Salam,
Korang
sedia maklum tahun ni Farish Akmal masuk darjah 1, ohhh rasa macam x
percaya lak anak terunaku itu dah besar dan 7 tahun sob..sob...sob.... Jadi tahun ni kandaku xlah terkejar-kejar waktu tengahari sebab aku upah seseorang tolong amik dan hantar ke sekolah untuk gi kelas KAFA.....
Tapi nak citer kat sini karenah si Farish sampaikan akak zah (kawan kepada pengasuh anakku daaa) macam merajuk xmau mik dah adoiiiiii sakit jiwa jap.....
Hari
isnin merupakan hari pertama Farish balik dengan kak zah, seperti biasa
aku akan ingatkan dia setiap pagi tunggu di mana blablabla.... Nak jadi cerita hari isnin aritu semua orang dah balik tapi Farish xturun² juga ehhh akak zah dah mengelabah dia minta si tasya (anak pengasuh) gi cari rupa²nya kelas Farish lambat habis so xpelah balik sesama...
Hari
selasa Farish leh lak balik sendiri ikut kengkawan, kak zah + anak dia +
si tasya cari merata kawasan sekolah tapi x jumpa! Kak zah dah susah
hati call pengasuh tanya tiba² pintu rumah pengasuh ada orang ketuk
tengok² Farish dah tercegat depan pintu.... Tanya² dia kata ikut kawan
dia balik aduyaiiiiiiiiiii.........
Hari rabu Farish dah hilang fokus dia ikut kengkawan bermain-main sampaikan x dengar kak zah ajak balik, haaaa kak zah dah mengadu damba kat pengasuh si Farish ni gitu gini dia dah macam merajuk xmau tolong dah.... Pengasuh siap sms kat aku soh slow talk dengan Farish... Huhhh! balik KAFA pe lagi aku tazkirahkan lah si Farish cakap sampai dia faham.......
Hari khamis xde masalah balik sekolah dan balik KAFA ok je.... Tapi
RM5 habis dibelanjakan dengan beli benda² merapu adoiii hangin 1 badan
ok! Sebenarnya semalam aku x sempat masak jadi xdelah bekal untuk dia,
aku siap pesan waktu rehat nanti belilah makanan kat kantin sekolah.... (dengan harapan dia leh belajar cara² nak membeli makanan sendiri)
Bila balik aku check wallet dia mak aiii x baki kome! Aku tanya dia beli apa? dia jawab beli nasi lemak RM1.00 (xhabis sebab xde telur=xde lauk+pedas katanya), beli air kotak RM1, beli sosej RM1 & keropok pedas RM1 jadi ada balance RM1 kan? Aku tanya mana balance duit?? Leh lak dia cerita dia beli pemadam RM1 kat koperasi (pemadam gambar kartun² tu wat koleksi)
Meroyan
aku tau x sekolah baru seminggu lebih pencil warna dah kontot bantai
diasah setiap hari, pemadam aku beli stok 1 kotak jadi satu dalam beg
sekolah pagi 1 lagi dalam beg sekolah KAFA leh lak dia gi koperasi beli
pengasah, pemadam wawawa nangis aku.......
Lom
lagi citer gi kelas KAFA Farish siap cerita ada belajar sembahyang,
ngaji jadi dia xmau dah ngaji kat tingkat 4 tu malam hari sebab masa dia
menonton kartun dah xde, aku cakap xleh sebab ngaji kat tingkat 4 cuma
hari selasa dan rabu je so jangan nak ngegada!
Ada jualan makanan kat kelas KAFA jadi dia girang gumbira cerita beli sosej + air kotak setiap hari... aku ulang SETIAP HARI
tanpa gagal! Bekal makanan selalunya x habis bila tanya Farish kenyang
(tapi minggu ni memang dia demam batuk mybe xde selera nak makan habis).
Bila x kasi bekal leh lak dia tanya "ibu kenapa x masak harini? beras habis ek?" Aku jawap "ibu xsempat nak masak bila ibu kasi bekal Farish makan x habis penat ibu masak" sambil buat muka mintak simpati.... Macam biasa dia akan menjawap punya "mulut Farish dah bunyi macam kenyang tu yang x habis makan, nanti makan banyak² perut Farish sakit perut camne?" alahhaaaiiiii........ x habis makan bekal tapi sosej tetap beli kan...kan...kan...
Aku harap harini dia ikut arahan dan x susahkan kak zah & tasya, bekal harini roti telur 2 keping dan nuget ayam.... Semalam aku bising² xmau kasi duit belanja tapi hati ibu mana leh tahan marah² pun kasi jugak RM3...
Masalahnya bila dia memilih makan tu yang aku susah hati, dah la sekolah pagi petang beg pulak berat (lom dapat jadual lagi) badan pun sekeping je makin kurus aku tengok.... Aku harap dia makan lebih sikit tengahari sebelum gi KAFA (makan di rumah pengasuh) dan x bergantung sangat makanan merepek-repek kat sekolah tu....
Ni songkok gi kelas KAFA dah hilang cuai betoi! nak kene beli lain la pulak.....
sila abaikan rambut versi abu bakar elah & dinding yang
penuh contengan farisya tu
No comments :
Post a Comment