CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, August 14, 2014

Diet Atkins : Nak KURUS!

Assalamualaikum semua....

Acaner raya kome best x? Ke ada yang naik berat badan hehehe nasib baik jugalah puasa sebulan aritu berat turun la 2kg pastu raya dia maintain je x naek dan x turun.... (makna sebelum puasa beratku 92 kg woowww!)

Kome rerajinkan diri google tau 'Diet Atkins' nanti bacalah dan fahamkan sebaik mungkin sebelum nak mulakan diet ni tau.... xpelah meh share sikit sumber bacaan yang kome leh rujuk Klik SINI, SINI dan nak tau jadual menu klik SINI SINI SINI

Kenapa tetiba meroyan nak diet segala ni? Entah le gamaknya bila berat kian naek mendadak dan mencecah 90 kg baru kesedaran tu datang OMG baju pun dah jadi xxxl huwaaa..huwaaa...huwaaa..... perut pun macam mengandung 4 bulan (*nanges dalam hati kome!)

Seumur hidup xperonah dapat lagi berat ni memang pecah rekod lah ni... *syabas! meh tepuk tangan reramai... 


:: Bulan Ogos 2014 ::
berat asal : 90kg


~08 Ogos 2014 (Jumaat)

Harini permulaan langkah untuk daku nekad untuk diet chewahhh.... semua ni bermula masa start puasa 6 pada 04 Ogos, 06 & 07 Ogos aritu x sangka beratku turun 1.2 kg wahhh... masa ni aku dah mula study pasai diet Atkins ni camne... Mula secara perlahan-lahan kurangkan makan nasi lebihkan lauk dan sayur


B/fast : telur dadar


Ni campuran telur, sikit hirisan daging burger ramly (proses food sebenarnya x digalakkan ye tapi aku mik x sampai pun separuh nak kasi buat rencah la kununnya) hirisan bawang dan hirisan daun pak choy)


 Lunch : ikan kembung bakar, air asam sikit (hati² asam jawa tinggi carb) 
+ sayur bayam 
Dinner : Sup daging + sayur pak choy
berat permulaan diet

~09 Ogos 2014 (Sabtu)

Hari cuti gigih la bangun awal lepas solat subuh terkinja sorang² dalam bilik sebelah kununnya bersenam dan rupa hipo je mengah² lompat bintang hahaha... xlama mana pun jogging setempat 5 minit je kahkahkah... pelan² la daku ni berat ok... pastu senaman perut lak sampai keras le rasa perut ni 2,3 hari gamaknya terkejut hahaha....

Walaupun diet daku x delah kejam paksa anak² dan kandaku makan menu sama macam apa yang aku makan naya deme kang hahaha... kanak² sarapan daku masakkan nasi goreng.... nak cite nasi asyik terbuang je menjak diet ni kalau dulu makan 4 beranak 2 pot (nak kata aku makan nasi banyak la tu hahaha...) sekarang aku kena masak 1 pot 1/2 je cukup² je 3 beranak tu makan kekadang si faris x makan nasi dia makan roti ke hapa memang bahagian dia buang jelah dalam tong sampah hermm xleh nak buat pe :(

Bila pepagi goreng nasi buatkan sarapan kekadang nasi tu kandaku x makan pun... yelah² makan luar lagi sedap kan T___T

 B/fast : ayam bakor + pak choy
 Lunch : ratah lauk nanad masak

riso rasa hati nak pi beraya rumah nanad nak makan pe tengahari ni... sekali tengok dia jamu makan tengahari + lauknya al-hamdulillah daku leh makan hehehe tu pun 'termakan' 2 nuget sebab si Farisya la deme 2 beradik tu soh makan bukan main payah haisshhh...

Oleh kerna mummy rozilah yang ambik kami pastu pi shopping pulak kat alamanda haishh suka² dapat la mencari mayonis kewpie dll... tapau ayam bakar jadi kandaku meratah ayam petang tu...

Dinner : 2 biji telur rebus, hirisan ayam, timun & lada sulah
- 0.7gram

~10 Ogos 2014 (Ahad)

 B/fast : telur rebus, hirisan ayam, timun jepun & keju
 Lunch :sayur goreng dengan semangkuk tomyam ayam

Harini daku masakkan tomyam jadi anak² menyudu-yudu mangkuk hingga licin hahaha... petang tu kandaku tapau murtabak uniten jadi deme kenyang bagus² hehehe...

 Dinner : telur dadar dengan brokoli, mayonis kewpie & daun sup
- 0.7gram

~11 Ogos 2014 (Isnin)

Harini start puasa 6 sementara belum habis bulan syawal ni kan dan selagi lom period gigih daku menghabis baki lagi 3 hari tu....rasanya dengan puasa dapatlah mengawal nafsu makanku... niat hatiku lepas ni akan ganti balik puasa ramadhan aritu yang tinggal 6 hari dan akan juga berpuasa sunat isnin dan khamis insya Allah....

 sahur : ayam bakar 2 ketul dan sayur goreng
berbuka : ikan sardin goreng & bayam tumis

ikan ni ada 2 versi 3 ekor lagi daku masak sambal (yea kandaku suka sambal)

- 0.7gram 

~12 Ogos 2014 (Selasa)

Gigih lagi berpuasa tapi rasa x lalu sangat la pulak nak mengunyah sob...sob...sob... hanya mampu minum 1 liter setengah je...xterdaya ok nak minum bebanyak lagi....

 sahur : ayam goreng 2 ketul, telur goreng sebiji & sayur
berbuka : ikan cencaru bakar seekor, air asam & semangkuk kecil sup ayam

Ikan cencaru ni tapau tengahari tadi so kongsi dengan kandaku makan, kanak² makan sup ayam (ada 2 versi sup ayam pun penuh sesayur sup deme ada carot je kang boh ubi kentang bukan deme makan pun...

- 0.7gram 

~13 Ogos 2014 (Rabu)


Harini puasa 6 yang penghabisan yehaaa sok raya! Pastu kanda wassup cakap xyah balik tengahari wahh ini memang raya yeyeye leh rehat² kat opis pastu lunch sesama kengkawan (walaupun daku makan menu diet hahaha)

Sahur : sup ayam dengan sayur huwaa x lalu nak makan acanerr ni..
 berbuka : masak pindang ikan tongkol dengan bendi

kandaku dan anak² makan ikan tongkol masak kicap dan ada lebihan tomyam ayam tapau tengah hari tadi daku tapaukan untuk si Faris...

sayur pak choy goreng
- 0.7gram 


3 Hari puasa 6 : 1.2 kg
6 Hari diet Atkins : 3.5 kg
Total lost setakat 13/8/2014 : 4.7 kg

Target kecilku nak turunkan berat lagi 20kg dalam jangka masa 4 bulan... Hopely dapat capai sebelum tarikh anniversary yang ke-9...mampukah tercapai??

Semoga aku kuat dan tabah....susah wooo kekadang buntu jemu pun iya... bayangkan 0.7gram sehari terasa lambatnya proses penurunan badanku ini... sakit hati baca orang lain seminggu 6 kg dll.... eh² macam xbersyukur pulak ok lah tu kan (*sedapkan hati hehehe)

mengimbau kenangan lalu....
 baju ni pun x leh nak pakai haissshhh...
dagu pun berlapis iskk..isk...iskkk...
rindu masa ni kurus lagi sobb..sobb..sob...
badan dah mula mengembang


No comments :