CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, February 10, 2014

Aktiviti Riadah Kanak²

Assalamualaikum...

 ~8 Februari 2014 (Sabtu)


2 hari cuti terperap kat rumah cuma petang je bawa kekanak main² kat taman, kandaku ikut kawannya gi Lumut mancing laut (melepaskan gian dah lama beliau x memancing laut) jumaat malam sabtu dah gerak lepas isyak tinggal lah daku 3 beranak di rumah huk..huk...huk...

Aktiviti cecuti macam biasa la basuh kain, lipat kain & kemas rumah, masak pun ikut rasa tekak ni nak makan pe kekanak ikut je apa ibunya masak deme nak x nak kena la makan kang banyak songeh lapor baru tau hahaha..........

Lepas asar turun siap bawak bola (kurang sikit anginnya) ingatkan kalau Faris xde geng nak main bola main jelah dengan si Farisya hehehe... Sekali bila turun dia nampak anak jiran sebelah rumah ni tengah main bola tu yang semangat giler nak joint main sesama... 1st time dia joint main tau kesian kan hak..hak..hak...



Masalahnya sebab bola tu dia punya habis merata dia kejar (kalau terkeluar dari padang) bola xkasi orang lain ambik mana x penat! penjaga gol tension je tengok gelagat dia hahaha... giler kuasa + x tau camne peraturan main bola (lek arr nama pun main suka suki hentam keromo jelah janji happy hahaha...)


Sebab nak sangat kejar bola kan dia jadi goal keeper pulak habis bolos sesaja hahaha.... Tapi main campuran tahun 3 la menang sebab badan deme pun besor sikit kalau compare gabungan tahun 1 & 2

 seronok si abang dapat geng main bola
si adik main sesorang cari kawan barulah

Adik layan perasan main sesorang sambil cari geng baru, asal x kenan kat mata selamba hoi² kat orang tu sabar jelah! Nak kawan tapi garang hahaha.... 

Balik singgah kedai syabas ibu kena pow huk..huk..huk...


 ~9 Februari 2014 (Ahad)


Menyapu lagi dan lagi asyik buat sepah je depa 2 beradik ni haisshhh... sarapan pun buat cucur bilis je, petang baru masak nasi... Iron baju sesiap stok seminggu sonang!



Hajat hati dan balut buku tapi x cukup plastik dapat 2 balut 2 buah buku je, pi la kedai bawah rumah kot² ada la jual plastik balut buku tapi non ado tu yang beli roti cheese tu tapi roti tu x sodap :(

Ohhh sebab semalam seronok main bola + dah dapat geng baru main bola sesama Faris doq tasbih tepi telinga aku ni haa pukul 5 nak turun main bola katanya... Yolah² tapi kan semalam panas terik pukul 6 baru kasi kekanak turun beriadah... Soh kekanak tidur dulu kalu x tidur xleh turun pi main hehe....


Tengah semua bersuka ria tiba² kedengaran suara orang mintak tolong....

Blok C ni berhadapan dengan taman permainan, oleh kerna riuh rendah dengan suara kekanak main bola dan play ground macam sayup² je suara minta tolong tu....



Bila dah ada yang perasan jeritan tu semua mata memandang ke cermin bilik air tu sebab ada tangan lambai² sambil jerit 'tolong saya' akan tetapi memasing masih terpaku x bergerak pun (x berani ke hapa haku pun x tau termasuk la diriku la haha..)

Dalam 5 minit orang tu jerit dan lambai² tangan barulah ada yang berani tanya dan gi naik (usaha nak menolong) kemudian ada orang telefonkan Bomba sebab katanya ada anak kecik (umur 1 tahun dalam rumah tu si mak terkurung dalam bilik air tu)

Tak lama kemudian Bomba pun sampai tapi aku tengok Bomba pun mundar mandir je kat koridor tu entah hapa deme buat... Gamaknya nak pecahkan pintu kot... xtau la apa kesudahan kisah terkunci dalam bilik air tu...

Dulu kandaku pun pernah terkunci dalam bilik air nasib baik aku dan anak² ada dalam rumah, terpaksa la pecahkan pintu sebab ketuk tombol pintu tu dan setahun kemudian baru maintenance datang ganti pintu sabor jelah... sesungguhnya tombol pintu sekarang ni x berkualiti (kat kuaters nilah) 

Ok pukul 7 ajak kekanak sekalian balik....



::: Kanda pulang bawa ikan :::

Pukul 8 malam baru kandaku sampai bawa hasil jadi nelayan 1 hari 1 malam di Lumut... Gigih la daku siang ikan sebab nak masak sambal buek lauk hahaha 2 hari ni goreng telur jek sebab malas nak beli lauk kat bawah hahaha...

 Ikan Siakap (kecik nar), Ikan x tau nama hahaha

Daku goreng 3 ekor ikan kerapu (saiz 3 jari) dengan 3 ekor ikan xtau nama (macam ikan merah je yang saiz besar tu kandaku kata masak kari sodap) apo laei masak sambal lah! Si Farisya walaupun sambal pedas sulam air kendian minta suap lagi nasi lauk sambal ikan tu... (ikan fresh jadi rasanya manis kan) 3 kali ko daku tambah nasi... 

Abang rileks je sekarang pandai dah makan pedas (sambal tu x de la pedas sangat tapi budak² mana leh tahan kan)

Ikan Cencaru 3 ekor
Mentarang
nak resepi mentarang? Klik SINI

Ohh ni kandaku beli kat tepi jalan deme balik ikut Kuala Selangor, dialah yang cuci bersih² celur dan kupas mentarang ni... Daku capek sudak siang ikan tu semua....

Ok tu je nak kapochi... meh layan pemandangan laut luas terbentang yang cantik :)

Hasil memancing bahagi 12 orang katanya

Bye².... Jumpa lagi nanti ek

   

No comments :