Assalamualaikum....
~21hb Ogos 2014 (Khamis)
agihan menu untuk potluck
KAFA cuti harini
Harini sekolah Faris ada jamuan raya so ikut surat yang sekolah edarkan tu setiap murid tahun 2 kena bawa 5 bungkus nasi lemak.... mikirkan daku ini setiap pagi hantarkan Faris ke sekolah jam 7 pagi nak cari nasi lemak kat mana? Kalau lambat pi ofis parking lak xde kan ke naya....
Gigih la beli santan rm2, daun pisang, kacang tanah, timun sebiji.... kenalah masak sendiri sob...sob...sob...
Al-kisahnya dah 2 malam MIL/FIL ada kat rumah...berbahagi kasih la tidur rumah anak bongsu 2 malam (sabtu lepas anak bongsunya buat open house jadi MIL tolong masak² la), isnin malam selasa kandaku pi jemput deme datang ke Putrajaya pulak... Sebenarnya daku ni berat hati sebab kesian yelah MIL tu sakit kaki sebab gaut pastu terpaksa tidur bawah tilam bujang nipis lak tu sebab bilik no. 2 leaking x sesuai untuk di diami setakat buat simpan barang² niaga kandaku je.... Jadi deme terpaksa tidur dalam bilik no. 3 (bilik baju dan solat muat² 2 tilam bujang jek T___T)
Nak soh tidur dalam bilik kiter orang anak²ku tidur pakai aircond kang sejuk beku pulak MIL/FIL (deme x suka sejuk² ni) so semalam MIL demam bisa² kakinya terus FIL bawak pi klinik bawah rumah ni...dah tahap bengkak tu bernanah sikit macam mata bisul tu adoiiii... Lepas maghrib kandaku hantarkan ke Nilai rumah abang wan pulak ayah kata pagi jumaat baru balik Melaka....
Ok² berbalik citer jamuan raya Faris.... lepas MIL/FIL gi pastu siapkan makan 2F (ehh sebab semalam ada jamuan raya daku cheat diet hahaha makan rojak pasemboq, sate, ratah lauk nasi tomato) disebabkan MIL xlarat daku tapaukan la lauk ayam tomyam dengan ikan bakar (sedih je kandaku merunggut katanya daku tapau lauk orang sakit isk..isk...isk... tawar katanya).
Daku dihasut nafsu hahaha goreng ikan kering makan nasi kome! dah dekat 2 minggu x makan nasi ikan masin dengan ikan kembung bakar cicah air asam rasa nikmat bebenor pas tu menyesal hahaha... nasib baik berat maintain haissshhh....
Usai makan tolong Faris siapkan kerja sekolahnya pastu solat isyak. Pukul 10 malam start menumis sambal nasi lemak, goreng ikan bilis, goreng kacang tanah dan sediakan sesayur untuk goreng nasi sok pagi...(nasi penuh seperiuk ko MIL masak banyak ayoyo....) Pukul 11++ baru usai lap dan layur daun pisang, sambal siap terus masuk tido....
Pukul 5 pagi bangun terus basuh beras nak tanak nasi lemak... daun pandan xbeli cuma ada serai dengan halia jadilah janji ada bau² nasi lemak kan... panaskan sambal dan buat telur dadar 2 biji nak rebus malas dadar lagi senang kan... hiris timun sikit so semua persiapan siap.... tunggu nasi kering terus la mulakan operasi membungkus... amatur katanya terkial² la hehehe....
sambal bilis
nasi lemak 2 pot je
persiapan katanya hahaha....
versi daun pisang
xcukup daun plastik pun boleh
Kelam kabut juga pukul 6.30 baru terhegeh-hegeh nak mandi dan solat subuh langsung bersiap pi kerja nasib baik anak dara x mau bangun kalau x lagi lambat tunggu nak menyiapkan dia... Harini biar dia tidur lama kang ayah dia tolong hantarkan...
ok tu jelah citernya.... tetiba harini eo nak mintak tolong masakkan sambal bilis untuk makan dengan 5 kilo ubi kayu 28 Ogos nanti ada lawatan juri untuk pertandingan keceriaan pejabat sempena bulan kemerdekaan.... Gambar x leh upload sebab lom siap lagi tapi tema retro ok x sabar nak tunggu hasil seni deme ni hikhikhik... Balik tengah hari ni nak amik talam versi dedulu kala tu dengan kain batik...yang lelain ada bawak tembikar, sterika lama, set pinggan mangkuk lama dll.... nak tengok x???? suprise tungguuuu 28 Ogos ok.... semoga menanglah bahagian kami tahun ni amin :)
ok tata kome...
FB PIBG
No comments :
Post a Comment