CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, May 4, 2011

Ceritera macam² hal : xmau menyusu botol!

Salam semua :)
~18hb April 2011 (Isnin)

Al-kisah bermula akan sebuah ceritera, hari ni bermula lah aku naik kerja setelah 93  hari cuti. Ya cuti bersalin 90 hari + 3 hari cuti rehat, wah² tambah cuti ye... sebenarnya tambah cuti pun sebab nak training Nur Farisya Aqeela tinggal dengan pengasuh dan belajar minum susu guna botol. Sepanjang 4 hari training (12hb sampai 15hb April 2011) Farisya menunjukkan tanda² xmau menyusu guna puting... Wawawa rasa stress sangat yelah macam² jenis puting dan botol dah cuba tapi Farisya menolak malah sanggup berlapar :(

Tapi yang peliknya bila tinggalkan Farisya seharian pada 18hb April 2011 (hari pertama bekerja) akak pengasuh cakap Farisya mau minum susu walaupun tersedak-sedak. Kan konsep menyusu badan sedut kuat² baru susu keluar tapi sebaliknya bila dia sedut puting susu guna kekdah itu maka susu keluar dengan laju tu yang tersedak. Jadi mintak pengasuh pangku Farisya 45 darjah semasa menyusu baru ok :)

Ni senarai botol dan puting yang Farisya dah cuba, akhirnya puting MAM je dia leh terima, nasib baik seminggu je tempoh sengsara dan dukacita huhuhu masa tu agak cuak giler risau je, rasa menyesal pun ada. Apatah lagi masa MIL membebel soh ajar guna botol aku leh buat xdengar je (hampeh punya menantu hahaha...)


Percubaan pertama : guna botol Avent, Farisya tolak² dengan lidah puting Avent ni sambil buat gaya geli nak termuntah dan nangis sedih minta simpati...

Percubaan ke-2 : beli botol NUK + puting NUK warna kuning pun xmau jugak...


Percubaan ke-3 : beli botol PEGION pun Farisya xmau jugak :)

Puting doctor baby pun kene reject ok!

Botol bersudu pun beli jugak buat standby kalu semua botol/puting
Farisya xmau...


AKHIRNYA!















Puting MAM juga Farisya mau sebab lembut/lembik, xyah beli botol sebab leh masuk dengan botol AVENT jimat duit al-hamdulillah :)

Al-hamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T sehingga hari ini anak ibu masih menyusu badan dengan ibu, sampaikan susu yang ibu perah hari² dah penuh fridge xde ruang nak simpan stok lauk :). 


Doa ibu semoga Farisya tak keliru puting ye...Semoga Farisya membesar dengan minum susu ibu sehingga usia 2 tahun insya' Allah... Amin.



2 comments :

εïзmmyHazaεïз said...

Wahhh bnyk dah ebm cik yatie.. bagus2.. moga anak2 kite jadi soleh dan solehah.. :)

Yatie-Ahmad said...

amin