CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, August 2, 2010

Merepek Merapu

Bila kerajinan melanda maka adalah menu kegemaran encik abang daku sediakan...Nak katakan suamiku ni cerewet tentang makan kekadang ia juga tapi kekadang dia telan jek apa yang ada tanpa banyak bicara...Hehehe aku sangat suka bab 2 tapi bila masakan ku kene komen kekadang ada majuk jugak la yelah mana nak sama dengan air tangan mak mertuaku...Masakan beliau memang sodap aku pun suka hehehe...

Tapi aku merasa bangga jugaklah boleh memasak walaupun xsehebat mana, ada kemahuan nak mencuba itu ini walaupun kekadang hasilnya x sama malah x serupa macam dalam resepi...Bak kata orang nak seribu daya xnak seribu dalih... Aku bermula daripada langsung xtahu memasak ok... yelah anak bongsu balik sekolah mak dah siapkan masak tinggal nak makan je...Kakak aku pun kategori rajin memasak mintak jek menu apa nak makan sure dia akan masakkan...

Hati aku tersentuh bila ada orang sekeliling bercerita ada sesetengah orang menjadikan anak sebagai alasan xmau memasak malahan ada juga menjadikan alasan disebabkan menyusukan anak dan peti ais tempat menyimpan susu maka xyah masak...Kasihan sungguh suami2 mereka hari2 makan di kedai....Pelik tapi benar....Aku kira semua itu semua alasan, kalu nak menyimpan susu ada fridge khas untuk simpan stok ebm di pasaran maka xperlu berkongsi ruangan beku bersama lauk pauk untuk memasak betul x...

Aku pasti ada yang setuju dan xsetuju dengan aku tapi terpulanglah...Kalu alasan xpandai memasak aku pun xpandai memasak aku berusaha dari hari ke hari hingga aku berjaya...Lain lah kita memang laki bini berpendapatan tinggi xyah masak leh makan kedai hari2...Air tangan isteri tu pengikat kasih sayang betoi x?

Ehh...melalut lak aku hehehe...Meh layan menu masakan aku di kala rajin huhuhu...

::: Sambal Daging :::
::: Kailan Goreng Ikan Masin :::
::: Sambal Telur :::
::: Tumis Buncis Bersama Petola :::
::: Ayam Masak Kicap Bersama Kentang :::
::: Sambal Bilis Bersama Petai :::
::: Tomyam Ayam Sempoi :::
::: Ayam Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang :::
 
::: Sambal Udang Bersama Petai :::


Ok setakat ni jek nak merapu...Next entry kita belajar masak macam2 lagi k hahaha

Resepi : Pedas Tapi Sodap....

Salam, 

Meh nak kongsi resepi cili kepada sesapa yang suka makan cili...pedas tapi sodap...errmm yummyy...!!!



 Resepi Pedas Tapi Sodap hahaha...!!!

Bahan² : 
~sebiji bawang besar (mayang halus)
~ 2 biji bawang putih (mayang halus)
 ~segenggam ikan bilis
~seinci belacan
~ 5 biji cili merah & 5 biji cili hijau (potong serong)
~ sedikit air asam jawa
~ garam dan gula secukup rasa



Cara² Memasak :

 
~Goreng Bawang merah, bawang putih dan belacan hingga naik bau.
 
~ masukkan cili merah dan hijau (di potong serong) goreng hingga masak layu.
~masukkan asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
~Tutup supaya cili empuk, kalu agak kering dan cili masih keras masukkan sedikit air dan biar ia mereneh hingga kuah jadi agak kering.
~Tarra cili dan empuk dan masak  
sedap makan dengan nasi panas yummmy....  
ni versi encik somiku semua nak taruk kicap huhuhu...

Ini adalah versi masakan dalam keadaan darurat al-maklumlah ibu² mengandung xberdaya nak masak banyak kakinya cepat rasa letih sebab berdiri lama...

Mengikut sejarah masakan ini di cipta oleh bondaku, ketika musim tengkujuh dan bondaku tidak dapat pergi menoreh getah. Selalunya waktu itu bondaku akan pergi bekerja di kebun sayur masuk 7 pagi balik 12 tengahari.

Kebiasaanya tokeh mesti akan bagi bawak balik sedikit hasil sayur-sayuran yang berkualiti rendah (sayur yang ok/elok taukeh jual la ye...) seperti contoh : cili besar, kacang panjang, petola (mengikut apa yang tokeh 2 tanam la...takkan lak dia nak bagi petai kalau dia tanam cili besar betul x...)

Oleh kerana terlalu banyak stok cili merah dan hijau di rumah maka bondaku mencipta resepi ini... Maka sesapa yang terliur sila masak ye hehehe...sekian.


Thursday, July 8, 2010

Buka 2nd Buku MERAH


Tarikh : 07 Julai 2010 (Rabu)
Lokasi : Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya

 ::: Minggu ke-12 :::


Hari ini aku bersama en somi tercinta membuat lawatan rasmi bersempena daku mau membuka buku MERAH ke dua dalam hidupku....

Ohh sangat berdebar rasanya yelah dah lama xmelalui prosedur check up sewaktu kehamilan... Mula2 amik no. giliran kemudian tunggu no. di panggil dan isi buku MERAH. Setelah selesai bergerak pula ke kaunter untuk ujian air kencing dan setelah selesai bergerak pula ke makmal untuk ujian darah...

Untuk timbang berat, ketinggian & check tekanan darah aku menunggu dengan sabar... Bila tiba giliranku maka kakiku melangkah penuh debaran menuju bilik 16, agak malu merah padam muka ini bila cik nurse yang comel soh bukak bra dan buat ujian di payudaraku... 1st time pengalaman meskipun anak ke dua huhuhu...

Beratku mencapai aras merah maka langkah berjaga2 perlu diambil dan bila ada sejarah kencing manis & darah tinggi dalam keluargaku aku juga berisiko sama maka aku di refer kepada doktor untuk tindakan selanjutnya. Masih menunggu dan menunggu lagi...Setelah bertemu doktor akhirnya jam 4.30 petang sesi check up baru selesai ...puhhhh.....




Menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Tuesday, June 29, 2010

Say Haaiii...!!!

Tarikh : 28 Jun 2010 (Isnin)
Lokasi : Poliklinik An Nur Presint 15

Al-kisah, maka dengan rasminya daku ini membuat sesi ultrasound untuk melihat apakah rutin si kecil di dalam perut daku ini.....

Teruja sangat tengok, nampak la tulang belakang, tangan, kaki dan waktu scan 2  baby sangat aktif dalam perut ibu... Tiba² si kecil melambai²kan tangan kepada kami...alahaii aku ingat aku sorang je yang perasan rupanya doktor, dan en abangku nampak jugak... so sweet...!!! Semoga anak ibu membesar dengan sihat sehingga tiba saat melihat dunia Januari 2011 nanti...Insya Allah...

Maka hasilnya...tarraaaa....




Ultrasound Farish Akmal 

Pengalaman wat ultrasound kali ni berbeza dengan masa farish 3 tahun dulu... Masa 2 aku scan kat klinik di Masjid Tanah, Melaka tapi blurr sangat aku sendiri xfaham apa yang doktor tunjuk...

Masa scan untuk tau jantina pun aku scan di tempat yang sama, jenuh la doktor 2 terangkan "ni bird dia, anak puan lelaki ye..." tapi kami laki bini xfaham jugak hahaha...yelah nampak putih jek kat screen komputer 2 maka ia kan aja apa doktor cakap.... 

Sekarang kandunganku berusia 11 minggu~

Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.