Foto : sumber Google |
Salam,
Nak cerita pagi ni macam biasa bangun sekitar 5.30 pagi pump susu kemudian berkemas barang kanak² ribena nak antar gi rumah pengasuh dan kebiasaannya buka tv sambil pump susu. Haaa nak tau x setiap pagi ada je topik yang agak menarik TV2 cuba kupaskan yang sangat mengujakan aku untuk kongsi untuk korang² baca juga.
Tapi kan aku tertarik pasai topik ni sebab masa doktor tu terangkan gejala dan cara² merawat penyakit ni ada juga di selitkan i'view pesakit yang pernah mengalami gelaja BD. Pesakit tu dah pulih dan boleh bekerja macam biasa, doktor bagitau kita boleh mengenal pasti pesakit dengan melihat wajah, bentuk tubuh badan dll aku xingat sangat. Cara penyampaiannya yang ringkas dan mudah di fahami.
Meh baca kot² korang pun ada simptom² Bipolar Disorder ni...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Latarbelakang
Kebanyakan pesakit dibawa berjumpa doktor adalah kerana aduan
menganggu jiran, tindakan agresif dan juga cubaan membunuh diri. Pesakit
biasanya akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan jika
keluarga mereka sendiri tidak tahu apa untuk dilakukan.
Apa itu Bipolar Disorder?
Bipolar Disorder adalah satu penyakit psikiatri yang melibatkan
gangguan perasaan. ‘Bi’ bermaksud ‘dua’ dan ‘pole’ bermaksud kutub. Ini
membawa maksud dalam penyakit ini, perasaan seseorang boleh berada dalam
dua ‘kutub’ yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan.
Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja
Apakah kekerapan penyakit Bipolar Disorder?
Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.
Apakah tanda-tanda Bipolar Disorder?
a) Mania
- Merasa sangat gembira
- Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
- Sangat bertenaga
- Kurang keperluan untuk tidur
- Banyak idea
- Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
- Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak
b) Hypomania
- Gejala hampir serupa dengan mania tetapi tidak teruk
c) Kemurungan
- Merasa sangat sedih
- Tiada minat untuk melakukan perkara yang biasanya digemari
- Gangguan tidur
- Gangguan selera makan
- Gangguan tumpuan
- Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
- Keinginan untuk mati atau membunuh diri
*Di antara episod-episod di atas, pengidap bipolar boleh kembali
normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang (‘relapse’)
Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder?
- Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka. Rawatan ini dipanggil ‘mood stabilizer’ atau ‘penstabil perasaan’.
- Contoh ubat yang digunakan ialah : Lithium, Sodium Valproate, Carbamazepine dan Lamotrigine
- Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania. Antikemurungan mungkin diperlukan semasa episod kemurungan
*Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat penting
meneruskan rawatan ‘penstabil perasaan’ dan rawatan lain yang disyorkan
oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah
berulang
Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder?
- Amalkan tidur yang teratur
- Amalkan aktiviti harian yang tetap
- Elakkan daripada dadah dan alkohol
- Dapatkan sokongan keluarga dan rakan
- Tangani tekanan dalam hidup
- Kenal pasti tanda-tanda awal relapse seperti perumahan awal kepada perasaan, bidur, tenaga, semangat dan keyakinan. Selalunya perumahan bidur adalah gejala yang mudah dikenalpasti
Foto : sumber Google |
Sumber info : KLIK SINI
Lagi info : KLIK SINI
Wikipedia : KLIK SINI
1 comment :
hii
jom ke blog sy k
Post a Comment