CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha 1435H

Assalamualaikum semua...

~5hb Oktober 2014 (Ahad)



 Tahun ni sambut raya haji kat Putrajaya je kandaku tak kasi balik kampung hahaha katanya 2 tahun dah dia ditinggalkan keseorangan... kebetulan namaku dimasukkan dalam senarai qurban bagi cawangan Bourgenvilla (Presint 14)

Setiap tahun Parlimen Putrajaya ada buat agihan lembu untuk setiap cawangan jadi tahun ni ada 40 ekor lembu... 1st time ni daku ikut kandaku bertugas hehehe... siap bawa besen, penimbang daging, kapak pisau segala...


 kami serba merah nasib baik lembu bertambat kalau tak hehehe...
 setiap lembu diagihkan sesiap dah
 meriah ramai orang datang
 setiap pokok tu ada sekor lembu sampai ke belakang² sana semua dah bertuan
 kanda frust hahaha...

Lembu kami x sampai lagi masih dalam perjalanan... Pukul 11 baru turun dari lori... malam tadi kan ke hujan lebat jadi proses penghantaran lembu² sekalian mybe hanya dapat dibuat separuh je... gamaknya la pepandai je daku ini hahaha...

 2F 
 group ni x tau Presint berapa tengah melapah daging
 ada volunteer yang tolong sembelihkan kalau ada yang minta bantuan
 semua yang bertugas di berikan baju free
 kasi mat bangla ni kaki dan daging sikit

Ohh ye ada sarapan pagi (Nasi Lemak) dan makan tengah hari juga... depa masak kat situ juga... macam biasa la kekanak ni bila jumpa kawan dia lupa nak makan...


Petang tu juga masak sikit buat rendang tok kununnya... soh kandaku pi mydin beli nasi impit segera... haaa tu la menu raya di petang raya pertama hahaha... hari sabtu orang bizi mantai masak menu raya daku cuma masak sup ayam, sambal bilis dengan sambal kicap je... Petang tu pulak gi pasar borong selangor beli kapak dan beli lauk sikit comfirm minggu ni banyak kedai tutup lagi deme raya lagi ni... Xde orang jual ikan??? daku beli ikan frozen je sob..sob..sob...


Itulah kisah raya kami di Putrajaya... dengar citer kat kampung xde korban pun jadi raya ke-2 mak balik kampung (Teluk Intan je pun sebab ada buat korban) dan anak² buah + yong + cik ndek deme pi berjimba-jimba naek cameron highlands tapi yang tragisnya si kakak nanges² sebab x jumpa ladang strawberi hahaha... leh sesat la katanya ape daa...

Daku pulak cecuti ni jahit baju kurung... mesin jahit dah sehat semula servis rm60 kot... mahal x? rakus pi beli kain cotton 2 pasang tapi bila baju siap keras kejung pulak haissh... b'coz dah lama x menjahit skill pun ingat² lupa... 1st baju siap tapi besar giler... rasa seram lak tengoknya hahaha... bukak balik kecikkan pesak dan tangan... tapi bila dah jadi tangan lak rasa ketat sikit kat lengan huwaaa.... tu la mmandai-mandai lagi sob..sob..sob...




Tapi macam biasa la daku ketamakan haloba hahaha... semalam (6hb Oktober 2014) daku pi Nilai 3 beli kain lagi hahaha... lebur dekat rm200 tu ntah bila nak jahitnya daku pun xtau hahaha...


 

1 comment :

YaYa said...

xpe kak kalo g pakai baju merah pun...

sebab Pakar haiwan kata,

"lembu sebenarnya buta warna. Warna merah, kuning, hijau, hitam, biru bagi lembu sama sahaja.Tu sebab lembu tak kisah kalau melintas jalan. Traffic light hijau pun, depa redah saja."
hehehehe......