Salam semua,
Semalam pagi 1 November 2012 (Khamis), merupakan hari graduasi@konvo abam Farish Akmal di pra sekolah SKPP 14 (1). Pejam celik pejam celik dah hujung tahun hermmm tinggal lagi 5 hari sekolah kemudian dah cuti panjang. Tahun depan bermula pulak sesi sekolah kebangsaan x de dah istilah sekolah main² or sekolah tanya menu makanan 'Farish harini kat sekolah makan pe?'
Aku perasan Farish agak lambat sikit perkembangannya, setakat ni dia baru bertatih mengeja 3 suku kata. Mungkinkah tahun depan dia kene masuk kelas peralihan sebab x leh membaca dengan lancar masih terkial-kial. Kalu di rumah di suka melukis@menconteng di kertas sesambil mulutnya kumat kamit bercerita karektor apa yang di lukis. Pernah aku belikan kertas lukisan haaa penuh setiap penjuru kertas tu dia lukis.
Bila suruh membaca dia masih lagi keliru huruf B dengan D dan ada 2, 3 huruf lain yang tertiba dia confius. Kalu membebel soh baca buku alamak liat sungguh, kekadang tengah mengajar dia leh menguap 24 kali sambil tergaru sana sini huh bikin aku naik angin saja terjerit-jerit macam orang gila padahal ngajar anak je pun hahaha... Fikir² balik aku x layak jadi cikgu naya anak orang aku jerkah kahkahkah.... Tapi bila sesi belajar/buat homework selesai makkkk aaaiiiii segar je bulat biji mata tengok tv haisssshhhhhhhhh sabar jelah.....
Ok² meh sambung citer semalam,
Aku gi awal sebab dalam tentatif katanya pendaftaran ibu bapa pukul 7.30 pagi pehhh gigih aku laki bini gi naik tingkat 1 daftar kemudian riki² dewan ohhh buat dalam pusat sumber sekolah yang telah di ubah suai jadi dewan.
Kami turun ke kantin sarapan dulu, aku amik nasi lemak untuk murid² jadi harga nasi lemak kosong lauk telur mata kerbau (xde timun, telur rebus dan ikan bilis) RM 1.50. Sambal nasi lemak pedas pulak tu alahaiii aku x leh bayangkan anak aku nanti camne nak berbaris beli makanan sendir di kantin sekali dapat makanan pedas harus berjujuran air mata or x makan langsung sebab terunaku itu x makan pedas....
nasi lemak pedas
Majlis bermula lewat kebetulan masa aku mendaftar pagi tu ada perhimpunan, ramai juga ibu ayah kanak² yang diraikan pakat amik cuti sempena hari graduasi anak masing² sebab hari kerja kan... Aku pun amik time off rasa rugi pulak nak amik cuti kekeke....
pentas yang chomei :)
ahli keluarga datang meraikan anak masing²
ada bacaan hafazan, tarian tradisional & nyanyian askar yang ohsem huhuhu...
Waaaahhhhh gigih mak ko ni nak amik gambar anak naik pentas kan... kenangan ok! Ada kawan Farish mak ayah dia langsung x datang tengok alahai sedihnya aku rasa sebab inilah peristiwa penting anak kita kan bukannya dalam 1 tahun ni hari² dia naik pentas or masuk acara. Hargailah mereka raikan mereka ok... Kebetulan kawan Farish tu ada ramai adik beradik jadi mak ayahnya rasa x perlulah beria-ria nak tengok kalu aku lah kan nangis dah sedih siot....
Gambar ni aku snap masa cikgu Farish tengah siapkan anak muridnya untuk naik pentas, ada 3 kelas + 1 kelas interaktif (kelas untuk kanak² istimewa) jadi jubah akan gilir² pakai... Nasib sempat amik gambar sebab lepas turun pentas kene cepat² kasi kawan kelas lain pulak pakai jubah tu...
Wahhh selalunya naik pentas amik sijil tapi Farish dapat bear & medal (kembang kuncup bangga anakku tu bila tengok medal yang dia dapat huhuhu....) Ehh² korang tengok mata Farish tu dah ok ke?
Ni frame gambar yang aritu Farish amik gambar kat sekolah kene bayar rm25 dapat 6 keping gambar berukuran pasport dan 1 keping gambar bersama kawan² sekelas (Delima Hati). Aku letakkan frame ni di ruangan makan bersebelahan gambar dia graduasi di Kemas Presint 18 tahun lepas kemudian dia ketawa hahaha... (Gambar tahun lepas kan ke mata dia masih juling al-hamdulillah tahun ni ibu ayah tengok mata Farish dah ok la kan...)
Kalu ikut tentatif majlis habis pukul 11.30 pagi tapi kandaku mintak pelepasan awal bawak Farish balik sebab dia nak masuk opis jadi x payah tunggu sampai acara akhir iaitu acara menyanyi beramai-ramai. Cikgu soh tunggu sementara dia amikkan beg yang berisi frame gambar dll, beruntung betui bebudak pra sekolah ni dah la xde kene bayaran yuran 1 sen pun dapat gi rombongan sana sini (tapi ada juga yang kene bayar la x kan nak semua free ye x) dapat beg la, hampers raya + duit raya syukur al-hamdulillah....
No comments :
Post a Comment