CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, August 30, 2016

Pemilihan Unit PR1MA @ TAPAH 20.8.2016

Assalamualaikum...

~19hb Ogos 2016 (Jumaat)


Hari ni daku ambik cuti sebab nak balik kampung yeaayyy!! Tapiiii ada berita kurang gumbira huk..huk..huk... si kenit kena jangkit chicken pox -____- 

Baru 2 minggu si abangnya beransur sihat.. beria² le maknya ni berdoa dan berharap 2 beradik lagi xkena jangkit sekali depa kena serentak berdua huwaaa...i is pasrah uols huk..huk..huk...malam khamis tu salin pampers si kenit perasan ada bintik² kecik ni naik herrmm tapi apakan daya memang nak balik kampung esoknya kan...


bintik chicken pox

Lepas solat Jumaat kami beransur balik kampung.. mak sonok la bila dapat tau kami nak balik beria dia masak.. kari daging la, ayam tomyam la, ayam goreng rempah, ikan talapia goreng, pucuk ubi rebus..

Daku ajak kakak balik sekali sebabnya nak mintak tolong dia jagakan 3F untuk esoknya.. walaupun si kenit demam daku xleh nak bawak deme sekalian pergi uruskan hal pemilihan unit rumah tu.. kang deme berlari sana sini huru hara pulak dewan tu..


~20hb Ogos 2016 (Sabtu)


klik SINI

Hari yang dinanti akhirnya tiba.. dup dap rasa hati ni.. kandaku asyik la tanya xbawak ke anak²? daku cakap xpayah la mintak tolong si kakak jagakan.. dia lak macam susah hati hahaha..

Kami berdua pi la sarapan dulu kat Restoran Haji Tapah.. order roti canai kosong dapat roti telur hahaha.. pastu dal sambalnya pehh pedas kome! dekat 9.30 pagi barulah kami beransur bertolak ke Dewan Muhibbah, Bidor.. 

pintu masuk dewan

Bila tengok ramai dah orang rasa menyesal pulak lambat sampai huhuhu.. depa semua ni sampai pukul berapa la.. entah² pukul 8 dah terpacak depan pintu pagar kot.. Orang Pr1ma check salinan email dulu nak tengok tarikh dan masa sesi pemilihan baru le dia bagi no. giliran.. huisshh tengok no. sendiri dan reramai orang ni mula cuak.. alamak habis la rumah yang murah gini gaya.. 

daftar dulu

Duduk la dulu kat luar dewan.. deme ada sediakan khemah dan kerusi.. x sampai 30 minit wakil Pr1ma soh masuk daftar dulu.. deme check no. ic dan soh sign pengesahan kehadiran gitu dan bagi brochure.. ada borang la kene isi.. kene pilih unit sesiap baru la leh duduk tunggu no. giliran naik dan pilih unit rumah.. 

borang akuan maklumat katanya..
No. giliran yang bertuah insya Allah..

Lepas dah daftar berlegar-legar la dalam dewan tu.. pi nyibuk pasang telinga dengar wakil Pr1ma tu doq terangkan unit ni harga berapa unit ni harga berapa.. katanya beli jelah unit tengah sebab murah.. lagi pulak aset pertama kan.. xyah kelam kelibut nak end lot la tepi la bagai katanya.. harga xsama lak tu walaupun sederet tengah tapi rupa²nya ada harga 155k hahaha maknanya daku xhabis tanya detail la tu.. ingatkan 163k tu paling murah huahuahua... gamaknya dah ceruk dan ujung² tu harganya murah.. keluasan sama je isk..isk..isk..

Puas hati snap gambar rumah segala.. dapat maklumat mana yang kosong terus la duduk tunggu giliran.. lama juga dekat pukul 12 tengah hari baru no. teman naik fuhhh.. layanan deme bagus siap terangkan dengan detail gitu gini.. pastu selesai pilih unit wakil Pr1ma tu tanya puan nak guna Government Loan ke? yea² terus dia catit kat surat tawaran tu GL..


bahagian pemilihan unit
Senarai harga 
1044 sq ft
rumah teman tengah
gambaran dalam rumah.. 
pelik pulak tandasnya patern gini yang bidor punya standard biasa tandas 1 lg kat belakang.. ni rasa macam sempit pulak huhu..
ni versi corner lot
dalam pembinaan ni.. dijangka siap Mac 2018
yang bertanda tu dah ada orang ambik la
3 no. daku pilih
PT 9473, PT 9472 dan PT 9464 semua masa pemilihan tu kosong lg..

surat tawaran pembelian

Tengok tempoh nak dapatkan pinjaman tu 14 hari je.. cuak je baca tapi sebab teman nak guna Government Loan nasib baik tempohnya panjang dekat 2 bulan juga.. tu pun nasib baik ada agent Takaful Malaysia tolong kirakan dan bagitau apa nak buat bla..bla..bla.. so step sekarang ni tunggu lawyer SNP call.. ni under PR1MA jadi kos lawyer PR1MA tanggung.. kita hanya kene cari lawyer untuk step buat loan nanti.. anggaran kos dalam 4k gullpss.. lawyer pun daku dah dapat.. ex bos lama dulu hehehe.. lepas ni leh jejak kasih la..

Borang online perumahan pun dah register cuma sekarang detail hartanah xde lagi.. kene tunggu lawyer SNP juga.. part dokumentasi tinggal nak photostat ic, surat pengesahan lantikan dll & print slip gaji.. bila borang online lengkap isi dah boleh print dan soh bos sign baru leh submit ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.. 


rumah belakang kedai ok je kot xkan kedai tu operasi 24 jam pulak kan..

Dah balik Putrajaya baru mengenang unit yang daku pilih tu.. ok ke? Masa pilih unit tu kandaku yang kasi pendapat.. dia kata dekat pintu masuk.. depan padang senang kalau adik beradik sedara datang leh parking area tu xde kacau rumah orang.. dekat dengan kedai senang juga katanya.. lagi pulak kandaku xmau rumah dapur bertemu dapur orang lain katanya..

Tapi bila tengok orang lain cari jejauh ke dalam ehh.. lupa pulak nak tengok panahan matahari terbit tang mana.. panas ke menghadap matahari tu ehh²..dah le depan sekali pastu rumah tu kami belum pasti nak duduk ke x sebab masih kerja kat Putrajaya kan.. hermm anggap jelah pilihan terbaik dah tu hahaha sedapkan hati sendiri..

map lokasi

Balik tu singgah Tapah Road ambik yong sebab dia kerja hari sabtu.. beli air kelapa sebiji bagi kanak² berdua tu... mak pulak soh yong kait kelapa sebab mak nak buat air penawar untuk 2F tu..arini mak masak asam keladi sebab cucunya @ si kakak yang nak makan.. petang² lepas asar pi klinik sebab si kenit tu demam.. pastu pi Teluk Intan ziarah adik² mak.. tu jelah aktiviti kami.. malam tu tengok badminton..


~21hb Ogos 2016 (Ahad)

Lepas sarapan kami beransur balik Putrajaya semula... Harapan kami mudah²an proses loan nanti dipermudahkan.. amin...