CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 5, 2012

Ceritera Farish Akmal Part 8

Salam,

Ni nak khabo berita 'kureng menarik@sangat² x best' untuk di ceritakan...sob...sob...sob.... Korang dah baca kan kisah si abam Farish ni sebelum ni kan, kalu xtau klik sini

:: Tergurisnya Hati Seorang Ibu ... :( ::

~3 Jun 2012 (Ahad)

Petang tu bawak 2F gi taman permainan (yelah 2 hari memerap kat rumah x kuar depa pun macam bosan je aku tengok), bukan main seronok la abam Farish berlari sana sini panjat la main gelunsur la tapi nak main buaian kene tunggu giliran la pulak kan....

Si Farisya pun ape kurangnya tersengih manjang dapat melihat 'dunia luar' hahaha mesti tension berkurung je dalam rumah... Masa si Farish dapat main buaian aku pulak doq kat kerusi taman sambil memandang si Farisya manjat² gelunsur tiba² ada satu suara budak perempuan (aku kira usianya baya² Farish @ pun mybe tua setahun dua menjerit kat Farish)

"Hey budak juling mana mak ko?"

Pang! rasa pedih je pipi & terbakar mendidih je dalam hati, serius weii kat taman tu ramai budak² ++ mak bapak budak temankan anak² depa main. 

Si mulut celupar tu masih xperasan aku ada dia tanpa rasa bersalah mengulangi ayat² menyakitkan hati itu sampai la ada salah seorang kawannya memberitahu kewujudan aku kat taman tu.

Senyap seketika, Farish xmengerti apa yang di katakan si mulut celupar tu atau dia ingat mereka hanya bergurau mungkin. Yea mungkin aku jek kot yang emo lebih!

Tapi kalu korang kat tempat aku apa korang akan rasa, akan kata? Aku yang mengandungkan dia 9 bulan 10 hari, lahir dengan cukup sifat tanpa cacat cela tapi bila dia makin membesar baru kami perasan matanya ada masalah dan kami berusaha untuk mengubati dan kaedah pembedahan saranan terakhir doktor.

Agak² korang sanggup x korang tengok anak sekecil Farish di tolak ke dewan pembedahan dan matanya di jahit untuk membetulkan saraf matanya yang bermasalah? Walaupun hatiku meratap sedih aku terpaksa juga buat sebab aku xmau orang sekeliling hina, ejek dia seperti yang budak perempuan tu lakukan!

3 Jun 2012 (Ahad)


Ce korang tengok titik mata tengah lari lagi, pembedahan haritu cuma 80% maksudnya risiko matanya kembali bermasalah tetap ada. Doktor HKL bagitau mereka xleh nak buat pembetulan pada saraf mata Farish 100% sebab Farish masih kecil takut nanti bila dia makin membesar saraf matanya mengetat kembali dan menarik mata hitam ke dalam semula.


Ni Referral Letter HKL sepatutnya kene hantar ke Hospital Putrajaya bulan 2 aritu tapi entah mana surat ni terselit +++ si ayah yang sibuk manjang jadi bila kejadian ni berlaku terus aku mendesak ayah dapatkan tarikh HPJ untuk pemeriksaan lanjut.

Ye salah kami lambat hantar surat tu, rasa menyesal menyelubungi diri aku... Asben aku yakin sangat mata Farish xkan jadi begitu semula tapi ramalan dia salah. 

Bila aku mengadu insiden di taman tu terus dia tengok mata Farish, sambil bersila di lantai dia urut² mata Farish. Rasa macam kelakar bila ayah soh Farish urut² mata supaya matanya ok center di tengah, 'alahai yahh manalah maunya mata dia ok buat gitu huhuhu'....


~4 Jun 2012 (Isnin)

Akhirnya ayah akur akan kenyataan yang memeritkan ini, ye Farish harus di bawa ke HPJ untuk pemeriksaan lanjutan, dan semalam ayah dah dapatkan tarikh tapi appoinment hanya kosong pada bulan 8.

Bersabarlah wahai anakku Farish, ibu dan ayah akan berusaha untuk memulihkan mata Farish! Ibu dan ayah x sanggup nak dengar kawan² Farish ejek² akan kekurangan Farish tu, Insya Allah mata Farish akan ok percayalah ye nak.....