Salam,
Cuaca kat luar tu mendung kan sama macam hati aku juga penuh kesayuan dan kesedihan sebab kawan² opis ada yang akan keluar meninggalkan kami warga TW khususnya. Ye aku faham setiap pertemuan akan ada perpisahan yang akan menyusul tiba...
TAPI...
Aku rasa sedih yang tak tau macam mana nak aku gambarkan dengan kata² sebab serentak 3 orang sekali akan pergi... Aku kehilangan kawan² yang saling bantu membantu dalam membuat kerja² opis, kami makan bersama, bergurau senda, bergosip hahaha.... Aku akan rindukan saat² itu semua....
ELLA @ Zalila > akan menyusul suaminya dan akan bertugas di KEMAS Johor
Buat Ella : terima kasih kerna menceriakan hari² kita di opis serius kakti akan rindukan lawak jenakamu itu. Ko tau x masa 1st time makan ayam masak asam pedas ko tu terus jakun dan semenjak itu kakti dah mula variasikan masakan ayam idak la masak sup je kan huhuhu...
Ella ko selalu bawak makanan datang opis ada je jajan yang ko akan bekalkan pada kami yang kelaparan tahap phiranna letak pepun kejap je habis, pasni x de la dengar ko cakap jawa sambil nyanyi² sebelah En Lazman....
sebenarnya banyak lagi kalu nak citer tapi cukuplah dengan 1 ucapan pendek kakti ungkapkan untuk ko "ketiadaan ko nanti buat kami RINDU ko sob...sob...sob...."
Ilah @ Siti Fazilah > bertukar ke bahagian KR dan masih di KKLW
Buat Ilah : adik chomei manis ni suka baking kek, cup cake, puding jagung (wahh citer makan je hahaha...) Serius ilah telah membuka mata hati kakti tentang kebaikan b/f, tengok kawan² sekeliling berjaya menyusukan anak sedikit sebanyak menyuntik semangat kakti. Al-hamdulillah kakti berjaya mengharungi saat payah jerih menuju target 2 tahun...
Kita masih bisa makan tengahari bersama kan.... masih bisa bertembung di dalam lift dan berkongsi cerita & perkembangan semasa kalu tidak bertemu mata, telefon masih biasa menghubungkan kita @pun blog menjadi tempat kita berbicara...
Yang² @ Yang Zarma > naik pangkat (KPSU) akan ke Kem. Sumber Asli (NRE)
Buat C.Yang² : walaupun beliau ni seorang pegawai tapi perhubungan kami di TW dah macam kawan², adik beradik. Kami bisa saja bergurau senda, bergosip dan menyiapkan kerja bersama-sama...
Yang paling akan di ingati semua puding karamel yang sentiasa jadi permintaan setiap kali ada acara makan² kat opis, ohhh kami akan rindukan air tangan c.yang tu...
Walaupun keluar Kementerian kita masih biasa berhubungan lagi Fesbuk akan jadi pengantara kita kan...
Foto : tq fb qaseh & fb c.yang
bye² kawanku sekalian semoga di tempat baru korang akan gembira seperti mana kalian di sini yea.... Panjang umur kita akan bertemu lagi insya Allah...
No comments :
Post a Comment