Assalamualaikum....
Dah jadi mak² ginilah riso memanjang x kira masa.... Ni tambah kerisauan di lubuk hatiku bila baca status FB PIBG SK Putrajaya Presint 14(1) katanya perubahan waktu persekolahan dan aktiviti koko akan diserapkan ke sesi pagi.
Serabut pale aku ni hadoiii....
1. Sesi persekolahan bermula 7.45 pagi berbanding tahun ini 7.20 pagi
Sebelum ni Farish pergi sekolah dengan aku jadi pukul 7 dah sampai sekolah xke kesian kat dia lama nak tunggu waktu kelas bermula haisshhh.... Aku x leh nak gi lewat sebab parking pelawat tu 7.30 pagi penuh dah huk...huk...hukkk.... Nak soh kandaku yang hantarkan ada potensi deme akan lewat sebab kandaku itu senang beno lelap mata....
2. anak aku tu x sama dah jadual pergi balik sekolah pagi & KAFA dengan anak Pengasuh/k.Zah
korang sedia maklum sebelum ni k. Zah la tolong amik dan hantarkan Farish dr sekolah dan ke KAFA untuk sesi petang. Anak deme dah masuk tahun 3 balik sekolah pagi lewat 30 minit dan sesi ke KAFA pun lewat 30 minit acaner niiii?
Kalu nak soh kandaku amik hantar katanya x terkejar sebab dia bukan selalu ada dalam kawasan Putrajaya dan kalu nak suruh aku pulak amik hantar mak aiii hehari aku atas jalan budget minyak kete aku pun melambung gitu wawawa.....
Kena cari van la mik hantar ke sekolah kalu xde pilihan (walaupun sekolah dengan rumah dekat je tambang xtau berapa nak kena survey ini pilihan terakhir)
3. Bersiap sendiri di sekolah untuk kelas KAFA?
Ada je famili yang tinggalkan anak² untuk bersiap sendiri di sekolah untuk KAFA maksudnya bawa sesiap baju dan mandi tukar baju dan makan tengah hari di kantin sekolah alalala kesian pulak aku nak buat gitu... Tapi memang x cukup masa ok...
Ce bayangkan balik sekolah pagi pukul 1.05 ptg kot ia tepat² 1.05 ptg deme keluar kelas pastu terkejar-kejar pulak pukul 2.00 petang dah kena ada dalam kelas KAFA pulak. KAFA pun dah tambah masa untuk kelas mengaji jadi balik dah lewat pukul 6 petang haisshhh kesian bebudak sekarang ni kan terkejar-kejar :(
Kandaku senang je cakap tunggu je k.zah macam biasa = lewat la masuk KAFA, ehhh mana boleh gitu nanti ustazah marah Farish pulak adoyaii senang je lelaki ni buat keputusan kan... bila argue dia kata ibulah pi amik hantar tengah hari adoiiii.... sungguh dalam di lema wanita kan..kan..kan...
Alangkah baiknya kalu sesi persekolahan sama je macam sekarang dan waktu balik tahun 1 hingga tahun 6 sama je... Ibu bapa pun x terkejar-kejar kesian sungguh kan anak kita nak makan mandi lelaju kejar kelas KAFA pulak....
No comments :
Post a Comment