Assalamualaikum.....
~2hb Januari 2014 (Khamis)
Sesi persekolahan pun dah bermula semangat la si Farish nak pergi sekolah macam biasa soh tidur awal pukul 10 malam kami semua dah masuk tidur hehehe.... Sebelum tu dah siapkan beg sekolah, baju dah siap gosok, kasut stokin semua dah sedia wah² x sabar nak ke sekolah kome!
Lengguh kome iron baju sekolah
Macam biasa alarm bunyi pukul 5 pagi kring krong kring krong tapi mata ni ketat pulak xmau bukak sampai la alarm pukul 5.30 pagi kring krong semula baru le lemah gemalai bangun hehehe...
Masak air capai tepung bancuh dengan air tumbuk sikit bawang dengan ikan bilis boh garam apa lagi buat la cucur untuk sarapan semua kesayangan hamba yea...Bancuh milo O je sebab xdo susu sejat janji ada air panas buek minum sarapan kan.... Farisya teruja macam dia yang nak masuk sekolah kan....
Sarapan sempat buat cucur bilis dgn milo O suam
Pukul 6.30 pagi dah gerak kanak² soh mandi dan bersiap makan sarapan mak apaknya pun bersiap pukul 7.30 pagi baru keluar rumah terus menuju ke sekolah.
Siap bergaya
Berkumpul ikut nama kelas
Semua bergerak masuk ke kelas memasing
Bagus doq depan sekali!
Kelas penuh sesak
Lawatan mengejut TPM
Tiba² kereta pengiring TPM tayar meletup terlanggar bucu jalan
Tukar tayar sambil di perhatikan hahaha...
Dah jenguk Faris kat kelas terus pi kedai buku kununnya nak beli buku rujukan yang belum beli lagi tapi pembantu kedai kata x perlu beli x guna pun terus nak balik rumah sekali baru teringat lupa nak kasi duit belanja kat Faris paksa rela kandaku pi naik semula tingkat 2 kasi Faris duit belanja hahaha...
Aku dan Farisya pi kantin beli makanan nak masak malas makan jemput tadi x syok lak hahaha.... Beli nasi lemak kosong dengan nasi goreng cili api + seketul kepak ayam = rm4.00.
Singgah taman mainan lepaskan gian si kenit ni
Balik rumah kandaku tengah tulis alamat customer kat slip pos laju sambil sarapan 2 beranak sesambil berbincang pasai Faris (urusan amik hantar ke sekolah KAFA sesi petang). Nampak gaya dengan berat hati terima keputusan kandaku itu untuk bergilir-gilir amik hantar Faris ke sekolah = aku terpaksa berulang alik setiap tengah hari sob...sob...sob.
abang & adik
Pukul 12.50 tengah hari turun nak pi amik abang balik si abang keluar kelas jam 1.05 petang terus gi kedai runcit beli ikan, sotong donut dan air 100 plus. Balik rumah arahkan faris mandi dan aku bersilat masak lapor pulak dah perut ni....
Sebelum pergi ambik Faris balik sekolah tadi dah lipat kain separuh siap kebetulan Farisya tidur kekenyang makan...Tanak nasi dan siang sayur sawi sesiap kununnya balik nanti baru sambung masak pula....
Daku ni sedang menyusun semula aktiviti harian, kena lakukan perubahan dalam pengurusan masa memandangkan tugas baru akan bermula Isnin ni, meh la kongsi baca info ni Pengurusan Masa yang Berkesan
Ni aku share 5 TIP Pantas Ibu Bekerjaya untuk panduan kita semua, semoga memberi manfaat kepada aku dan korang semua....
MENYEDIAKAN SARAPAN
- Sediakan menu ringkas berasaskan roti seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
MENYEDIAKAN MAKAN MALAM
- Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
- Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
- Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
- Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.
MENGGOSOK PAKAIAN
- Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
- Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
MENGEMAS RUMAH
- Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
- Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
- Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
- Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
MENCUCI
PAKAIAN
- Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
- Lipat pakaian kering segera
dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih
banyak dan berkedut.
sumber info : PA&MA
Azam Tahun 2014
1. Nak masak sarapan dan makan tengah hari;
2. Nak uruskan Faris pergi balik sekolah;
3. Nak repeat exam KPSL;
4. Nak kurus (asik mkn je kerjanya mcmne nk kurus!)
5. Nak timang bb tahun 2015
Moga² keputusan ni terbaik buat aku sekeluarga, mybe memahirkan skill memandu + melawan sedikit rasa takut walaupun x pernah lagi pusing merata Putrajaya sekadar perjalanan pergi balik kerja sahaja.
Moga² aku berkesempatan menikmati lebih masa bersama Faris memandangkan akan menguruskan dia sepanjang tahun sebelum ni aku serahkan bulat² kepada si kanda dan kepada kak zah 100%.
Sesungguhnya ia akan memenatkan... membuang masa tapi aku harap ianya berbaloi.... Semoga aku berjaya memasak Faris makan sarapan & makan tengah hasil air tanganku sendiri....
Ya Allah kuatkan semangatku, berikanku kesihatan yang baik agar dapat mengalas tugas ini sebaiknya... Kuatkan keazamanku supaya bertahan hingga ke penghujung bukannya sekadar hangat² taik ayam...
Tugas semakin bertambah bermula 6hb Januari 2014 (Isnin) ini bravo!
No comments :
Post a Comment