~9hb Julai 2011 (Sabtu)
Salam
Korang percaya x aku ni dah 10 bulan x balik kampung...wawawa.... Jangan tanya la sebab apa x balik, padahal Perak nuuu bukan lah jauh bebenor 3 jam dah sampai... Panjang sangat nak citer huhuhu....
Ok berbalik pada tajuk entry kali ni.... Aku anak beranak+suami tercinta & si kakak dan si wan (anak buah~anak yong aku) balik kampung pada hari orang sibuk² gi berdemonstrasi di KL "BERSIH" la kunun²nya... Memang jalan sana sini road block xyah citer la...
Maka, selepas maghrib kami bertolak balik (tunggu kakak + wan balik kerja), dan akhirnya selamat tiba pada jam 10.45 malam. Wahhh semua orang x tidur lagi tunggu ketibaan kami. Opah sangat teruja apatah lagi cik panjang@yop yang 1st time jumpa Farisya, kebetulan si Farisya pun x tidur maka beliau jadi bahan la malam tu. Abang Farish sibuk cari mainan dan asyik berkepit je dengan wan....
Rumah embah@nenek@opah sebelah rumah pun buat kenduri, mak tolong masak jadi dapat la tapau lauk... Ada sambal goreng, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, daging masak kari, kerang masak lemak cili api kot (warnanya ijaouuu...) wahhh tengah malam makan manyak syiok huhu...!!!
~10hb Julai 2011 (Ahad)
Pepagi hari dengan muka selamber (hehehe pakat semua xmandi lagi) kami gi pasar ahad kat Kunci Air cari sayur kobis, ikan kering dan selebihnya makanan kudapan. Lepas memborong di pasar ahad tu terus gi Langkap cari buah semangka@buah tembikai daaa...
Masa nak isi minyak kete kat Petronas Langkap si Farisya dan meragam kehausan yelah bangun jam 6 pagi pastu bizi melayan sepupu sepapatnya jadi jam 9 pagi dia dah kehausan... Menyusukan dia dan lena sepanjang perjalanan balik ke rumah. Ikutkan hati nak jalan² lagi tapi kang x jadi kenduri lak huhuhu...
Ikut wan, cik ndek dan yong jenjalan memang syiok huhu...mana suamiku??? Ohhh...dia kalu balik Perak pagi petang pergi melepaskan gian memancing lombong... Jadi bila masa nak bawak kami jalan² huhu... xde harapan kihkihkih....
Kakak la berhempas pulas mengemas rumah, tolong makcik² merewang potong bawang, timun, nenas... Kari Ayam/Rendang dan pulut dan siap masak. Tinggal nak masak lemak kobis, buat jelatah dan goreng ikan kering je... Koje mudah je makcik² rewang sekalian huhu........
Jam 12 tengahari gerombolan jemaah surau pun datang, membacakan doa selamat dan arwah buat ahli keluarga kami yang telah pergi dulu meninggalkan kami... Kenduri ni bersempena nak menyambut bulan Ramadhan sekali...
Lepak² tunggu jemaah surau datang
Sembang² setelah selesai merewang + masak
Si edy dan Yong doq enterframe huhu...
Ni je menu si kakak snap...
Cik Ndek menyiapkan ruang tamu
Berkawan baik² tau!
Farish main dengan kawan²
Ahli jemaah yang datang
Ehhh encik suami duduk je errkk...
Menu makan tenghari (kenduri) :
- Nasi Putih
- Pulut Kuning
- Ayam Masak Kari
- Ayam Masak Rendang
- Jelatah Nenas dan Timun
- Masak Lemak Kobis + Lobak + Udang Kertas
- Ikan Kering Goreng
- Air Sirap Bandung
~11hb Julai 2011 (Isnin)
Aktiviti aku pagi ni membasuh baju yang berbakul² dan tersusun cantik di ampaian...cantik yo pemandangan tu huhu...Yong sibuk carikan aku jantung pisang, pucuk ubi sesambil tu aku gi mencari pucuk mengkudu dan kait pucuk betik nak buat kerabu...pehh sedap ni mau makan nasi bertambah²...
Dan kami buat lagi kerabu pucuk paku rawan (nak tengok rupa pokok tu KLIK SINI) ohoho suamiku suka yeee... Jantung pisang rebus cicah kuah pecal@kuah kacang, pucuk ubi + pucuk mengkudu + pucuk betik di gaul rata buat kerabu mentah + Labu & Kacang Panjang masak lemak putih... Makan pulak dengan ikan raja bakar + ikan masin goreng... Pehhh sedap!
Kerabu pucuk ubi + pucuk mengkudu + pucuk betik
Jantung Pisang rebus
Ikan Raja Bakar (spesis ikan lombong)
Ikan Raja Goreng Kunyit
Labu+Kacang Panjang masak lemak putih..sedap!
Perut dah kenyang maka jam 3.00 petang kami memulakan perjalanan balik ke Putrajaya, sebelum tu singgah rumah kakak kat Cheras... Sampai rumah kakak jam 5.30 petang rehat² jap pastu balik la ke Putrajaya.... Wahhhh syiok!
Bila nak balik kampung lagi ni huhuhu...Tahun ni raya kat Melaka wawawa....
No comments :
Post a Comment