Assalamualaikum...
Semalam kan daku berangan la nak buek kek pisang kukus sebab pisang MIL kasi minggu lepas udah masak ranum pepagi hari kerja kununnya nak buek cekodok pisang la pisang goreng la harammm sebab sokmo bangun lambat hahaha...
Oleh kerna semalam masak makan tengahari copek bonar pukul 12 tengah hari udah siap jadi pepetang hari bosan lak nak tengok nona ke hapa ke asyik berebut dengan anak² remote tv tu sudahnya soh kandaku ku gi kedai bawah beli telur dengan esen perisa pisang... Misi asah skill memasak kekdahnya + nak try pengukus baru kikiki....
Keluarkan semua bahan² biorkan suhu bilik la kan... ketung ketang ketung ketang kat dapur sesorang sebab 2F dah tidur dalam bilik (payah sungguh nak soh tidur sampaikan kita pulak yang terlelap sama kikiki...)
::: Percubaan Pertama :::
ready nak kukus
elok comei gebu naik kan :)
Kek bujur menjadi yeyeye...
Bancuhan pertama ni x de masalah cumanya terlebih sukatan gula ada resepi pakai 3/4 gula ada resepi 1 cawan gula jadinya yang ni versi 1 cawan gula gullpss riso dah ni kot² manis benor.... Tu le print screen 2,3 resepi terus confius kikiki....
::: Percubaan Kedua :::
Bancuhan kali ke-2
versi bulat
Pengukus ni bentuk bujur, loyang pulak bulat jadi x cecah lantai pengukus tu yang amik masa lama nak masak pastu bila kek naik terkena lak kain penutup alahai menduga betoi la... bila penutup kukus letak kain jadi semua air kain tu yang serap kalu x nanti air tu menitis atas kek dah x comei kan... (faham x ni...)
Haa ni pengukus yang dapat masa Retreat TW @ PD thn 2011
baru 1st time guna kikiki....
Rupa² bila dah masak angkat leh lak loyang tu turun ke bawah jejak lantai pengukus ko saja kan tadi terkapai-kapai kat atas kunun² x muat alih² loyang tu muat sebenarnya huwaaaa.... sakit hati kita tau!
Terlebih masak kikiki
Disebabkan masalah teknikal tu kek ni jadi terlebih masak hahaha pastu rasanya terlebih esen pisang kakaka rozilah kata kuat rasanyanya ampun² yang ni main tuang je xde ikut sukatan sebab kandaku datang tolong kacau kan + kunun dah terror sikit la kekdahnya kahkahkah....
Nak cuba? Ni kite bagi sekali resepinya sila buek yo... selamat berjaya!
:: KEK PISANG KUKUS ::
Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
* ayak bersama
3 @ 4 biji pisang berangan- dilecek
3/4 cawan minyak mazola
4 biji telur size A
1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
1 camt esen pisang
Cara² memasak :
- Telur bland
- Campurkan gula dgn minyak
- Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
- Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
- Kukus selama 40minit @ sehingga masak..
- Campurkan gula dgn minyak
- Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
- Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
- Kukus selama 40minit @ sehingga masak..
kredit : Dapur Berasap
No comments :
Post a Comment