CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, October 16, 2014

Merepek di petang Khamis hehehe....

Assalamualaikum...

Hai... nak merepek sikit 2,3 hari ada la buat kesilapan sikit hahaha pasal kerja la.... Entah le gamaknya banyak minum air ada semut kot...(kena la buat senarai kerja lepas ni supaya tidak terjadi jadi kekalutan yang akan menyusahkan orang herrmmm....)

Bila kita nak 100 peratus kesempurnaan pun kadang² leh jadi x seperti yang kita harapkan mesti akan ada salah silap juga kekadang tanpa kita sedari... Gamaknya bila kerja yang kita buat tu bukan rutin harian sekali setahun je tu yang terlupa sana sini tu...

So kena beringat! Mana tau kot tahun depan masih berpeluang bersama unit sekarang x la kalut lagi kan...(ehh² nak tukar bahagian ke? mana le taukan kot² orang PSM tengok amboi budak yati ni sepanjang servis (2006 - 2014)  ko bukan main seronok kat TW meh² kite usir dia haaa mana le kita tau... boleh juga berkenalan dan timba pengalaman kerja baru kan... Tapi kalau nak tuko pun bior la pergi Bahagian yang ok² ek kang meroyan lak nak patah balik TW acaner tu hahaha....)

Tapi walaupun mood kelautan dalam, mood menjahit pun sama asyik le kepenatan bila usai kerja rumah...rasa nak tidur cepat letih² ;(

Kat ofis setakat ni belum sampai musim kesibukan tapi ia hampir tiba bila hujung² tahun ni dengan Laporan Tahunan Agensi kena stanby... ye semalam merasa terpaksa menyusahkan kengkawan sebab entah di mana silapnya boleh lak tercicir dokumen haiisshhh... 2 x kot budak despatch ofisku ini pi hantar (sepatutnya sekali je tapi sebab aku ingat² lupa prosedur leh lak Buku Laporan Tahunan agensi aku x sertakan sekali kenalah budak tu pi hantar semula)

Ingatkan habis dah rupanya ICU, JPM call bagitau 1 buku KETENGAH (sepatutnya 4 buah-KEDA, KESEDAR, KEJORA & KETENGAH) xde... kalau x hantar depa x leh proses...nak x nak terpaksa la mintak bantuan si Noreen dan ajak sekali PSH Nora ikut sekali...

Ye sebelum ni aku ni ada PSU sekarang bergantung PSH jadi depa x semua tahu kan kekadang still tanya aku nak buat pe lepas ni... aku lak sebelum ni hanya ikut arahan PSU je dia siapkan semua aku cuma uruskan tindakan selanjutnya tapi keadaan sekarang x sama macam dulu dah... Silap apa yang aku cakap jadi ginilah kerja 2,3 kali sob..sob..sob..

Dah² habis dah merepek pasai kesalahan diri hehehe... jadikan pengajaran ye yati lepas ni supaya lebih berhati-hati... Bila dapat dokumen yang banyak buat senarai tugas supaya x de yang tercicir dll perbaiki lagi step by step tu supaya kita x pening, celaru dan bercampur aduk...

Ehh semalam balik rumah pi kedai runcit macam biasa lepas ambik si Faris balik KAFA memula x tau nak masak pe nampak sotong terus teringat kandaku suka sambal sotong tapi kalau buat kari sotong tambah ubi kentang pun sedap juga kan... sesekali ubah cara masakan kan... semalamnya baru je masak kerang goreng bercili, taugeh goreng dengan telur dadar... kelmarinnya sambal daging, ikan sardin goreng dan terung goreng berlado....

Tapi terlupa nak beli santan bila mintak kandaku pi beli katanya "xyah la masak kari bu...masak sambal je" tengok sambal juga hendaknya....

Daku menurut saja keinginan kandaku... dia selalunya suka lambat makan kelaparan la tu biskut daku belikan untuk 2F pun bantai makan...yelah² daku masak dengan kadar segera untukmu kandaku...



 sambal sotong bersama petai
nak resepi klik SINI
sayur bendi berkicap
ikan kering beli @ Pulau Aman

Si Farisya jenis x cerewet makan ko kasi la kerang ke lala ke ketam ke udang ke sotong ke semua dia bedal tapi si Faris semua makanan laut ni dia xsuka... dia cuma makan ayam je ikan tu kalu kita dah buangkan tulang dia makan... daging pun xsuka makan memang la payah sikit nak kasi dia makan... kekadang masak menu selain kesukaan dia kenalah gorengkan telur untuk dia tapi kuah kita masak tu dia leh makan la...

Haa semalam si Noreen tunjukkan gelang emas saduran untuk kanak² jadi daku pilih 2 patern ni nak try acu kat si Farisya tu...asyik la jeles kat ibu@mamanya ini haiisshh... kalau belikan emas bahaya pastu kalau hilang huwaaa nanges wooo emas mahal ok!


Kandaku pilih gambar pertama jadi daku bawak la balik... seronok bukan kepalang si Farisya dapat kceng² (bunyi loceng gelang tangan tu katanya gelang tangan sabo jelah)... senyum lebar lah ada kceng² tapi dia nak 1 badan amboi melampau ko ye dik...(dulu kakakku pernah belikan 1 set rantai leher+loket, gelang tangan dan gelang kaki tapi biasalah beli murah versi pasar malam tu putus dah la...) Anak perempuan sorang katanya kan ginilah layan yolah hehehe... 

saiz 13 cm


Ok lah tu je nak merepek...babaiiiiiiiiiiiiiiiiiii............

   

No comments :