CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 28, 2011

Ceritera Farish Akmal Part 3

Salam

21hb Jun 2011 (Selasa)

 Hari ini pulak kami 3 beranak pergi Hospital Kuala Lumpur untuk check-up dan dapatkan tarikh operation mata Farish Akmal. Kali ni lebih awal gerak jam 7.00 pagi dah keluar rumah (tu pun sampai HKL jam 8.30 pagi)

:: Panorama pagi di Kuala Lumpur ::

Menuju Department of Ophthalmology (Mata), ya Allah ramainya umat manusia... memang sesak sampaikan xde tempat nak duduk... hermmm si ayah selamber ye duduk bersila atas lantai. Nasib baik juga aku xbawak si Farisya, nak pump susu la kunun²nya sementara menunggu giliran Farish yang entah bila nak naik nombornya. 

Tapiiii...jenuh aku pusing merata xjumpa port nak mengepum susu tanya kaunter pertanyaan pun xjawapan yang memuaskan hati. Aikk xkan nak pump kat TANDAS? ohh no tandas pun yang guna berbaris panjang camno nak pump susu??? Takdelah sampai terdesak sangat kot sampai dalam Tandas eeiiii x lalu mak nyah oooii... xpelah skip 1 sesi hehehe....



Kami sampai terus gi register kat kaunter pendaftaran, 1st kene buat pemeriksaan mata sebab nak tengok urat saraf dalam mata dan nak pastikan samaada Farish rabun atau x kene boh ubat titis dalam mata (macam eyemore tu tp doktor cakap rasa pedih dan mata akan jadi kabur la 1 hari huhu...)

Masa pemeriksaan tu doktor soh Farish tengok screen di dinding soh teka apakah gambaran yang ada memula dia layan la lelama tangan dia mula capai itu ini...sungguh x diam walau seminit huh! Lepas taruk ubat titis doktor soh rehat 1/2 jam dan akan ada sesi kedua  lepas tu..... 

Maka nak tunggu 1/2 jam lagi tu kami gi minum kat food court hospital (masa tu dah pukul 11.00 pagi) Farish meroyan nak makan mee gara² Aci sebelah makan mee rebus hahaha layan jelah sambil ibu ayah tumpang sesudu dua... Sesi ke-2 nak boh ubat titis agak susah sikit yelah Farish dah tau huhu... Jenuh la kene peluk, pegang kekuat baru berjaya siap di rasuah dengan gegula (berjaya pun sebab di paksa haha).

Result ujian ke-2 xde rabun. Al-hamdulillah. So tunggu lagi kene jumpa doktor pakar@doktor yang akan operate mata Farish. Doktor bagitau secara detail sebab/risiko sebelum dan selepas dan selidik secara detail apakah faktor/punca mata Farish jadi gitu. 

So kesimpulannya punca mata Farish jadi gitu mungkin disebabkan oleh : -
  1. Faktor jenetik (samaada bawaan dari keluarga si ibu or si ayah);
  2. Kesan trauma (akibat terjatuh);
  3. Rabun yang menyebabkan juling; dan
  4. Faktor² lain yang berkaitan dengannya.
Kes si Farish ni seolah² mata hitamnya ditarik masuk ke dalam mata (urat saraf matanya ketat) jadi hanya dengan bantuan operation sahaja dapat membantu untuk memulihkan matanya semula. 80% bantuan operation dan selebihnya diri sendiri... 

Hopely semuanya akan berjalan lancar, so next misi yang akan ditempuh oleh Farish iaitu sesi operation matanya akan dijalankan pada 14hb November 2011 (Isnin). 13hb November 2011 (Ahad) Farish dah kene warded awal (bius supaya Farish tidur lena). Doktor bagitau tempoh pemulihan memakan masa selama 2 minggu.

HKL kami akan datang lagi nanti... So tunggu jelah tarikh itu ye........





No comments :