Tajuk :
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis
: Prof Dr Hamka
Harga :
RM23.00
ISBN :
978-983-3707-67-6
Mukasurat
: 350
Sinopsis
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan
sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang
pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap
seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat
restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan
pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi
Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama
berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga
Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.
Cerita ini berkisar tentang semangat juang
Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya
ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala
kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang
ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya
Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat
tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka
berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada
dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam
hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca
melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat
ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang
menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa,
keimanan dan tuntutan nafsu.
Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau
berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya
dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada
zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh
tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan
dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis
cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah
Lindungan Kaabah.
Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari.
Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku.
Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum
percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah
saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya
perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.
Surat Kahdijah (sahabat Hayati) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki
isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah
bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air
masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah
hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau
harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau
rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari
angan-angan pengarang hikayat.
film ini merupakan kisah cinta yang tidak bisa bersatu karna pertentangan dan perbedaan adat istiadat. ketika kesempatan itu datang namun takdir berkata lain, cinta antara zainuddin dan hayati tetap tidak bisa menyatu dikarenakan maut yang meregut nyawa hayati, gadis yang dicintai zainuddin. TONTON dan jangan lupa sediakan tisu untuk menyeka air mata...like this yo. happy watching .......
No comments :
Post a Comment