CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, February 19, 2014

Bengkel Penyediaan Kertas Strategi RMKe-11~Focus Group KKLW

Assalamualaikum...

 ~16hb Februari 2014 (Ahad)

Al-kisah bermula petang Ahad unit TW (Pn Azlin, En Amir, EO Rohana, Kak Gee dan aku) bertugas sebagai urus setia untuk Focus Group dan TW handle group 4 "Hala Tuju LKW" 

Benda alah pe tu? ce baca bawah ni haaa....

Jawatankuasa Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) Pembangunan Inklusif telah menubuhkan 22 Focus Group (FG) di bawah sub topik Bab 9 : Memperkukuhkan Pembangunan Inklusif. Penubuhan FG ini adalah bertujuan untuk memantapkan peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi dalam menyediakan input Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Terma rujukan Jawatankuasa FG adalah seperti berikut :-

(a)  mengenal pasti dan menganalisis keberkesanan pelaksanaan dasar, program, isu, 
      cabaran dan kekangan dalam RMKe-10;

(b)  membincangkan isu² berkaitan dengan bidang teras yang ditetapkan dalam
      mencadangkan intervensi/penyelesaian kepada Kumpulan Kerja Teknikal (TWG);
 
(c)  menyelaras input daripada ahli kumpulan untuk penyediaan Kertas Strategi RMKe-11;

(d)  menyediakan Kertas Strategi berpandukan kepada format yang telah ditetapkan; dan

(e)  mengemukakan dan membentangkan Cadangan Kertas Strategi kepada TWG.


Serba sikit itulah matlamat bengkel yang bahagian Perancangan Strategik KKLW anjurkan sepanjang 3 hari 2 malam. Pelbagai pihak bersama memberi pendapat/idea/merancang untuk menentukan hala tuju agensi LKW di masa akan datang...

 Tentatif program

Peserta bengkel ada yang menginap di INFRA dan ada yang menginap di luar, macam kami ni sebagai urus setia balik rumah le... Lagipun Puan Azlin xmau ikut sangat tentatif ni dan cuba balik awal maksudnya pukul 6 hingga 8 malam kami masih berbincang. Ada juga group lain ikut macam kami dan ada juga yang follow tentatif bulat² gituw.... 

 :: 1st day ::
 minum petang

Kami sampai sebelum pukul 2 petang kat INFRA terus pi tengok bilik perbincangan yang telah ditentukan oleh Bahagaian R, sewaktu sesi taklimat jam 3.30 kami bizi susun atur kedudukan kerusi dalam bilik. Keahlian pun x ramai masa 1st day sebab ada yang lom sampai (jarak perjalanan yang jauh), ada yang pi cari hotel untuk check in dll alasan yang tidak dapat dihuraikan hahaha...


:: sesi perbincangan ::

Ikutkan jadual kelas mula 8.30 malam tapi kami start perbincangan petang tu juga lepas taklimat sebab memasing nak balik awal.... Disebabkan keahlian x ramai jadi sesi malam tu sekadar perbincangan (sesi luahan rasa mengenai agensi memasing) agensi yang ada pun KEDA, KESEDAR, KEJORA, BDA, UPEN Pulau Pinang, UPEN Terengganu, KPKT je KORIDOR semua non ado wakil haisshhh.....

Malam tu Puan Zaniah ada duduk bersama memasing berkongsi cerita agensi memasing dan bertukar-tukar pandangan nak serius² pun x cukup corum kan.... 

Balik rumah anak² xde deme semua pi mamak makan roti canai (pagi tu sempat la goreng beehun dengan ayam masak kicap buat lauk makan tengah hari) pening kepala hamboi² macam kite lak beria pecah pale mikior kan hahaha....
 

~17hb Februari 2014 (Isnin)

Pepagi macam biasa siapkan kanak² hantar pi rumah pengasuh dan sekolah pastu dah janji dengan kak gee nak tumpang kereta pejabat maka bertabahlah menunggu... Sampai INFRA terus pi kafetaria minum pagi sebelum meneruskan misi menjadi urus setia hihihi....

Ok meh tengok pulak pecahan group pulak......

Terdapat 5 Focus Group yang ditubuhkan di bawah Inter Agency Planning Group Inklusif ini dan Bahagian Kemajuan Tanah & Wilayah (TW) akan menyelaras / mengurus setiakan Focus Group 'Hala Tuju Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW)'. 


 Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40%) 
dan Miskin Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Perancangan Strategik
 Ekonomi Luar Bandar di bawah Transformasi Bandar dan Transformasi Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Pengupayaan Ekonomi
 Infrastruktur, Ameniti dan Utiliti di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
 Urusetia : Bahagian Infrastruktur
Hala Tuju LKW di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
    Urusetia : Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah
 
Modal Insan di bawah TWG Transformasi Bandar 
dan Transformasi Luar Bandar
  Urusetia : Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

 Encik Abidullah (Kejora) & Encik Mohd Nazaruddin (KPKT)

Serius jek muka pegawai 2 orang ni buat slaid yelah yang datang pun level² Timbalan Pengurus Besar kan jadi deme ni level Penolong Setiausaha kena le mencatit dan buat slaid kalu suruh teman yang buat gamaknya hancus la slaid deme hahaha...
 
Perbincangan bermula 

Oleh kerna bos xde puan azlin lah terpaksa mengetuai sesi perbincangan mengupas lebih mendalam isu dan permasalahan setiap agensi. Di samping tu semua peserta berkongsi idea memikirkan jalan penyelesaian.
 
 Urus setia buat origami kotak nak isi gula²

TW bawa geng hehehe bersama 4 buah laptop, 1 unit projektor lengkap pakej dengan printer ok.... Alat tulis kertas semua lengkap siap bawak extension wayar gituw... Encik Amir tu dah jadi macam runner pulak bila tetiba TPB Ketengah mintak gula² sebab ngantuk katanya sabar jelah.....

Harini pun balik pukul 8 lebih (paginya x sempat masak lauk :( kekanak dan ayahnya makan kat kedai mamak) asal balik je kepala sakit hahaha.... 


~18hb Februari 2014 (Selasa)

ku yang setia menunggu kak gee dan kete pejabat mai jemput hikhikhik....

Harini bos baru ada bila dia mai jadi riuh rendah semula sebab bercanggah idea/pendapat hahaha kesian la deme semua sebab semalam dah bertungkus lumus perah idea kan hadooii la bos ni.... Kebetulan last day ni ada wakil KORIDOR iaitu IRDA jadi leh la bertukar pendapat sesama sendiri....

Agensi merasakan kewujudan KORIDOR ni menyebabkan pertindihan skop kerja apa agensi buat depa pun buat tapi depa punya skala projek dan peruntukan kewangan adalah lebih besar..... Agensi pulak kekangan budget untuk melaksanakan projek² mereka kiranya setakat jaguh projek kampung jelah... tanaman herba, homestay, burung puyuh, madu dll....

 sesi pembentangan

Akhirnya slaid siap dan TKSU(R) datang lepas lunch semua group pi buat pembentangan kat Auditorium tapi aku dengan kak gee balik awal letih dah weiii.... xsempat nak tunggu giliran group kiterorang bentang.... nak balik awal nak masak makan malam nak amik anak² nak basuh kain bla..bla..bla....... 

sekian cerita kita tatatititutu..............
 

No comments :