Salam,
Hari ni tetiba bukak youtube dan tertengok dokumentari di sebalik kejadian HT Runtuh yang mengingatkan aku pada arwah opah belah mak. Pada hari kejadian seluruh negara gempar pasai HT Runtuh, famili aku pun gempar sama bila pakcik (asben adik mak) datang bgtau opah sudah pergi meninggalkan kami semua. Opah sakit tua, sepanjang hayatnya arwah seorang baik, berdikari (arwah atok xde di sisi & aku sendiri xpenah jumpa@berpeluang bermanja² uhuk..uhuk...sedihkan sama macam aku xpenah berpeluang mengenali arwah ayahku sendiri :(.....)
Aku ingat² lupa bila tarikh pemergian arwah tapi yang mengingatkan aku adalah tragedi HT itu kebetulan ia adalah sejarah besar negara. Ketika itu aku baru berusia 12 tahun, masih kanak² ribena hehehe... Aku sebenarnya xsuka sangat balik kampung arwah sebab aku xde kawan kat sana (xde jauh mana pun kampung opah kat Padang Tembak Teluk Intan je), selalunya bila cuti sekolah mak akan hantar aku balik kampung @ kekadang arwah abang ipar yang tinggalkan aku secara 'tipu' (arwah abang ipar aku menabur janji pelsu kononnya akan amik aku keesokan harinya rupa-rupanya seminggu dia biarkan aku tinggal kat rumah opah wawawa....)
Kat kampung aku cuma ada sepupu buat kawan bermain, sungguh bosan ok! Tapi aku xpenah lupa arwah opah.... rindu nak dengar cerita opah banyak kenangan bersama sob...sob...sob....
Masa urusan memandikan, mengkafankan arwah dan bila tiba saat jenazah di bawa ke tanah perkuburan aku demam. Itulah kali terakhir tengok opah, hanya doa mengiringi opah pergi semoga Allah ampun segala dosa opah dan menempatkan arwah dikalangan orang² yang beriman amin...
Meh la kita sedekah surah al-fatihah buat mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Salam takziah buat mereka yang kehilangan insan² tersayang sewaktu tragedi HT Runtuh pada tahun 1993 yang lalu.
Masa urusan memandikan, mengkafankan arwah dan bila tiba saat jenazah di bawa ke tanah perkuburan aku demam. Itulah kali terakhir tengok opah, hanya doa mengiringi opah pergi semoga Allah ampun segala dosa opah dan menempatkan arwah dikalangan orang² yang beriman amin...
Meh la kita sedekah surah al-fatihah buat mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Salam takziah buat mereka yang kehilangan insan² tersayang sewaktu tragedi HT Runtuh pada tahun 1993 yang lalu.
KRONOLOGI: Highland Towers
11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.
12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.
13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.
16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
◄ Baca sini Tragedi HT
◄ Baca sini blog Mazidul Akmal
1 comment :
al-fatihah...
ade jugak lalu dekat2 situ klu ke umah mak cik kat Ulu Klang... suram jek.. dah merimbun semak macam nak jadi hutan banat..
Post a Comment