CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, June 27, 2011

Cucur Roti Gardenia Berbilis

Salam

Korang pernah x beli roti tapi xhabis makan? Haa nak kejar xpired date kan jadi kalu banyak bahan di rumah boleh la buat Puding Roti Bersos Kastard kalu xde meh cuba resepi ahkak ni ye huhuhu....

:: Cucur Roti Gardenia Berbilis ::

Bahan² :

1/4 cawan Tepung Gandum
7 keping Roti Gardenia (potong dadu)
1 Biji Telur Ayam
1 Biji Bawang Besar * kisar/tumbuk kasar
2 Biji Bawang Putih * kisar/tumbuk kasar
Sedikit Ikan Bilis / Udang Geragau / Udang Segar * kisar/tumbuk kasar
Daun Kucai @ Daun Bawang (ikut suka nak taruk ke tidak)   
Cili Besar Merah / Hijau (ikut suka nak taruk ke tidak) 
Garam sesedap rasa
Air secukupnya (agak² la bancuh jangan sampai lembik sangat pulak ye) 
Minyak untuk mengoreng  

Cara² Memasaknya :

Sonang baitu... Korang campurkan semua bahan² di atas nuu hingga dapat bancuhan sama macam cucur bilis yang biasa kita bancuh tu kan, agak² la bancuh jangan sampai lembik sangat pulak ye sebab roti tu akan sedut air nanti. 

Panaskan minyak kemudian sudukan ikut citarasa nak besar² or nak chomel² goreng sampai kekuningan dan masak lah ye... 


 Ni lah rupanya bancuhan cucur den yo...


 Goreng sehingga kekuningan
Toskan minyak
Sesuai makan dengan sos or ikut suka la cicah ape kan

Sedap tau luar garing kruk krak dalam lembut :) sila cuba ye....



No comments :