Assalamualaikum.....
~28hb Disember 2013 (Sabtu)
Hari cuti biasanya doq umah je masa ni lah nak mengemas rumah, basuh kain baju, masak yang sedap² chewah.... nak bergurau senda dengan anak² gitu....
Hari sabtu kandaku bizi kerja memang doq rumah jelah seharian x ke mana-mana.... budak² layan tv punggah mainan dalam stor jelah nak main kat luar cuaca pun x mengizinkan....
Pepagi hari soh kanda pi belikan sarapan roti canai daku lak bizi sepagian hingga ke tengah hari jahit lencana sekolah dan jahit nama kat baju sekolah dan baju KAFA. Tempah online je kat Tanda Nama Sulam Putrajaya sekeping rm1.50 jenuh mikior nak gi tempah kat mana al-maklumlah nak ke mana² kena set appoinment dengan asben dulu kikiki (nak drive sendiri ketor lutut)
Pukul 3 petang baru la ada semangat nak masak, pi kedai runcit bawah rumah beli barang dapur sikit macam biasa kena pow la dengan kanak² hikhikhik.... Tetiba rasa teringin nak cuba masak sotong masak kari macam sedap je macam lazat je!
Haaaaaaaaa ni terpengaruh tengok blog masakan dan FB Mastura Helmi teman ni x peronah lagi cuba masak style gini sebab sotong selalunya masak sambal jelah dah tu feberet kandaku kan.... Ce tukor selera gitu kan....
Menu hari sabtu
sotong masak kari dan kentang; sayur bayam tumis air; sambal bilis; dan telur asin
Jadinya teman masak le versi campak² gitu nah teman kongsikan bersama kome ye! Versi bukan faberet kandaku jadinya xdelah tambah nasi hehehe....
::: Sotong Masak Kari dan Ubi Kentang :::
Bahan² :
sotong - dibersihkan dan di potong (ikut suka)
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji ubi kentang
2 tangkai daun kari
1 paket rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji ubi kentang
2 tangkai daun kari
1 paket rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
Air asam jawa
Santan rm2
Sedikit minyak - untuk menumis
Garam / gula secukupnya
Garam / gula secukupnya
Cara² Memasak :
Panaskan minyak tumiskan bahan² bahan tumbuk bila naik bau dan kekuningan baru masukkan bancuhan rempah kari masak hingga naik minyak kemudian campakkan daun kari dalam tu.
masukkan ubi kentang kalu kering sangat tambah sikit air kasi ubi kentang empuk sebelum masukkan air asam jawa dan masak sebentar dan masukkan pula santan, masak hingga didih.
masukkan pula sotong garam / gula secukupnya. Masak dalam 5 minit je sebab x mau sotong jadi liat bila masak lelama. Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba!
Nah senang kan lepas ni leh variasikan masakan bertemakan sotong ek kikiki...
Nah senang kan lepas ni leh variasikan masakan bertemakan sotong ek kikiki...
~29hb Disember 2013 (Ahad)
Pagi ni rajin sikit buat jemput bilis dengan air teh O sarapan pagi untuk sekalian kesayanganku itu, Kanda bizi pi servis & pi cuci kereta jadi kanak² cuma sempat main bola kat luar rumah sekejap je sebab teman capek sudah bersilat di dapur masak...
Menu hari ahad
ayam kg masak lemak cili api; sayur kangkung goreng belacan; ikan terubuk masin; dan ayam kg goreng
::: Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api :::
Bahan² :
10 kacip ayam kampung (kukus dulu 1 jam)
2 biji kentang dipotong sederhana
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
2 biji kentang dipotong sederhana
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
Cara² Memasak :
1.
Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga
lumat, kemudian tuangkan ke dalam periuk bersama ayam kampung dan
masukkan serai yang telah dititik tadi, masukkan juga sedikit air kacau sebati dan biarkan sebentar.
2. Masukkan ubi kentang, setelah kentang agak empuk masukkan
pula santan, asam gelugor sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam/gula kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Udah kenyang perut baring² luruskan badan dan soh kanak² tidur sejam 2 sebab dah janji nak bawak mandi kolam petang nanti.... Tepat pukul 5 lepas asar terus la rombongan 4 veranak ni Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 9. Sakan 2 beradik ni mandi sampai kecut jari jemari...
Kali ni lepaskan Farisya sebab dia x mau dah kite pegang² tangan dia amboi dah besor katanya, sebelum ni teman x berani nak lepaskan risau kot² tengelam tetiba maunya aku lak terjun nak selamatkan dia... Dalam juga paras dada dia tu, si abang rasa x seronok sebab ibunya soh peratikan adiknya haisshh nak berenang katak pun x senang adik ni!
Seronoknya mandi manda huhuhu......
Sudah lepas gian nak berenang deme main² pulak kat taman mainan sebelah tu wahh² seronok deme kalu tak memerap je kat rumah kan sepanjang cuti sekolah ni... Penat berenang pi makan roti John kat Food Court kenyang perut balik rumah soh kanak² mandi semula kat rumah kan...
Lepas maghrib kami gi Jalan Reko, Kajang nak pi kedai repair seluar sekolah Faris tu labuh dan pehanya besar so nak kecikkan dalam 1 inci al-maklumlah teman ni x reti nak kecikkan seluar kalu setakat jahit lurus tu pandai le... Tapi mesin jahit kat rumah tu meragam :( xleh la buat projek jahit ke hapa....
Nak tunggu siap repair seluar sekolah dalam 1 jam pi la jenjalan alang² ada pakej urut² ni amik la masa setengah jam urut separuh badan, kebetulan tangan kiri ni sakit (orang kidal semua kerja selesa guna tangan kiri je tu yang urat bengkak katanya). Kanda dan Faris tunggu luar teman dengan Farisya masuk ruangan tertutup siap ada tilam bantal gitu.
Setengah jam separuh badan kene charge rm30, pehhh sakit kome bila tangan kiri ni akak tu urut nak kata dah ok idak le cuma kalu ikutkan kena urut paling kurang 3 hari berturut-turut kalau nak baik kan tapi sapa nak urutkan sob...sob...sob...
Soh kandaku urut alahai kojab bonar pastu xleh lelama kang ada electric shock lain pulak jadinya hahaha.... Kang tetiba ada Farisya junior haaa sapa nak jawab tu hihihi.....
Kanda beli 2 helai baju t-shirt bundle pastu pi amik seluar Faris tu mak aaiii mahal juga rm25 untuk 3 pasang! Jalan² lagi beli air dan beli kambing bakar terus nak balik singgah beli burger.
Sekian aktiviti kami, baju sekolah dah basuh dah siap jahit lencana dan nama, repair seluar sekolah pun sudah tinggal nak gosok je.... Khamis ni siapkan duit ek alam persekolahan bermula kembali huhuhu..............
No comments :
Post a Comment