Assalamualaikum....
Salam Maulidur Rasul semua!
~14hb Januari 2014 (Selasa)
Semalam kami 4 veranak pi picnic bersama-sama anak buah kat Sungai Congkak, ni planning mengejut namanya hikhikhik.... Kebetulan kan cuti umum sempena Maulidur Rasul terus la sms kakak dengan wan ajak depa pi picnic sempena birthday Farisya la juga kekdahnya...
Semua setuju jadi collect duit untuk bayar sewa chalet je (bahagi 5~aku, saipul, kakak, wan & mamat), untuk bbq daku buat amal jariah dan menu breakfast kakak masak beehun goreng, nasi goreng, nuget dan sosej goreng. Aku sempat buat sandwich 2 versi telur dan sardin pepagi tu....
Gerak dari rumah pukul 9.00 pagi dengan memasing kelaparan sementara tunggu kakak dan asbennya kami pi melantak roti canai dulu kat area rumah sewa kakak tu... Tengah sedap makan roti canai pisang nampak kakak melintas jalan, katanya wan dalam perjalanan lagi si kakak pun sempat jamah canai minum air milo kekanak tu huhuhu....
Huh! makin bulat daku ini sob..sob..sob :(
Kakak naik kete kami sebab kereta dia penuh sesak rupanya huhuhu... 2 adik imran + anak buahnya ikut sekali, siti dan daniel demok pun ada :) sayang MIL kakak yang beria nak ikut x dapat ikut sebab kereta penuh dan kebetulan mamat pi kerja (apalah cecuti dia pi kerja hahaha katanya dia nak cuti 18hb Januari 2014 (sabtu) tu yang keje cuti Maulidur Rasul ni dapat la cuti lama sikit katanya....)
Nasib baik kakak dah call booking awal² jadi sampai je En Amir tu bukakan pintu rumah dan aku terus bayar untuk sehari (pagi ke petang) rm50 je murah kan! Kalau nak bermalam rm100 je.
Aku suka chalet ni sebab selesa lepas berkubang mandi sungai nak bilas badan pi je masuk rumah ada bilik air gitu x macam piknik kat Pangsun aritu seksa dah la parking kena bayar pondok pun bayar tapi bilik air azab...
klik sini : Cahaya Kaseh Chalet
Kami pilih rumah no. 2 memang terbaekkkk!
Ada 5 buah rumah, kawasan parking pun luas
Ada kejadian lucu masa aku tengah bizi bayar harga pelampung untuk kekanak ribena tu wan lalu dan berhenti dia naek kete biru nilah (dulu dia pakai kete wira manalah aku perasan sapa mamat yang sengih² tapi x buka tingkap pelawa naik ingatkan orang tu berhenti nak beli pelampung macam aku juga hahaha... Kebetulan aku pun xpandang sebab aku membelakangkan kereta tu si penjual tu yang sengih² kat wan)
Pastu gamaknya aku dengan Faris buat xtau je dia pun blah, sambil aku jalan kaki nak ke chalet semula Faris cakap tu abang wan la, aku cakap kalau abang wan kenapa dia xpelawa kita naik hahaha.... Si kakak pulak tanya wan x nampak ucu ke? x tumpangkan dia ke? alahaii.........
:: Menu Pot Luck ::
Malam ahad (12 Januari 2014) pi kedai Burger Ramly @ Bangi memborong ayam dan lamb chop 6 jenis barang ni total rm100. Sempat makan burger Ramly dulu sebelum balik yelah esoknya kan ke hari kerja kenalah balik tidur awal....
Dah siap perap transfer bekas mau pi picnic kan
~13hb Januari 2014 (Isnin)
Balik kerja keluarkan kepak ayam dan bahagian peha kasi defrost dulu sesambil tu aku blender bebawang, halia, serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Pastu kandaku soh masukkan perencah nasi goreng adabi aku pulak tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis, madu, memacam aku taruk sekali rasa xkena jek hahaha rasa dedor hujung lidah terlebih halia ke? seriau aku ok! Aku tambah pulak gula kabung berserah jelah jangan x jadi sudah...Masukkan dalam bekas dan marinate ayam tu semalaman boh dalam peti ais huh settle!
Menu makan malam pulak aku goreng ayam kendian campurkan sekali dengan carrot, kacang buncis dan brokoli ala² paprik x pedas la sebab boh cili sikit dan sos tiram jek 1 menu jek makan bertambah lagi² taruk kicap manis cap kipas udang atas nasi makan la bersuap dengan 2 kanak² tu....
sambal sardin dan telur bermayo untuk sandwich
dah masak/buat malam tadi
:: Teruja nak mandi ::
Abang wan la rajin melayan deme 2 beradik
kakak pulak sambung abang wan dah kesejukkan
seronok x mau naek si Farisya
adik ipar kakak dan anak buahnya,
wan sambung makan lamb chop pulak
cucu aku ni dah berjalan setapak dua bukan main seronok tolak kerusi tu ke hulu hilir sebelum tu masa Farisya mandi mak dia dah rendam dia dalam sungai tu kesejukkan pastu menyusu terus tido lena dalam rumah...
Farisya pulak sampai balik ke rumah dia dengan pelampungnya, si abang pulak dengan cerita seronoknya pi "Hotel" hahaha chalet tu kan ada katil tu yang hotel katannya kesian anak aku jakun kikiki....
Al-hamdulillah seronok reramai berkumpul makan², si mamat pun sempat singgah tapi dah penghujung dapat makan kambeng jelah ayam resepi rahsia imran kata tu habis hehehe depa tapaukan untuk MIL kakak bagus² nak resepi calling² ucu tau hahaha....
Sekian tu je cite cecuti semalam.....
No comments :
Post a Comment