Salam,
Entah kenapa keinginan ni membuak² je rasanya. Tapi di luar kemampuan adanya wawawa... Yelah tanggungjawab dan belanjawan dah bertambah jadi kene lah berjimat cermat dalam segala hal.
Adakah aku ini manusia yang tak bersyukur dengan apa yang ada? Mahu lagi dan lagi... Nafsu apakah ini? Sekadar berkongsi impian dan semoga suatu hari nanti aku dapat miliki dan penuhi nafsu nafsiku ini hehehe...
Wahhh serius je kan :) Apa lagi yang xcukup ni? Ni cerita pasai breastpump la huhuhu....
Suatu masa dulu sewaktu Farish Akmal lahir ke dunia aku seperti ibu² yang lain juga punya keinginan dan harapan agar dapat menyusukan anaknya. Ye waktu itu aku masih belum terbuka hati seluas-luasnya untuk mempelajari, memahami dan tiada pengalaman tapi aku ada usaha ke arah itu. Jadi waktu nipple melecet dan terluka sebab cara menyusukan anak salah suami tercinta berusaha membelikan breastpump untuk aku.
Inilah breastpump pertamaku jenama TOLLYJOY berharga rm60.00. Gembira dalam hati dapat pump susu sendiri meskipun waktu itu susu xsemeriah mana tapi nipple pulak melecet agaknya silcone nipple agak keras tu cedera wawawa... Maka patah hati = GAGAL meneruskan misi perjuangan :(
Breastpump ke-2 jenama AVENT adalah hadiah daripada kakak iparku KLIK SINI untuk baca kisah hadiah tersebut. Sesungguhnya gadget itulah yang membantu aku mengumpul stok susu untuk Nur Farisya Aqeela syukur Ya Allah...
Dah tu? Apa yang cukupnye? Alaaa nak double pump....
Ameda Lactaline Dual Breastpump Harga pasaran : RM888.00
Ye masa aku mengandung dulu ada kawan opis (penggepam susu tegar = My SIFU) rekemenkan breastpump ni, tapi masa tu aku bz buat persiapan untuk bersalin, baby dan kumpul budget untuk kenduri cukur jambul. Maka aku pasrah dengan apa yang aku ada.
Akan tetapi kekangan masa dan kadar masa mengepam yang terbuang (versi single pump 15 minit x 2 belah = 30 minit persesi berbanding double pump 15 minit sahaja untuk 1 sesi). Aku juga bertekad nak pump 3 x kali opis (sebelum 1 Jun 2011 aku cuma pump 2 x je kat opis).
Semua alasan² itu membuat aku kian rasa terdesak, mula memikir² wajarkah aku mencari breastpump ke-2? Ohh tidak sama sekali aku akan melupakan AVENT ku itu kerna dengannya lah aku berjaya mengumpul stok EBM untuk anakku yang tersayang. Sesungguhnya jasanya tidak ternilai cuma lumrah manusia mahu lebih dan lebih lagi....
~3hb Jun 2011 (Jumaat)
Al-hamdulillah, rezeki Allah S.W.T nak kasi tidak siapa nak jangkakan, pabila aku rasa tertekan sebab budget lari dan terpaksa tarik diri daripada nak joint main kutu (ye aku bercadang nak main kutu untuk beli breastpump ke-2). Pagi itu aku rasa berbelah bagi sama ada nak ikut serta main kutu atau tarik diri (aku gembira sangat sebab dapat no. 1) dan aku mula bertanya pendapat suamiku. Yea suamiku mengizinkan dan dia berjanji akan bantu meringankan bebanan kewangan yang terpaksa aku hadapi kiranya aku main kutu. Tapi aku rasa xpuas hati jugak....
Aku cari pendapat ke-2, opkos la jiran sebelah jadi tempat aku meluah rasa dan minta pendapat. Beliau memberi kata 2 mana lagi penting? (Aku mikirkan persediaan nak raya tu yang jadi gundah gulana tu) Waktu itu Angah (kakak iparku yang hadiahkan aku AVENT) online chat FB, aku tanya pendapat ke-3 daripada beliau pulak. Aku rasa sebak bila dia kata dia nak bagi 'DANA' untuk aku beli breastpump versi double pumping. Ya Allah aku rasa sebak sangat...terima kasih Angah!
Aku cari pendapat ke-2, opkos la jiran sebelah jadi tempat aku meluah rasa dan minta pendapat. Beliau memberi kata 2 mana lagi penting? (Aku mikirkan persediaan nak raya tu yang jadi gundah gulana tu) Waktu itu Angah (kakak iparku yang hadiahkan aku AVENT) online chat FB, aku tanya pendapat ke-3 daripada beliau pulak. Aku rasa sebak bila dia kata dia nak bagi 'DANA' untuk aku beli breastpump versi double pumping. Ya Allah aku rasa sebak sangat...terima kasih Angah!
Akhirnya aku berjaya miliki breastpump ini pada tarikh yang tercatat diatas.. Al-hamdulillah syukur impianku tercapai....
Serba sedikit pasai MODU :-
* Pam berganda 2 – double pumping – di datangkan dengan 2 set utk kegunaan pam berganda di dalam satu kotak – tak perlu beli aksesori tambahan. Semuanya 2.
* Mempunyai 6 level digital, level 1 dan 2 utk fasa stimulasi, dan seterusnya level 3 utk fasa vakum
* Pam penyusuan yang menyerupai nada hisapan bayi (mimic baby’s suction)
* Pam penyusuan yang tidak akan sekali-kali backflow
* Pam penyusuan yang mempunyai side function – nasal suction (utk bayi) dan cleaning function
* 2 corong silikon – selesa dan tidak menyakitkan
* Pam FULLY elektrik (tiada battery operated) yang mempunyai jangka hayat sehingga 2000 jam.
* Tekanan 500 – 1060 hPa
* Berat: 700 gram sahaja
* Warna: PINK
* Warranty: 1 tahun
BOLEH BELI KAT SINI : ONLINE
No comments :
Post a Comment