CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, December 27, 2013

Balik kampung~Perak

Assalamualaikum....

~20hb Disember 2013 (Jumaat)

Sistem HRMIS tu katanya kena apply cuti sebelum 6hb Disember 2013 (Jumaat) tapi awak nak cuti pun lambat buat keputusan sebab xtau nak balik ke idak alahai... 19hb Disember 2013 (Khamis) dapat kata putus nak cuti esoknya terus cuba nasib isi HRMIS ehh boleh pulak katanya akan kena sekat kalau apply selepas tarikh akhir tu.... buat 2 versi manual dan isi HRMIS....

Pasrah daku cuti akhirnya hahaha....

Jumaat pagi tu masih kat rumah mengemas, membasuh kain ampai segala... Kandaku kata tayar kereta kancil pancit kena paku malam tadi jadi beliau pergi tampal ke hapa ntah + pi pos laju barang client nya... Bebudak kasi makn maggi je mak ko ni malas nak ngecahkan dapur!

Gerak balik kampung pukul 3 petang (lepas solat jumaat la kan) lapor kome singgah KFC @ Damansara mentekedarah dulu dah le hujan sepanjang perjalanan + lori, kereta banyak memang kena bawa kereta dengan berhati-hati (ehh macam le aku yg drive padahal kandaku yang drive hahaha...)

Dalam perjalanan Yong telefon hahaha dia tanya jadi ke balik? Aku x bagitau pun aku balik sebelum ni bila Yong tanya aku cuma jawab insya Allah je hikhikhik.... Dia suruh beli kek pisang jadi sampai Tapah terus singgah pasaraya Kawan beli kek pisang dan pampers Farisya. Anak buah masa tu baru sampai Rawang si Mamat pulak balik lewat sikit nak tengok MLM katanya...

Sampai rumah mak, yong tengah masak itik masak kicap (bos yop kasi daging itik mintak tolong mak masakkan dia nak rasa 2,3 kacip katanya...) ehhh lupa makan pe erkk malam tu tapi yang aku ingat dah bizi basuh ayam nak goreng dulu sebelum sok pagi lebur masuk dalam sambal masak merah.... blender bawang serai bagai, kupas kentang, tempe nak masak sambal goreng....

Penat baring kejap luruskan pinggang pastu sambung balik gitulah sampai pukul 12 tengah malam baru masuk tidor dah gaya macam nak raya pun ada huhuhu.... 10 ekor ayam yong beli


~21hb Disember 2013 (Sabtu) 

Menu kenduri pilihan Yong & anak²nya....

Ayam Masak Merah
Daging Masak Kari
Sambal Goreng Jawa
Jelatah Nenas & Timun
Ikan Masin
Agar² Sirap Merah
Air Sarsi
  

Jemaah perempuan punya turn untuk makan lak

Masa jemaah surau (lelaki) datang nak bacakan doa tetiba auntie gunting rambut datang terus pujuk rayu soh gunting rambut hahaha nasib baik kakak nak gunting rambut pastu aku soh auntie gunting rambut Farisya so total rm9 untuk 2 orang (kakak rm5 farisya rm4)

Mak dengan adiknya
Siti (menantu Yong), Ain (bakal menantu) & Kakak
cucu den

si comel ni dah berjalan setapak dua pastu mulut bising nak sembang dan dah pandai nak main... Kelakor bila perkataan yang dia suka sebut errkkkk (baca : bunyi sendawa) pastu kebetulan nama manja@gelaran isteri Yop a'erk terus Yop sahut cakap a'erk xde dia kat sungai besar terus la semua gelak hahaha..... tu je word dia tau cakap comei je kikiki.... 


Ziarah insan tersayang

Dah la aku ni x mandi lagi (pukul 12 tengah hari haisshhh alasan bizi memasak ngemas rumah kikiki....) Yong dah bising² soh cepat mandi sebab nak gi kenduri kat kampung sebelah (sedara aku Yong kata tapi i kan pemalu orangnya + xpakai baju kurung + aku kenyang sangat tu tunggu dalam kereta je hehehe... benggang Yong sebab aku ni xmau cari sedara mara) Lepas deme makan kenduri terus gi Tanah Perkuburan @ Teluk Intan Yong nak ziarah arwah PIL, MIL, Nenek & asben dia... 

Kebetulan si Farisya dah tidur jadi aku x ikut ziarah kubur tunggu dalam kereta je, usai tu terus gi kedai rm2 (port baru Yong la xcited lebih hahaha...) aku borong hanger 3, ubat gigi kanak² cap darlie yang selebihnya jajan la gula² la biskut la.... Si kakak pulak beli stokin dengan coklat Yong beli getah mesin basuh (corong air sabun keluar tu warna putih) dah nama pun kedai rm2 semua barang rm2 la kan....  

Aku la tu doq citer kat kakak nak pi kedai rm2 nak beli hanger baju sekolah Farish tu yang dia ajak gi nak harapkan laki sendiri bawak nanti dia banyak sangat agendanya nak mancing la nak pi Ipoh la siap cakap anak buah ramai soh je deme bawak alahai... kurang kasih sayang aku tau tu nasib baik juga kalu tak dia kasi kunci kereta soh pi sendiri huwaaaaaaaa.....


Ni 2 beradik ni buli anak buah no. 3 (Mamat) pasrah je kena buli hahaha...

Aku lak rasa jemu makan lauk kenduri terus balik tu rasa nak makan lauk lain ikan masin pun x pe janji xmau ayam, daging segala... Aritu aku cakap kat mak teringin nak makan kulit cempedak/mandai macam ala² pekasam la nak tau camne rupa baca SINI.... Kebetulan ada tengah musim cempedak jadi mak buat la goreng la sikit boh bawang cili tapi mak buat termasin hukhukhuk....(mak kata kalu x masin nanti cepat rosak sebab peram kat luar peti ais x muat...)

Aku celur pucuk ubi sikit pastu mak celur jantung pisang sebiji buat lak pencicah lada hitam@sahang dengan air asam dan bawang putih pehhh berselera makan dengan gelama jeruk.... bertambah-tambah makan kome lauk kenduri tolak tepi hehehe...

~22hb Disember 2013 (Ahad) 

Pagi tu cuaca mendung Yong biasa la nak ajak makan kenduri kawin sana sini tapi kandaku nak balik awal sebab takut jalan jem jadi x sempat la nak petik buah rambutan, manggis segala durian pun x sempat makan huwaaaaaaa............ 

Rambutan pun sempat makan kat pokok si Farisya memang suka makan rambutan sempat la dia merasa makan semalam masa nak gi Teluk Intan tu daku petik sikit buat bekal dalam kereta hehehe....

Gerak balik pukul 11 pagi sampai Putrajaya pukul 1 petang hway clear x jem pastu rasa lapor kome! mak bekal lauk kenduri alaaaaaaaaaa ayam masak merah dengan hati ayam goreng kunyit sungguh la daku x lalu terus goreng telur mata kerbau makan dengan kicap erkkk al-hamdulillah.........

Habis dah cerita balik kampung Perak ni rasa hutang nak balik Melaka kandaku je ada balik jenguk mak dia kejap² daku je anak beranak x reti² nak balik yelah kandaku bizi weekend katanya xkan daku pulak nak drive balik xmungkin gitu huhuhu...

Fesyen rambut baru la kununnya kalu x nak cucuk mato haishhhh


No comments :