CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, May 31, 2011

Family Day aka Retreat TW

Salam,

Ni citer basi dah huhu peristiwa berlaku seminggu nan lalu. Aku ini di landa penyakit M.A.L.A.S ok! Mood pun asyik ke laut hahaha.... Balik rumah amik anak² dari rumah pengasuh, kemas kain baju anak basuh botol-rendam air panas bagai kemudian dan capai periuk belangga masak untuk makan malam. Kadang² berita kat tv or drama pun aku xtengok ok sebab ponek! Lepas isyak masuk bilik tidur zzzzzzz tp aku xtidur selagi anak daraku xtidur la....

Ok meh kembali kepada tajuk cerita ye....

~20hb Mei 2011 (Jumaat)

Hari ini aku keje macam biasa tapi opis makin lenggang sebab ada yang dah gerak awal (urusetia kene la riki tempat dulu kan). Selepas sembahyang Jumaat tinggal aku berdua je dengan Zalila@Ela jaga kesejahteraan opis. (Eleh xleh balik sebab kandaku kerja, sama le jugak dengan si ella tp dia kene tunggu mamat antor banner Family day)

Jam 4 petang baru la kandaku sampai MIECC amik aku balik rumah dulu untuk bersiap nak gerak ke PD (kain baju tak kemas laei huhu...) Lepas asar baru gerak, dengan hujan sepanjang jalan + jalan jem akhirnya jam 6.00 petang sampai le kami anak beranak ke RISTEC ni.

Ristec Beach Resort Port Dickson

RISTEC Beach Resort
Lot 3073, Bagan Pinang, KM5,
Jalan Pantai, Port Dickson, 71000
Negeri Sembilan

Ok sesampai je terus gi register + dapatkan kunci bilik. Pusing² cari di mana sekalian yang dah sampai melepakkan diri. Urusetia doq berdiskusi kat swimming pool, farish pun sempat la berendam sekejap huhuhu.... (kes jeles tgk atin berendam sakan...)

Tajuk Family Day aka Retreat kami
 Kaunter Pendaftaran
 Urusetia yang bekerja keras :)
 Jeling² sapa tu Amad ooii...

Malam tu dah bermula perbincangan pasai Fail Meja / SKT. Disebabkan ramai yang sampai lambat (termasuklah SUB) jadi agenda terencat / agak tersasar dari jadual. Sepatutnya 8.30 mlm dah mula tapi tunggu boss dan keluarganya makan sudahnya jam 9.30 mlm baru mula. 


Diskusi Fail Meja / SKT - Pinjam cover fail org lain boleh? huhuhu..
 Ucaptama oleh Big Boss, Amad jadi MC plus berpantun bagai ko ya...
 EO Rohana fikiran ke mana tu?
 Bacaan doa oleh si Pojie@Abang Hensem Atin kata...
 En. Nasir, En. Khamis (Unit Agro) & En. Baha
Tekun nar main sms ko Alan erkk...

Dalam hati mula risau fikirkan si Farisya yang aku tinggalkan bersama suamiku. Herrmm leh ke si ayah handle kanak² ribena tu. Sebelum masuk kelas aku dah menyusukan dan dia tidur lena (xleh caya farisya tidur² ayam je tu). Tepat jangkaan aku pukul 9.00 mlm si ayah dah heret 2 beradik tu cari aku hahaha... Kat bilik aku dah perah sesiap susu tinggal nak kene panaskan je kalau si Farisya nak susu.

Minum mlm sepatutnya jam 10.30 mlm tapi tersasar lagi sampai pukul 10.50 mlm, maka setelah orang catering warning manja terhegeh² la kami semua turun minum hehe... (yelah makan malam tersasar sampai pukul 9.00 malam maunya depa xbengang huhu). Aku bawak la naik bilik kuih burger mini + seri muka (kunun² 3 beranak tu dah tidur lah rupa²nya si Farisya tengah test vokal menangis haha). Jadi aku xturun pun sambung perbincangan dengarnya pukul 12.00 mlm baru selesai.


~21hb Mei 2011 (Sabtu)

Seawal 7 pagi aku anak beranak dah siap nak turun sarapan dan ada aktiviti senamrobik + sukaneka sepanjang hari (pagi sampailah ke petang). Dah la heater rosak 2 beradik tu mandi air sejuk la huhu cian anak² ibu.

Di mulakan dengan sesi bergambar untuk kenang-kenangan, pastu acara senamrobik dan kemudian acara sukaneka di padang nan sekangkang kera hahaha.... Layan yolahh......


- sesi BERGAMBAR -
Sesi bergambar utk semua k/tgn TW sahaja
Sesi bergambar utk semua k/tgn TW + ahli keluarga
Ahmad, Yatie Ahmad & PA Tn. Hj. Ahmad huhuhu...

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

- sesi SENAMROBIK@POOL -


Golongan terkecuali hahaha (menyusu anak yo)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

- sesi SUKANEKA - (Out Door) -
 Urusetia bz buek persediaan

- Versi Kanak² Ribena - 
Mummy Atin bagi taklimat, Ummi Ilah pun sama
Fina yang Moody@demam alalala....
Ni je tinggal harapan Rumah Hijau go Mamai go...!!!
Farish pun seronok bersukaneka :)

- Versi Dewasa -
Riri yang teruja setelah 1 bulan 1/2 berada di Taiwan
Ella & asben ewah² sukanyerr
 Kasut Terompah Gergasi

 Tarik Tali
Barisan Terpanjang 

- sesi SUKANEKA - (In Door) -
Music Chair versi Kanak²
Music Chair versi Dewasa
Tiup Belon versi  Kanak²
Tiup Belon versi Dewasa
Maintain vouge ok!

- sesi DINNER -
Pemandangan sekitar malam BBQ 
 Meraikan Hari Jadi bulan Mac, Apr & Mei
 Makan Time yumm..yummm...
Tarian Poco² mengiringi Kak Yus~Bossanova

Hakikatnya aku yang ada anak kecik toek ni mana la leh nak berseronok sangat, makan pun dengan kadar kelajuan maksimum yelah si Farisya udah terlentuk kat bahu ayahnya. xde nikmat wei makan lelaju ni...!!!

Cabutan bertuah hanya untuk orang yang "bertuah" je dapat kan???. Syukur al-hamdulillah aku dapat food steamer (bertuah sesangat la tu huhu....)

 No. 18 ok!

Macam biasalah kalu x mengkaroke barang sebuah 2 lagu xsah la kan. Kandaku menyumbangkan suara beliau yang sumbang mambang tu dengan lagu peberet beliau Azura  - Jamal Abdillah. Aku dengor ok walau dalam bilik...

Ohh Azura

Kemuncak pada malam itu, korang nak tau sapa dapat cabutan "bertuah" hadiah besor² korang KLIK SINI dan KLIK SINI aku malas nak citer (panas hati hahaha...)

~22hb Mei 2011 (Ahad)

Lepas b/fast pagi tu kami anak beranak bersiap nak balik tapi sebelum itu kami melencong gi Masjid Tanah, Melaka menjenguk keluarga mertua. Alang² dah dekat balik la, Farish demam pulak jadi lembik je dia sepanjang hari. Main pun xmau makan apatah lagi cian anak ibu (kekdah dia berendam kat s/pool lama bebenor + main sakan masa sukaneka semalam)

Lepas asar kami balik Putrajaya. Ok dah penat tau siapkan entry ni makan banyak hari hohoho....