CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, June 3, 2011

Masak² dan Makan!

Salam,

~2hb Jun 2011 (Khamis)

Hari ini aku berpuasa sunat@membayar nazar. Herrmm nazar pe ek? Masa mengandung tahun lepas kiranya lepas ujian Urine Pregnancy Test (UPT) resultnya +ve (masa tu kandungan aku dalam 2 bulan la) aku berniat kalau dapat Baby GIRL :-

  •  aku nak berpuasa SEHARI setelah aku sihat sepenuhnya (ye puasa pada 2/6/2011)
  •  bersedekah dalam bentuk makanan or wang ringgit (aku beli cheese tart pelbagai perisa kat SINI makan dengan kengkawan opis)
  • aku berniat/berdoa agar aku dapat menyusukan Farisya (Al-hamdulillah Farisya hingga detik ini menyusu badan dan xcampur FM)

So hutang tu aku dah langsaikan Al-hamdulillah. Ok meh layan kerajinan yang melampau ni, aku sangat kapochi nak masak untuk berbuka dan sibuk nak cuba resepi si ELLA kasi. Untuk berbuka puasa aku masak Cabonara, siap gi GIANT cari barang nak buat kek dan cabonara.

------------------------------------------------
Menu Berbuka : 

Cabonara with Chicken & Musroom
Wow nampak mengiurkan x? haha...

Resepi campak² :

1 Biji Bawang Besar *
3 Biji Bawang Putih *
Dada Ayam di potong dadu
Cendawan
Fettucini
Sos Cabonara

*cincang dadu

Cara masak campak² :

Tumis bawang besar & bawang putih cincang sampai masak layu dan naik bau kemudian masukkan cendawan (beli cendawan kering jek balik rendam dalam air kembang molek la ia). Agak² cendawan pun berbau harum campak pulak dada ayam yang dipotong dadu, goreng la sampai ayam masak.Last sekali masuk perencah/sos cabonara Leggo's masak seketika dah siap! 

Air dah panas masukkan Fettucini, tunggu Fettucini masak angkat. Siap untuk di hidang dan makan. So simple kan..kan..kan...



Ni paste yang aku guna ok


Hiasan semata copy gambar kat sini

Ok memula aku tepek gambar sos cabonara ni dan secara spontan dapat komen kt SHOUT BOX oleh Incek Fik pasai tajuk sos cabonara ni. Pehhh tersentap aku! Mula lah rasa cuak betul ke aku dah termakan? Seingat aku masa aku pilih sos ni aku dah belek kandungan dan segala detail xkan la aku nak makan sos yang ada kandungan bab* kan.... Huh rasa sangat cuak ok! Korang semua hati² masa memilih sos cabonara ye, peringatan untuk aku juga :)

-------------------------------------------------
Menu Sampingan :

Carrot Cake with Walnut & Cheese
Versi dalam cup
Versi tepek cheese
1st time buat yeyeye jadik!

Jenuh woo nak ngabiskan kek ni jadi separuh bawak rumah pengasuh dan bawak gi opis. Aku makin gemuk la gayanya makan dan makan dan makan lagi waaaaaa....


No comments :