Salam
Syukur al-hamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah buat anakandaku Nur Farisya Aqeela... Detik 13hb Julai 2011 (Rabu) genap lah polisi 6 bulan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Kemenangan buat aku yang pernah gagal suatu masa dulu, ye dapat juga aku tebus balik...
Gadget terbaru iaitu breastpump MODU masuk wad (tertelan susu banyak sangat haha) jadi indek keberhasilan agak kurang memberangsangkan, miskipun begitu target harian 4 oz x 4 botol al-hamdulillah tercapai. Kadang² ada juga hariannya produktiviti menjunam jatuh dan ada harinya produktiviti melimpah ruah melebihi target huhu...
Kalu hari kerja produktiviti paling mewah bagi aku pernah capai sepanjang kembali bekerja+menjadi pengepam tegar dalam 26 oz [4 x pump dan rasanya tu jelah sekali pada 18 April lepas hahaha mood happy sangat kot tu banyak dapat :)] Weekend@cuti selalunya aku kurang pump dan banyak direct je, maka sikit jelah dapat.
Setakat ini aku masih xjumpa/xperasan makanan apakah yang jadi "Milk Booster". Hari² catit brapa oz dapat, makan pe sebab nak tengok pencapaian harian banyak ke sikit ke...
Masa memula masuk keje (lepas cuti bersalin 3 bulan ye) aku dapat pump kat opis 2 x je (waktu opis : 10 am & 2 pm) je pas dapat beli MODU pada 3hb Jun 2011 (Jumaat) aku dah tambah 1 sesi lagi jadi (9.30 am, 12.30 pm & 3.30 pm).
Akhirnya, MODU sihat sejahtera dan boleh kuar wad pada 12hb Julai 2011 (Selasa) setelah 2 minggu sakit... Maybe happy bebenor dapat berMODU balik maka dapat le hasil tenusu seperti di bawah:-
v
v
v
v
v
v
v
v
Sesi @ 5 am 13/7/11
Stok EBM bulan 5, 6 & 7
Ni pulak peti ais aku yang dah penuh sesak sebab stok bulan Mei (dalam bungkusan plastik tu) masih banyak xterabis padahal dah nak expired ujung bulan ni...herrmmm xde stok lauk pun sebab xmuat jadi stok lauk kene beli hari²....
YeYeYe...nak kumpul resepi bubur pulak lepas ni sebab Farisya dah boleh makan :)
1 comment :
tahniah!
pn mimi
Post a Comment