CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, May 16, 2011

:: Kongsi Info : Himpunan petua/amalan merancang jantina anak ::


*GIRL*
 vs
*BOY*

1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus

2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanda kemungkinan anda akan mendapat Bayi Lelaki :

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
* Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
* Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar @ kembang :P
* Selalu sakit kepala

Tanda kemungkinan anda akan mendapat bayi Perempuan;

* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau anak kita, nipple nya tu sebelah bulat,sebelah terbelah..
berkemungkinan dapat adik perempuan..
kalau nipple tu dua2 bulat atau dua2 terbelah..
berkemungkinan dapat adik lelaki..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lg satu org kata tgk peha baby, kalau lipatan nya 1 nnti esok dapat adik boy.. kalau lipatan lebih dari 1 nnti dapat adik gurl..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ada satu lagi petua orang dulu2..
kalau masa preggy tu..cuba tengok buku lali anda..
kalau kehijau-hijauan..berkemungkinan dapat baby girl..
kalau putih bersih..berkemungkinan dapat baby boy..
tapi..tak sure pulak kesahihahannya..wallahualam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada ustaz cakap, kalo kita nak anak perempuan, somi datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalo nak anak lelaki, somi datang pula dari sebelah kanan.

Apapun, kita boleh merancang, Allah yang menentukan mana yang terbaik untuk kita...Insya Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging. (Yang ni kena tanya balik....mummy ingat-ingat lupa).

Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

So kalau nak anak lelaki, kena lebihkan baca surah Yusuf sebelum kandungan masuk 4 bulan. Kita juga boleh berdoa pada Allah, minta anak apa....lelaki atau perempuan.

Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.

Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan Mummy, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam.... Cubalah! Mana tahu berjaya. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

=> Nak tau lagi? KLIK SINI

=> Baca ni KLIK SINI

=> KLIK SINI juga


No comments :