Assalamualaikum....
Di pagi Jumaat nan damai lagi indah permai ini chewahhh daku redha dan berlapang dada dengan ketentuan Allah S.W.T bahawa daku telah keguguran @ dalam bahasa omputihnya Chemical Pregnancy....
Akhirnya daku sudah mendapat jawapan... kenapa... mengapa bla..bla..bla... sejak seminggu dua ni daku gigih google sana sini bertanya orang sekeliling dan akhirnya jawapan itu ku temui...
Sesungguhnya ianya satu pengalaman baru dan 1 kenangan yang sukar untuk daku lupakan sepanjang hidup.... melalui 1 fasa yang penuh debaran dan ada waktunya penuh tanda tanya...
Ya sudah pasti ada hikmah disebalik semua ini... InsyaAllah akan cuba lagi pasni hehehe... Misi menambah ahli keluarga akan diteruskan kemudiaan sekarang leh fokus untuk nak kuruskan badan supaya kalu pregnant nanti xdelah berat sangat kan....
Rasa bersyukur sangat... bayangkan kalu pregnant dalam keadaan berat sekarang kan ke bahaya untuk aku dan baby.... Terima kasih ya Allah.... Tiada yang aku kesalkan bila mengetahui diri ini pregnant... 7 minggu nan indah buat ibu sayang :)
embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji kacang
kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki
yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang melompat-lompat,
memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan
jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih
peranan ini.
Sesambil tu leh baca info kat bawah ni ek....
Apa itu Chemical Pregnancy?
Secara amnya ianya, satu keadaan dimana berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh yang sangat² awal.
Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan iaitu ujian air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaanya, bagi UPT resultnya agak kabur. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan keguguran sudah pun berlaku...
Sebagai contoh diriku sendiri ek...
Tarikh Period terakhir 8.4.2014 dan sepatutnya 11.5.2014 (perkiraan 33 hari kitaran ye) period untuk bulan 5 tapi masih belum tiba. Bila period x muncul tiba maka pada 24.5.2014 daku melakukan ujian UPT dan hasilnya +ve tapi blur dan keesokkan harinya 25.5.2014 ujian kali-2 secara digital menunjukkan +ve juga.
Pada 28.5.2014 bermulalah berlakunya spotting dan pada 30.5.2014 bila daku melakukan ujian ultrasounds doktor menyatakankan rahimku kosong tiada kantung baby dan petang itu darah haid datang seperti biasa (walaupun kitarannya berbeza dengan period normal).
Ye hingga ke hari ini periodku masih bersisa datangnya sikit demi sedikit tapi mengambil masa yang panjang... Pada 3.6.2014 pagi itu rasanya aliran period agak banyak dan keluar ketul² darah beku (biasanya awal² period pasti ada kan...) sewaktu membuang air kecil daku terperasan ada ketulan darah dalam mangkuk toilet dalam ukuran 50 sen ni keluar masa jirus air dengan deras... mungkin itulah penamat kegusaran dalam hati....
Ye hingga ke hari ini periodku masih bersisa datangnya sikit demi sedikit tapi mengambil masa yang panjang... Pada 3.6.2014 pagi itu rasanya aliran period agak banyak dan keluar ketul² darah beku (biasanya awal² period pasti ada kan...) sewaktu membuang air kecil daku terperasan ada ketulan darah dalam mangkuk toilet dalam ukuran 50 sen ni keluar masa jirus air dengan deras... mungkin itulah penamat kegusaran dalam hati....
Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku tanpa kita sedari.....
Akhir sekali bila buat ujian UPT sekali lagi pada 6.6.2014 result nya -ve T___T
sumber : Klik SINI
***********************
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada
dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG.
Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia
dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.
Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian
ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk
mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.
Kadang kadang ujian air kencing juga boleh
mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap
sensitiviti UPT tersebut.
Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi
dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia
terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya. Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan
pertama berakhir dengan kehamilan kimia.
Apa
maksudnya Chemical Pregnancy ini terhadap anda.
Sekiranya anda mengalami chemical pregnancy,
jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya
untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.
Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda
sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak
sihat.
Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami
keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan
datang.
Kehamilan kimia bukan salah satu tanda
ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.
Memori indah 2014
5 comments :
takpela...xde rezeki.sy pun penah miscarriage 2nd child masa 6-7wks.lepas tu sy terus tak period langsung.4 bulan lps tu sy jumpa doc gtaw yg sy tak period lepas miscarriage.doc cek rupe2nye sy pregnant lg...=)
insyaAllah lepas 3bln pantang nanti terus lekat... mana tahu Allah tarik sekali sbb nak bg byk kali lg... kan kan kan...
Perkara sm JD PD sy sept 2018...sedih Dan msh mncuba...insyaallah moga ada rezeki zuriat lg...
Saya baru hr ni terjadi....pada 1.11.19 cek upt +ve. Sebab cek pun lmbt mens...tak mcm biasa n takut2 pgnt.ulg alik drive jln berbatu...hr ni 8.11 keluar darah awal pg slps subuh mcm darah haid jd bawa klinik so bgtahu nurse kenapa dtg. Dr suruh ambil air kencing n cek semula dan hsilnya -ve. Yg. Saya takut saya ada mas. Lain coz sblm ini telah keguguran...dr buat scan utk pastikan sebab saya tunjuk gmbr upt Sgt jelas 2 garisan...kosong...saya redha mgkin bkn rezeki....dan dr sahkn saya tak hamil....sdh mmg sdh...tetapi ada perasaan takut sebab tak pernah terjadi mcm ni -ve jadi -ve
Sy sedang mengalaminya. Baru je disahkan doktor pagi ni. Smlm scan tak jumpa kantung, sehari sebelumnya ada bleeding sikit. Tapi UPT masih +ve. Mixed feeling. Dalam sedih ada lega. Cuma doktor meyakinkan yg saya boleh conceive lagi next month, cuma kena continue consume folic acid.
Post a Comment