:: Balik Perak ::
~18 Mac 2010 (Khamis)
Hari ini aku mula bercuti, kalu ikutkan perancangan awal kunun2 nya nak bertolak balik Tapah malam tadi tapi aku sakit perut (gastrik) maka tunda la pagi ni baru bertolak...Asben aku mengomel2 sebab keinginannya nak memancing pada pagi ini hancur berkecai gara2 aku berkeras nak balik pagi ini juga.....hahaha gelak jap....(akan tetapi dia berjaya lari sekejap mancing pada petang 2...errmmm...hampeh!!!)
Maka di pagi yang indah ini kami pun bertolak dari Putrajaya membawa gula pasir sebanyak 16kg (menurut kata mak teman susah nak dapat gula sekitar Tapah, Tapah Road dan Langkap...ape depa sorok gula ke?) Kakak aku juga berjaya memborong 28kg gula (2 pun sampai 3 orang [Nyah, Yop & Wan] bergilir2 beli gula maka dapat la beli sebanyak ituw.....)
Sekitar jam 12.00 t/hari aku selamat tiba di Pekan Tapah, sepanjang perjalanan asben aku mengomel2 lagi sebab aircond kete kejap ok kejap ko....Aku rasa cuti raya cina lepas baru jek servis....saja la 2....Setibanya di rumah Yop tengah wat tempat basuh pinggan dan pangkin nak letak pinggan mangkuk sambil di bantu anak buah aku yang bongsu Edy. Dalam umah lak Nyah dan kakak (pengantin) tengah sibuk pasang langsir dan menyiapkan bilik pengantin.
Geng memasak mak aku lak sibuk wat persiapan untuk masak bubur (aku xtau nama bubur ni..huahuahua...!!!) ada kenduri doa selamat petang ituw....
::: Panorama depan umah :::
Keterujaan nak tengok proses pemasangan pelamin kian berkobar-kobar...weiii kakak bila pelamin ko nak mai nii?!! Sekitar 6 petang barulah abang pelamin datang...hehehe suka aku!!! Tapi dia sorang2 jek katanya pekerja dia ilangkan diri uikksss...misteri ni...Tapi kisah misteri 2 xberakhir kat situ je k ada lagi sambungannya....Jeng..jeng..jeng...........
Aku tolong la abang 2 angkat barang2 dari dalam van cian aku nengok dia terkial sorang2, walaupun ada sora2 sumbang cakap "ehh..watpe tolong kan kite bayar servis dia" ahhh...aku pedulik apa suka ati aku la!!! Sesambil dia pasang pelamin aku bersembang-sembang kosong la ngan abang 2, dulu masa aku kawen abang 2 jadi cameraman aku sekarang aku promote kedai andaman dia kat anak buah aku lak....hehehe!!!
Sekitar kul 10.00 mlm baru pelamin kakak siap wowww....cantek siot!!! Malam 2 ada upacara mandi bunga dan kenduri doa selamat..........Tiba-tiba enjin van abang pelamin 2 xleh idup...errmmm misteri lagi ni...dah la ujan enjin van xleh idup, pekerja ilangkan diri, sorang2 pasang pelamin cian sangat aku tengok...Menurut cerita wife (mak andam) abang 2 ada orang dengki dengan mereka...ala2 kene buatan orang la...Ni la orang melayu xleh tengok bangsa sendiri maju, berjaya sikit xabis2 dengan perasaan PHD...menyampah aku!!!
::: Pelamin Serba Merah :::
~19 Mac 2010 (Jumaat)
Pagi ni geng memasak dah mula membanjiri umah aku...dan hari ini jugak aku nak gi tengok lembu akikah yang Yong (mak pengantin) aku dah booking sempena nak kenduri kawen kakak ni...mulanya Yong arahkan Wan bawak van buruk Yop gi amik timun kat kebun Pakcik Lazim tapi Wan lak xtau katne kebun timun 2 jadi kami pakat2 ramai gi Tapah Road nak gi kandang lembu Wak Saroji nak tengok upacara sembelihan...
Tup2 ada road block kami dah gelabah sebab road tax van Yop dah mati, kununnya ada jalan pintas nak melepasi sekatan polis 2 rupa2nya jalan mati betul2 kat meja polis yang wat road block 2...alahai lawak toi!!! Van yang Wan bawak kene tahan dan kene la soal siasat...Asben aku bgtau bapak polisi yang kami sebenarnya nak gi amik daging lembu nak wat kenduri sok polis 2 xkisah dan tanya xde jalan pintas lain ke...Puhhh....lega kalu kene saman amacam???....
Akhirnya Wan balik umah dan kami meneruskan perjalanan gi kandang lembu yang xsampai 100 meter je lepas road block 2...Hampa la depa nak tengok lembu (terutamanya anak aku la...dia asyik berkepit jek ngan Wan...)
::: Upacara Akikah :::
Dah selesai tengok upacara sembelihan gi pasar jap beli lauk untuk hidangan makan tengahari kemudian terus balik umah dan meneruskan perjuangan untuk persediaan juadah lauk pauk kenduri esok hari...Rombongan pengantin lelaki tiba pada pukul 12.00 t/hari dan kami jamu makan t/hari sebelum kaum adam menunaikan solat Jumaat.
Majlis akad nikah akan diadakan selepas solat asar, oleh kerana mak andam lewat sampai maka kecoh la bila pengantin lelaki dah sampai dulu di Masjid Tapah Road...lek arr bukan salah kami tau!!!
Al-hamdulillah setelah tok kadi bagi sepatah dua kata ehh...khutbah, ingatan dan nasihat maka dengan 2 kali lafaz kakak @ Asmidah sah menjadi isteri kepada Imran...Dugaan demi dugaan yang datang sepanjang tempoh pertunangan hinggalah saat2 akhir kakak nak dinikahkan memang menyakitkan malahan banyak air mata terbuang...kesabaran Kakak, Yong dan Imran terbalas jua...
Aku doakan ada sinar bahagia untuk satu-satunya anak buah perempuan dalam keluarga aku ini...Semoga apa yang terjadi sebelum ini mematangkan kakak dan imran dalam mengharungi hidup bergelar suami isteri.....InsyaAllah....
::: Majlis Akad Nikah :::
Petang yang damai itu daging lembu dah siap di lapah, menu yang telah dipilih untuk lauk kenduri sok ari adalah Rendang Tok, Kari Daging dan malam itu kami makan Sup Tulang...yumm...yummm...Daging fresh ramai la yang pening2 lalat lepas makan sup hahaha!!!
:::Rendang Tok:::
::: Kari Daging :::
::: Sup Tulang :::
Pada malam harinya ada Majlis Persandingan diiringi oleh alunan kompang. Seronok sangat tengok Solihin (budak ni sindrom down) pukul gong sampaikan Yong aku teruja terus duduk bersila sambil main kompang sama...dulu masa Yong muda2 chewahh...dia penah belajar main kompang...hahaha..lawak2 mak pengantin sama2 teruja!!
::: Persalinan serba Merah :::
::: Alunan Kompang Bergema :::
~20 Mac 2010 (Sabtu)
Pagi sabtu yang mendebarkan pun telah tiba....Mak aku menjemput kumpulan marhaban dan berjanzi untuk memeriahkan lagi majlis walimatul urus satu-satunya cucu perempuan beliau..huhuhu..!!!
::: Alunan Marhaban & Berjanzi :::
Dengan penuh debaran dalam hati kakak menanti saat bahagia disandingkan di pelamin nan indah, Imran segak dengan sut ATM nya dan kakak dengan persalinan serba putih....
::: Menanti Sang Putera :::
::: Pengantin Yang Diraikan :::
::: Ahli Keluarga Kakak @ Asmidah :::
Yong : Tahniah! dapat Menantu kome ye,
Oooppsss...pasni dapat cucu lak, Opah lak dapat cicit huhuhu...!!!
Izwan, Faiz & Zaidi : Tahniah! korang dah dapat Abang Ipar,
pasni dapat anak buah lak k...
No comments :
Post a Comment