CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, January 15, 2014

Piknik @ Sungai Congkak versi bersama anak buah ♥

Assalamualaikum.... 

Salam Maulidur Rasul semua!

~14hb Januari 2014 (Selasa) 

Semalam kami 4 veranak pi picnic bersama-sama anak buah kat Sungai Congkak, ni planning mengejut namanya hikhikhik.... Kebetulan kan cuti umum sempena Maulidur Rasul terus la sms kakak dengan wan ajak depa pi picnic sempena birthday Farisya la juga kekdahnya...

Semua setuju jadi collect duit untuk bayar sewa chalet je (bahagi 5~aku, saipul, kakak, wan & mamat), untuk bbq daku buat amal jariah dan menu breakfast kakak masak beehun goreng, nasi goreng, nuget dan sosej goreng. Aku sempat buat sandwich 2 versi telur dan sardin pepagi tu....

Gerak dari rumah pukul 9.00 pagi dengan memasing kelaparan sementara tunggu kakak dan asbennya kami pi melantak roti canai dulu kat area rumah sewa kakak tu... Tengah sedap makan roti canai pisang nampak kakak melintas jalan, katanya wan dalam perjalanan lagi si kakak pun sempat jamah canai minum air milo kekanak tu huhuhu....

Huh! makin bulat daku ini sob..sob..sob :(

Kakak naik kete kami sebab kereta dia penuh sesak rupanya huhuhu... 2 adik imran + anak buahnya ikut sekali, siti dan daniel demok pun ada :) sayang MIL kakak yang beria nak ikut x dapat ikut sebab kereta penuh dan kebetulan mamat pi kerja (apalah cecuti dia pi kerja hahaha katanya dia nak cuti 18hb Januari 2014 (sabtu) tu yang keje cuti Maulidur Rasul ni dapat la cuti lama sikit katanya....)

 

Nasib baik kakak dah call booking awal² jadi sampai je En Amir tu bukakan pintu rumah dan aku terus bayar untuk sehari (pagi ke petang) rm50 je murah kan! Kalau nak bermalam rm100 je. 

Aku suka chalet ni sebab selesa lepas berkubang mandi sungai nak bilas badan pi je masuk rumah ada bilik air gitu x macam piknik kat Pangsun aritu seksa dah la parking kena bayar pondok pun bayar tapi bilik air azab...

klik sini : Cahaya Kaseh Chalet

 Kami pilih rumah no. 2 memang terbaekkkk!
Ada 5 buah rumah, kawasan parking pun luas

Ada kejadian lucu masa aku tengah bizi bayar harga pelampung untuk kekanak ribena tu wan lalu dan berhenti dia naek kete biru nilah (dulu dia pakai kete wira manalah aku perasan sapa mamat yang sengih² tapi x buka tingkap pelawa naik ingatkan orang tu berhenti nak beli pelampung macam aku juga hahaha... Kebetulan aku pun xpandang sebab aku membelakangkan kereta tu si penjual tu yang sengih² kat wan)

Pastu gamaknya aku dengan Faris buat xtau je dia pun blah, sambil aku jalan kaki nak ke chalet semula Faris cakap tu abang wan la, aku cakap kalau abang wan kenapa dia xpelawa kita naik hahaha.... Si kakak pulak tanya wan x nampak ucu ke? x tumpangkan dia ke? alahaii.........

:: Menu Pot Luck ::

Malam ahad (12 Januari 2014) pi kedai Burger Ramly @ Bangi memborong ayam dan lamb chop 6 jenis barang ni total rm100. Sempat makan burger Ramly dulu sebelum balik yelah esoknya kan ke hari kerja kenalah balik tidur awal.... 

 Dah siap perap transfer bekas mau pi picnic kan

~13hb Januari 2014 (Isnin)

Balik kerja keluarkan kepak ayam dan bahagian peha kasi defrost dulu sesambil tu aku blender bebawang, halia, serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Pastu kandaku soh masukkan perencah nasi goreng adabi aku pulak tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis, madu, memacam aku taruk sekali rasa xkena jek hahaha rasa dedor hujung lidah terlebih halia ke? seriau aku ok! Aku tambah pulak gula kabung berserah jelah jangan x jadi sudah...Masukkan dalam bekas dan marinate ayam tu semalaman boh dalam peti ais huh settle! 

Menu makan malam pulak aku goreng ayam kendian campurkan sekali dengan carrot, kacang buncis dan brokoli ala² paprik x pedas la sebab boh cili sikit dan sos tiram jek 1 menu jek makan bertambah lagi² taruk kicap manis cap kipas udang atas nasi makan la bersuap dengan 2 kanak² tu.... 

sambal sardin dan telur bermayo untuk sandwich 
dah masak/buat malam tadi

:: Teruja nak mandi ::

 Abang wan la rajin melayan deme 2 beradik
 kakak pulak sambung abang wan dah kesejukkan
 seronok x mau naek si Farisya
 adik ipar kakak dan anak buahnya, 
wan sambung makan lamb chop pulak

cucu aku ni dah berjalan setapak dua bukan main seronok tolak kerusi tu ke hulu hilir sebelum tu masa Farisya mandi mak dia dah rendam dia dalam sungai tu kesejukkan pastu menyusu terus tido lena dalam rumah...

Farisya pulak sampai balik ke rumah dia dengan pelampungnya, si abang pulak dengan cerita seronoknya pi "Hotel" hahaha chalet tu kan ada katil tu yang hotel katannya kesian anak aku jakun kikiki....

Al-hamdulillah seronok reramai berkumpul makan², si mamat pun sempat singgah tapi dah penghujung dapat makan kambeng jelah ayam resepi rahsia imran kata tu habis hehehe depa tapaukan untuk MIL kakak bagus² nak resepi calling² ucu tau hahaha....

Sekian tu je cite cecuti semalam.....

 

Tuesday, January 7, 2014

1st day bertugas = capek :(

Assalamualaikum.........

Jarak 9.1km bersamaan 12 minit

~6hb Januari 2014 (Isnin)

Harini aku 1st day bertugas amik hantar anak terunaku ke Sekolah KAFA... Fuhhhh panas deting kome! sakit kepala tetiba yelah berubah cuaca sejuk ke panas kan.... 

Keluar ofis dalam 12.45 tengah hari sampai sekolah dalam 1.05 petang elok² sampai sekolah kiri kanan jalan dah penuh kereta... Nak parking beria pun x reti tu yang hujung² dapatnya hehehe.... Siap bawa payung kepanasan hehehe.... 

Sampai rumah 1.20 petang terus soh Faris gi mandi sementara aku panaskan lauk yang dah aku siap masak pagi tadi, so kami makan sesama :)


:: sarapan dan makan tengah hari ::

1) kentang inti keju ala2 KFC;
2) ayor milo;

3) ayam masak kicap &
4) kangkung goreng belacan.


:: Balik Sekolah Sesi Pagi ::
 

 Parking jauh sebab dah banyak kereta

Sesi makan² sambil mendengar anak berceloteh pasai sekolah.... Katanya dah kena tukar kelas mybe sebab faris x lancar lagi membaca dan mybe kelas penuh sesak. Kebetulan kelas sebelah masih kosong gamaknya....

Sedih sebab bila kena tukar kelas maksudnya Faris dapat tempat duduk kat belakang nak kena bagitau cikgulah sebab Faris ni rabun pakai cermin mata x mau haishh....

Rasa seronok sebab makan tengah hari x kuar duit belanja sebab dah masak pepagi tu... Masak simple je ayam masak kicap dengan kangkung goreng belacan jek....


:: Sekolah Sesi Petang ::


Pukul 1.55 petang kami bergegas keluar nak hantar Faris gi sekolah semula, aku x tunggu lama dah hantar dia kat lobi sekolah sembang² sekejap dengan kak zah (kakak yang hantar ambik Faris tahun lepas tu) kisahnya anaknya mandi makan tukar baju pun kat sekolah sebab jadual KAFA terbaru menyebabkan x sempat nak balik ke rumah....

Aku gerak ke ofis dalam 2.15 petang dan sampai ofis pukul 2.30 petang, nasib baik ada parking kosong kat aras B3 port biasa parking dah penuh sob..sob..sob... 

Hujan pulak lebat pakej kilat sabung menyabung gelap gelita bila aku jengah ke luar tingkap hajat hati nak balik lewat sikit sebab sekolah KAFA balik jam 6.00 petang. Aku jangka kalu keluar ofis jam 5.30 ngam² sampai sekolah jam 6.00 petang tapi aku silap perkiraan huh! x sangka hujan bersamaan jalan jem hahaha....

Sampai sekolah dalam 6.05 petang melilau cari Faris main block je kete orang nasib baik faris ada tapi macam biasa la dia main² tu yang aku x nampak pun kelibat dia kat mana... Nak buat U-turn pun jem trafic light tu hijau leh lepas 3-4 buah kete je pastu merah semula... Q pepanjang ni ada je manusia jenis xreti sabar manjang nak hons² alahai.....

Hasilnya kaki aku lengguh kome! amik Farisya pukul 6.25 petang sampai rumah dekat 6.35 petang letihnya.......... :( Nasib baik juga aku dah masak pepagi buta tadi kan rasa lega la sikit cuma tambah lauk sambal telur je sebab portion ayam kicap tu leh la sorang seketul je...

Al-kisah semalam anak jiran (baru tahun 1) menangis meraung cari ibunya, dia nekad jalan kaki balik ke rumah aku jumpa kat lift aku tanya dia cakap dia nampak kete ibunya tapi ibunya xde (mesti ibu dia melilau cari dia serata sekolah kan...)

Aku ajak dia ikut aku jap ambik Farisya kemudian aku sms kandaku soh call ayah budak ni bagitau anak dia ada dengan aku, kebetulan memang aku x de no. telefon jiran tetangga hahaha....

Settle masalah bila ayah harith sampai sesi macam jejak kasih yang penuh drama air mata sob..sob..sob... sampaikan Farisya asyik la tanya mana ibu ia? cian ia bla..bla..bla...

Letihnya rasa, malam tu kemas beg Farisya + beg susu dia sesiap... keluarkan ikan kerisi kasi rendam aku sendiri xtau nak masak pe macam mana nak rancang masak untuk 1 minggu ni menu pun aku x tau huhuhu....


~7hb Januari 2014 (Selasa)

Al-hamdulillah jam 5.00 pagi alarm berbunyi aku terjaga terus bangun nak masak, memula nak masak asam pedas tetiba jadi sup ikan (xcukup bahan ingat tengah hari ni nak singgah kedai beli tomato saleri, daun sup chewah...) aikks pelikkan....Sayur bayam tumis dan sarapan kami sandwich chicken Meatloaf dgn cheese...

  
Apalah pulak nasibku tengah hari ni ada ke parking kosong.... Petang ni nak balik awal parking dulu kat rumah kendian baru gi amik Faris x delah buang masa atas jalan main brek minyak lelama lengguh kaki adoii..... (dalam hati baru tau penat ek bawak kereta kikiki ampun kanda ampun daku selalu mau jenjalan x senang tengok kamu berehat di rumah walaupun tau seharian kamu pusing merata drive mencari sesuap nasi sob...sob...sob...)

Dah² tu je nak kapochi sekian daku melaporkan....


Friday, January 3, 2014

Kembali ke Sekolah + Azam Tahun 2014

Assalamualaikum.....

~2hb Januari 2014 (Khamis)

Sesi persekolahan pun dah bermula semangat la si Farish nak pergi sekolah macam biasa soh tidur awal pukul 10 malam kami semua dah masuk tidur hehehe.... Sebelum tu dah siapkan beg sekolah, baju dah siap gosok, kasut stokin semua dah sedia wah² x sabar nak ke sekolah kome!

 Lengguh kome iron baju sekolah

Macam biasa alarm bunyi pukul 5 pagi kring krong kring krong tapi mata ni ketat pulak xmau bukak sampai la alarm pukul 5.30 pagi kring krong semula baru le lemah gemalai bangun hehehe...

Masak air capai tepung bancuh dengan air tumbuk sikit bawang dengan ikan bilis boh garam apa lagi buat la cucur untuk sarapan semua kesayangan hamba yea...Bancuh milo O je sebab xdo susu sejat janji ada air panas buek minum sarapan kan.... Farisya teruja macam dia yang nak masuk sekolah kan....

Sarapan sempat buat cucur bilis dgn milo O suam

Pukul 6.30 pagi dah gerak kanak² soh mandi dan bersiap makan sarapan mak apaknya pun bersiap pukul 7.30 pagi baru keluar rumah terus menuju ke sekolah.
Siap bergaya
Berkumpul ikut nama kelas

Semua bergerak masuk ke kelas memasing
Bagus doq depan sekali!
Kelas penuh sesak
Lawatan mengejut TPM
Tiba² kereta pengiring TPM tayar meletup terlanggar bucu jalan
Tukar tayar sambil di perhatikan hahaha...

Dah jenguk Faris kat kelas terus pi kedai buku kununnya nak beli buku rujukan yang belum beli lagi tapi pembantu kedai kata x perlu beli x guna pun terus nak balik rumah sekali baru teringat lupa nak kasi duit belanja kat Faris paksa rela kandaku pi naik semula tingkat 2 kasi Faris duit belanja hahaha...

Aku dan Farisya pi kantin beli makanan nak masak malas makan jemput tadi x syok lak hahaha.... Beli nasi lemak kosong dengan nasi goreng cili api + seketul kepak ayam = rm4.00.

Singgah taman mainan lepaskan gian si kenit ni

Balik rumah kandaku tengah tulis alamat customer kat slip pos laju sambil sarapan 2 beranak sesambil berbincang pasai Faris (urusan amik hantar ke sekolah KAFA sesi petang). Nampak gaya dengan berat hati terima keputusan kandaku itu untuk bergilir-gilir amik hantar Faris ke sekolah = aku terpaksa berulang alik setiap tengah hari sob...sob...sob.

abang & adik

Pukul 12.50 tengah hari turun nak pi amik abang balik si abang keluar kelas jam 1.05 petang terus gi kedai runcit beli ikan, sotong donut dan air 100 plus. Balik rumah arahkan faris mandi dan aku bersilat masak lapor pulak dah perut ni....

Sebelum pergi ambik Faris balik sekolah tadi dah lipat kain separuh siap kebetulan Farisya tidur kekenyang makan...Tanak nasi dan siang sayur sawi sesiap kununnya balik nanti baru sambung masak pula....

Daku ni sedang menyusun semula aktiviti harian, kena lakukan perubahan dalam pengurusan masa memandangkan tugas baru akan bermula Isnin ni, meh la kongsi baca info ni Pengurusan Masa yang Berkesan

Ni aku share 5 TIP Pantas Ibu Bekerjaya untuk panduan kita semua, semoga memberi manfaat kepada aku dan korang semua....



MENYEDIAKAN SARAPAN
  • Sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
MENYEDIAKAN MAKAN MALAM
  • Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
  • Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
  • Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
  • Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.
MENGGOSOK PAKAIAN
  • Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
  • Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
MENGEMAS RUMAH
  • Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
  • Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
  • Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
  • Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
MENCUCI PAKAIAN

  • Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
  • Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut. 

    sumber info : PA&MA


Azam Tahun 2014

1.  Nak masak sarapan dan makan tengah hari;
2.  Nak uruskan Faris pergi balik sekolah;
3.  Nak repeat exam KPSL; 
4.  Nak kurus (asik mkn je kerjanya mcmne nk kurus!)
5.  Nak timang bb tahun 2015 


Moga² keputusan ni terbaik buat aku sekeluarga, mybe memahirkan skill memandu + melawan sedikit rasa takut walaupun x pernah lagi pusing merata Putrajaya sekadar perjalanan pergi balik kerja sahaja.

Moga² aku berkesempatan menikmati lebih masa bersama Faris memandangkan akan menguruskan dia sepanjang tahun sebelum ni aku serahkan bulat² kepada si kanda dan kepada kak zah 100%.

Sesungguhnya ia akan memenatkan... membuang masa tapi aku harap ianya berbaloi.... Semoga aku berjaya memasak Faris makan sarapan & makan tengah hasil air tanganku sendiri....
Ya Allah kuatkan semangatku, berikanku kesihatan yang baik agar dapat mengalas tugas ini sebaiknya... Kuatkan keazamanku supaya bertahan hingga ke penghujung bukannya sekadar hangat² taik ayam...

Tugas semakin bertambah bermula 6hb Januari 2014 (Isnin) ini bravo!