CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, February 9, 2011

Kelahiran yang di nanti.... Part 1


Haiiiiiiii.....

Salam semua, setelah 9 bulan menunggu akhirnya saya lahir jua... Ibu mintak lahir pada 11-1-2011 tapi saya cuma bagi tanda je di penghujung saat/detik tarikh yang cantik tu... Sekitar jam 10.00 malam ibu nak tidur tiba2 ibu rasa ada air keluar macam nak kencing tapi xleh di kawal meluncur lajuuuuu jek....Oppppss ibu dah cuak giler apatah ini petanda? 

Ibu minum air akar kembang siti fatimah soh saya kuar cepat, patutnya saya due 13-1-2011 or 15-1-2011 tarikh klinik kasi. Nak tengok camne rupa akar kembang siti fatimah 2 kembang??

sebelum
selepas
~11-1-2011 (Selasa) 10.00 malam

Al-kisah bermula...

Masa 2 ayah kebetulan kat rumah kawan beliau di tingkat 12, ibu rasa takut sangat terus call ayah soh balik. Dengan kadar kelajuan lif ayah pun turun balik tingkat 3 (rumah daa...). Ayah pun kelam kabut jugak capai beg ibu, beg bb, mik towel sampai 3 helai kot² basah kusyen kete nanti ibu kerjakan.... Farish? dia pun kelam kabut sama tengok ibu terpacak dalam tandas xberani kuar sebab air kuar jek brenti jap kang kuar lagi dan lagi...

Isteri kawan ayah yang mengandung 7 bulan dan anak yang ke-7 turun memantau keadaan ibu, dia tanya sakit ke? ibu cakap x de sakit pun cuma air ketuban je kuar xmau berenti... Ibu tukar baju t-shirt dan pakai kain batik jek + pakai pad kunun²nya dapat menampung air yang kuar macam air pili tu tapi kenyataannya pad tu xdapat nak menampung pun... Angkat beg semua berangkat la menuju Hospital Putrajaya, Farish pun ikut sama yelah malam² ni nak antar mana lak dia...

Ayah bawak terus gi kaunter dewan bersalin Hospital Putrajaya, sampai jek depan pintu dewan ibu dan Farish turun dulu sementara ayah cari parking. Ibu membuat aksi mengepit kedua-dua belah kaki sambil pegang kain towel kununnya menahan kencing tapi xleh air ketuban tetap kuar wawawa... Ayah sampai dan tanya pada nurse kat kaunter tapi hampa katanya "wad penuh xleh masuk gilah hospital lain ye"... Ayah xberpuas hati sangat² siap perli² nurse 2..."a'ah kalu wife saya terberanak dalam kete mcm mana? xguna check-up kat klinik kesihatan putrajaya tapi bila nak bersalin kene tendang ke luar cari hospital lain" ishh ayah ni... ibu cuba cool kan perasaan ayah...

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Serdang pulak mencuba nasib, sesampai jek depan pintu dewan bersalin ibu membuat aksi sama seperti di Hospital Putrajaya tadi tapi Farish pulak membuat spoil doq keluar masuk jadi pintu automatik tu kejap bukak kejap tutup dan mendatangkan kemarahan pak guard. Nurse soh ibu masuk dalam untuk register tapi GL dalam beg dan beg dalam kete dan kete ayah bawak pi cari parking nun jauh di sana.


Soal siasat sikit dan nurse pun bagitau alasan yang sama WAD PENUH YE, tapi tidaklah sekejam Hospital Putrajaya reject terus ibu wawawa.... Ibu di panggil masuk ke dalam sementara nurse registerkan ibu, nurse soh mik sample air ketuban yang turun masuk dalam botol (mcm ujian air kencing jugaklah) dan selepas tu ibu di suruh baring atas katil untuk check tekanan darah, kadar degupan jantung bb bla..bla..bla...

Doktor perempuan chomel datang tengok keadaan ibu, di sebabkan anak ibu tidur waktu itu doktor soh masukkan air soh bb bangun. Addddoooooiiiiii sakitnya bila tengok jarum besar 2 cucuk kat tangan kiri ibu. Bukan 1 x tapi 2 x cubaan baru jumpa urat wawawa.....Masa tu ibu cool lagi sebab memang ibu xrasa sakit pun. Doktor check bukaan dan hasilnya baru 2 cm waktu itu.

 sakit lorr

Kebetulan masa otw gi Hospital Putrajaya ibu sms "Mak Naga" (kakakku yang no-2 da, sbb mulut dia macam lazer aku gelarkan beliau sebegitu rupa hahaha...suka sembur orang mcm aksi naga bila marah...) ibu dah turun tanda nak bersalin tup² dia call dan mak ke udara. Herrrmmm biasalah macam dalam drama melayu kita pulak kene marah kununnya tak amik mak yang dah ada kat umah kakak seawal hari khamis bla..bla..bla... Bis apa guna beli kete "mak naga" ooii simpan kat parking lot ye! (ibu kasi peluang mak doq umah kakak lama sikit tu pasai xamik ehhh xleh antarkan ke mak tu kakakku sayang? Kadang2 mrk nak kita fhm mslh mrk tp mrk xmahu memahami mslh kita pulak.....herrmmmm....)

Sudah² lupakan drama tersebut, dalam kul 11 ibu dapat call lagi daripada "mak naga" katanya dia dah sampai Hospital Putrajaya. Ibu cakap Hospital penuh sekarang ibu kat Hospital Serdang, ada suara² berbaur ketidakpuashatian di situ...Hello semua ni luar bidang kuasa i ok kalu depa kata penuh xleh masuk xkan nak nangis guling² depan kaunter nak bersalin kat Hospital Putrajaya jugakkkk adoyaiiiii..... Ibu soh ayah balik sebab farish xleh di kawal dan dah lewat malam cian anak ibu ngantuk... ibu sms ayah soh mik mak dan "mak naga" kat Hospital Putrajaya, oohh naik teksi rupanya mrk itu...

~12-1-2011 (Rabu) 1.00 pagi

Ayah datang semula ke Hospital Serdang selepas amik mak dan "mak naga" sebab mrk berkeras nak jumpa ibu juga, seperti kebiasaan mak bawak air selusuh dan soh ibu minum... Ibu soh mrk ikut ayah balik sebab ibu tau belum masanya lagi ibu akan bersalin tp mrk degil nak tunggu...ayah balik ngan Farish sebab esok Farish kene gi sekolah. "Mak Naga" soh ibu bersidai di ruang menunggu sambil berborak kosong tapi nurse panggil masuk soh ibu tidur hehehe...

Ibu menumpang katil di ruangan menunggu untuk masuk labour room, ohhh no ibu dengar jeritan, tangisan bayi sepanjang malam, ibu xtidur lena sebab asyik nak ke bilik air rasa nak kencing tp air yang keluar... Sekitar jam 4 pagi ibu dah mula rasa sakit kontraksi 10 minit sekali. "Mak Naga" call lagi ajak melepak kat luar adoii ibu dah mula sakit, tidur xlena asyik berulang ke tandas nak kencing dia ada hati nak ajak bersembang...orang soh balik rumah tidur xmau nak jugak tunggu...

Ohh ya sebelah katil ibu ada seorang kakak/adik nak bersalin juga, kami ni tunggu katil kosong sebelum leh masuk wad. Rasanya jam 5.30 pagi sebelum shif nurse bertukar kakak/adik 2 di pindahkan masuk wad. Tinggallah ibu keseorangan. Jam 6 pagi doktor lelaki berbangsa cina buat lawatan ooohhh kene seluk lagi wawawa....

Sekitar 7 pagi sarapan pagi terhidang... pe menu nya?

 beehun goreng perisa lada hitam
 air coklat cap Cuppa

Ok² ibu dah penat la nanti sambung lagi ye lagi pulak tekak saya haus mau mintak susu ibu, cian ibu sambil pangku saya sambil menaip entry ni buat tatapan kalian semua...ok daaaaaaaaaaaaaaa....