Farish main kat taman kalu tak ibu terkejar-kejar sayang nak masak makan malam... Bukan main seronok Farish dapat gi main kat taman... ce korang layan gambo dia ye... Dan² dapat kawan main sesama.... layannnn.....

Lokasi : Taman permainan Blok 14










:: Panjat la, lari la, main nyorok² la suka suki heeee... ::
:: Seronok sangat dapat kawan main sesama : ) ::

Korang tau x budak² perempuan ni tengah buat pe? ce teka huhuhu... Yang pakai t-shirt putih tu tengah jual perfume/cologne ala² gambo kat bawah ni, yang lawaknya budak yang cubby sebelah kanan tu amik 3 botol dan cakap kat si penjual "ala nanti kita bayar ansur² la RM1 or RM2 ye". Gelak je aku dengor ayat budak ni... Ingatkan mak² macam kita je beli barang amik bayar ansuran huhuhu...


Ibu dengan Farisya cuma jadi pemerhati dan tukang amik gambo sekitar lokasi kejadian. Farisya elok je doq dediam dalam Minizone Adjustable X-carrier yang ibu beli kat SINI. Sesambil layan gelagat abang Farish, layan gelagat ibu bapak yang bawak anak² depa main rasa terhibur juga la hati ni kan hehehe...
 
 :: Ibu pun sebok nak enterframe huahuahua... ::
:: chomel x saya? :) ::

No comments :