CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, February 20, 2011

Kelahiran yang di nanti.... Part 2

Sambungan


~12-1-2011 (Rabu) 11.00 pagi

Akhirnya setelah di tinggalkan keseorangan dalam bilik tu ibu dapat naik wad dan dapat katil di tingkat 5E katil no 8. Tetapi sebelum naik ada 2 orang student datang doq interview ibu macam2 soklan dan dia mintak kebenaran nak 'terokai' tubuh badan ibu? ooohhh noo! kebetulan ibu dah mula rasa sakit dan rasa xselesa maka mereka membatalkan niat mereka. Yelah pi cari pesakit lain ye...

Kenangan doq musafir sebelum dapat naik wad...

Ohh ye ibu dapat wad kelas 2 (memang itu pun kelayakan ibu huhuhu...) dalam satu bilik tu ada 4 katil, depan katil ibu orang sabahan or sarawak xsure sebab cara cakap mulanya macam indon tapi bila dia call asben dia bagitau bb dia kene tahan NICU (demam kuning x baik²..) dialeknya entah xsure lak ibu nak teka herrmmm beliau dapat bb girl ye... Katil sebelah beliau seorang ibu dapat anak ke-3 pun dapat bb girl. 

Sebelah katil ibu pulak seorang bakal ibu yang akan di operate minggu hadapan (bakal ibu ni dekat 3 minggu jadi penghuni wad ni tau..) sebab  uri di bawah. Pada mulanya dia bagitau masa scan dulu nampak 'GIRL' tapi masa doktor check tadi nampak 'BOY' terkejut beruk beliau... .huhuhu....

Waktu melawat pun tiba mak dan 'Mak Naga' datang menjenguk ibu kat wad pas2 ayah datang selepas mik Farish kat sekolah dan hantar ke rumah pengasuh tapi ayah tak naik pun tengok ibu sebab rushing nak antar 'Mak Naga' gi Putrajaya Sentral (beliau kerja shift malam ye). Mak pulak ikut ayah balik rumah dan berehat ye sebab dengarnya malam tadi beradu beralaskan sejadah je kat surau Hospital Serdang (2 la ibu soh balik xmau isk..isk..isk...)

Ohh keadaan ibu macam mana? Masih kontraksi 10 minit lagi dan bukaan masih kekal 2 cm... Asyik sms sana sini sebab menjawab soalan kawan2 berkenaan keadaan ibu... Tanpa rasa segan dan silu ibu mintak pertolongan jiran baik di opis (beliau ni tokey top-up ye kawan2) top-up kan ibu secara ansuran hahaha.... versi top-up dulu bayar kemudian (ni darurat ok!), ayah pun ibu soh top-up kan sebab kredit ni laju betul abisnya...isk..isk..isk... Ayah datang tengok ibu pada waktu petang sambil bertanya bilalah ibu nak bersalin ni... Entah la ibu pun xtau... ;(

Bila doktor datang buat pemeriksaan dan kondisi ibu masih sama dia mencadangkan ibu di indius pada keesokkan pagi jika bukaan masih sama, wawawa ibu takut la... 

~13-1-2011 (Khamis) 5.00 pagi

Jam 5 pagi ibu di arah pergi ke bilik pemeriksaan, al-hamdulillah bukaan dah 3 cm dan menyelamatkan ibu puhhhh lega sikit rasa debaran di hati ni... Selepas sarapan pagi ibu mula bersenam iaitu berjalan mengelilingi wad, apabila rasa sakit ibu berhenti selepas itu jalan lagi dan lagi...Ibu harap kesakitan ini akan berakhir dengan kelahiran saya ke dunia....

Waktu melawat ayah datang keseorangan, katanya mak offer diri nak jaga Farish kat rumah tapi pada mulanya ibu xsetuju sebab ibu tau Farish ni hyperaktif nanti dia akan memporak perandakan rumah dan membuli opahnya...Tapi ayah kata mak degil nak jaga juga...maka bersedialah mendengar keluh kesah mak nanti ye...herrmmmm.....

Sambil2 bersembang kosong ibu dah mula merasa sakit kuat selang 5 minit, ibu soh ayah urut pinggang ibu...Ayah kata nak panggil nurse tak sebab nampak ibu lain macam je sakitnya tapi berkeras cakap masih boleh bertahan lagi... 

Ibu tengah sakit ayah soh senyum apedaa... (huduhnyerr...)

Pukul 2 petang ayah pun balik, waktu ni ibu rasa xtahan sangat dah dan ada rasa macam nak meneran... Ibu gagahkan diri berjalan ke kaunter nak bagitau nurse ibu rasa sakit nak berak... Ibu balik ke katil dan nurse datang buat pemeriksaan katanya ibu akan di tolak ke labour room sekarang juga.

Ibu rasa nak kencing sesangat jadi ibu masuk toilet tanpa tutup pintu, nurse datang cari ibu, beliau pun takut sebab katanya ibu dah 7 cm dan boleh bersalin bila2 masa je. Ohh ye ibu dalam toilet menjerit mintak di papah sebab rasa sakit (xsempat nak flush pun masa kencing tadi mintak mahap la kawan2 ye) ibu naik atas katil dengan pantas di tolak ke labour room, nurse soh call asben bagitau keadaan ibu nak bersalin dah.

Dalam perjalanan ibu rasa sakit nak meneran jadi ibu kepit kedua-dua belah kaki....masanya hampir tiba tapi ibu tahan hingga sampai labour room, memang berpeluh sakan menahan sakit + nak teran supaya saya lahir ke dunia. Masa kepala saya dah kuar ayah pun sampai untuk bagi sokongan moral pada ibu. Agaknya sebab penat ibu xlarat dan apa lagi zappp zappp zappp ibu kene gunting yo wuarrgghhh....

Fail 'SULIT' ibu curi2 mik gambor buek kenangan boleh kan hehehe...

Pertarungan nyawa ibu semasa nak melahirkan saya al-hamdulillah xlama masuk labour room jam 2.20 pm akhirnya saya lahir pada 2.35 pm... Oleh kerna ibu leaking melebihi 24 jam ibu kene tahan 2 hari lagi...

Oklah penat dah citer nanti sambung lagi... next entry citer pasai pe ibu susah hati saya kuning melebihi 14 hari dan kene refer Hospital Putrajaya untuk ambik sample urin dan darah... :(

No comments :