CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, June 21, 2012

♥ DIY ~ My 1st Baju Kurung ♥


Salam,

Wah² tajuk x leh blah! kekekeke...........

Al-kisah bermula bila kakak ipar aku kasi 1 set mesin jahit dan mesin jahit tepi (masa tu beliau berhajat nak menetap terus di Malaysia akan tetapi masa berpindah rumah dari Shah Alam ke Bangsar rumah sewa tu kecil dan sempit jadi banyak barang di agih-agihkan kepada adik beradik hehehe..... Tapi xlama lepas tu beliau balik semula ke Melbourne sebab Danish nak sekolah. Danish xfasih cakap melayu dan yuran sekolah & transit mahal bebenor kat KL nuuu...)

Oleh kerna aku dah ada mesin jahit jadi mesin jahit angah aku kasi kat birasku 'Kak Midah' (beliau pun minat jahit menjahit ni) Wahhh gembira la aku bukan kepalang sebab dah ada mesin jahit tepi kat rumah kununnya leh la jahit baju kurung sendiri.... Berangan la pasni xyah la sesusah nak gi kedai jahit tepi kalu nak buat baju kurung ke apa ke kan...kan...kan...


Mesin jahit tepi cap Janome

Bak kata asbenku 'ada mesin jahit tapi buat tukun!' Hampeh je lakiku itu sound aku setepek wawawa terbakar hati teman tau! Tapi memang betui pun lama giler mesin 2 beradik tu tersadai dalam bilik, dulu aku pernah berkobar-kobar nak menjahit baju kurung tapi rasanya sebelum mengandungkan si Farisya lagi siap beli kain kat Mydin Presint 15 (kain memurah je RM9.90 buat percubaan la kununnya....)


:: 1st Time Menjahit pada ???? lupa tahun hahaha... ::

1st time mengunting kain aku mintak 'Yong' ajarkan tapi sebab balik kampung kejap sangat belajar pun lelaju x berapa nak faham sangat. Aku beli pulak buku nota jahitan online kat sini. Sesambil tu google juga nota free kat internet tapi aku x pandai² juga mula meroyan nak gi kelas menjahit la tapi xmau kuar $ bayar yuran boleh x? Maka impian berkubur bersama semangat yang hilang di bawa angin hehehe....

Akhirnya projek menjahit terbengkalai jadi semuanya aku simpan balik dalam kotak bebaik. Dalam hati berkata-kata 'entah tahun bila pulak aku nak siapkan aku pun x tau hahaha.....'

Masa mengandungkan si Farisya aku guna la mesin jahit tu sebab nak jahit sarung tilam baby (baca sini) Lepas tu simpan semula sampai sekarang.....


 :: Mula Menjahit Semula ♥ ::

Mood nak menjahit datang semula sebab asalnya nak kasi kain pasang kat mak, mil & yong sempena hari ibu (baca sini) la kununnya tapi last minute aku tukar ke hadiah lain. Terdetik dalam hati nak buat baju kurung la (al-maklum la badan dah membesar jadi baju pun dah banyak x muat hahaha....)

 Kain ni Cik Qasseh tolong ajarkan cara menyukat & mengunting! Tq Cikgu!
Kain ni mencabar sikit nak jahit pecah² (xtau nk terangkan)
Kain beli kat Nilai 3 RM50 3 pasang murah kan!
 Orang tamak bukan nak buat satu² sekali 4 pasang aku buat tapi baru 
siap 3 tengkuk je
 Seronok bukan kepalang bila berjaya buat tengkuk guna kain gam :)
Ce tengok aku dah terkerat lebih jadi lurah tu jadi 6 inci panjang hahaha....
Baju purple tu beli kat Mydin RM9.90 hehehe...
4 pasang baju dah siap tinggal nak jahit silang pangkah kat hujung tangan 
dan bawah baju je :)
Kain pun berjaya buat kedut² dengan jayanya.... yeayy!!!

Makanya 4 pasang baju kurung ni bukanlah baju 1st time aku jahit la kan, nanti aku mik gambar baju yang pertama kali aku buat tu ye... Kalu tengok huduh jek sebab singkat tangan la, kecik la macam² cacat celanya, rasa macam malu pulak nak tunjuk hehehe....

Waaaaaaahhh bangga jap dapat buat baju kurung sendiri! Opppsss riak sudah! Ok daaaa....

ps : Terima kasih Cikgu Qasseh sebab tunjuk tutorial cara sukat dan gunting kain, semoga perkongsian ilmu yang anda berikan di berikan pahala yang berlipat kali ganda amin....



2 comments :

εïз mummyHaza εïз said...

wahhh pandai cik yatie menjahit.. xpyh upah org dah :)

Yatie Ahmad said...

hahaha manade jahit sendiri pun upah mak sedara juga ni semua baju buat ni kasi kat mak sebab ada yg terkecik ada yg senget isshh memang tangan x de seni gini lah....

xsuka baju buatan sendiri kakaka@εïз mummyHaza εïз