CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, January 15, 2013

Breast Cancer



As Salam,

Semalam petang chat dengan sepupu belah mak (anak adik mak) katanya adiknya kene Breast Cancer :( sob...sob...sob.... Dah selesai pun operation kat PPUM (kakak aku yang keje kat PPUM dah gi melawat sekarang dengar citer dah balik umah sendiri kat Kota Damansara) Bila tanya si kakak katanya famili depa sendiri x tau pasai penyakit yang adiknya hidap... 

Tau² ada gambar asben dia upload dan tag dia dalam FB depa gi scan kat PPUM, aku pun rasa pelik rupa-rupanya ada berita sedih.... Masa tu semua kengkawan tanya kenapa? tapi x de jawapan sampai la berita tu sampai kat kampung baru la kami sepupu sepapat dapat tau.....

Aku dapat tau pun dengar² Yong citer.... Bila tanya kakak kepada yang sakit tu adiknya x mau bagitau stage berapa... Katanya di antara 1 - 4 maybe pertengahan la kot....

Aku lak x berapa rapat sangat dengan sepupu sepapat aku ni.... add FB tapi nak sembang ke hapa jauh sekali setakat tengok gambor depa or tau kisah terkini je lain² tu xde pun aku mik tau...isshhh teruk betoi kan aku ni! 

Aku bukan macam Yong cepat rapat@senang mesra dengan sesapa pun... aku ni berat mulut dan malas cari sedara adoiiiiiiiiiii............. Depa pun 2x5 x layan aku xkan aku lak tergedik-gedik nak citer pung pang pung pang kan...kan...kan....

Apapun aku tumpang rasa dukacita dan sedih di atas dugaan yang menimpa sepupu aku tu... Dia sanggup derita sesorang diri tanpa beritahu adik beradiknya mungkin x mau mereka pun sama² rasa sedih.... Diorang ni ada 8 adik beradik 5 perempuan 3 lelaki, ayahnya dah meninggal 2,3 tahun lepas rasanya lupa dah aku.... 

Kat kampung (Teluk Intan) tinggal lah makcik aku tu dengan anak terunanya nasib ada Busu (adik mak yang bongsu) sekeluarga buat teman dan kawan rumah pun sebelah menyebelah je.... Sekarang mesti makcikku ada menemani anaknya.... kasih ibu adalah penguat semangat sepanjang proses penyembuhan betul kan.....

Aku sekeluarga mendoakan agar sepupuku itu cepat sembuh dan penyakit kansernya hilang buat selama-lamanya amin....  

Jadi marilah kita berjaga-jaga ye kawan² kanser sekarang adalah PEMBUNUH NO. 1....


                                      :: Tanda-tanda kanser payudara ::


Payudara
1) Perubahan saiz dan rupa
2) Lekuk pada kulit
3) Ketulan atau penebalan

Puting
1) Puting berdarah (jarang berlaku)
2) Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
3) Puting tertarik ke dalam
4) Ketulan atau penebalan (terutama ada cecair keluar dari puting)
5) Penyakit paget di payudara
 
Lengan
1) Ketulan atau bengkak di sekitar ketiak

 Moh baca info berguna ni KLIK SINI,SINI

No comments :